Pikat Selera Anak Dengan Sosej Cheese Crispy. Pastikan Goreng Dengan Api Perlahan Jika Nak Dapat Kulit Yang Rangup& Keju Tak Cair. Jom Ibu-Ibu Cuba!

Share

Sosej Antara makanan ringan yang digemari kanak-kanak.  Buat ibu-ibu semua yang kekeringan idea untuk menyediakan hidangan minum petang, apa kata cuba Sosej Cheese Crispy ini.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang anak muda bernamaHanafi Abdul Hayy yang kini sedang melanjutkan pengajian di Mesir. Caranya cukup mudah dan pasti dapat memancing selera anak-anak nanti.

Rahsia keenakan menu ini adalah lapisan kulitnya yang rangup dan keju pun tak cair. Untuk mendapatkan hasil sedemikian, ibu-ibu kena menggoreng menggunakan api yang perlahan sahaja.  Lebih baik lagi jika menggunakan sosej homemade yang lebih sihat dan dari air tangan sendiri. Jom ibu-ibu cuba resipi ini!

Bahan-bahan

3 gelas Tepung gandum
1 sudu besar Tepung jagung
3 biji Telur
1 sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit

Gaul sebati

Kepingan Keju secukupnya

Lidi sate sesukupnya

Sosej

Serbuk roti

Cara membuat:

  1. Masukkan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan juga garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
  2. Setelah itu, masukkan 3-4 keping keju yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Kacau sehingga sebati (Jika tidak mahu campur keju di dalam adunan pun boleh)
  3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperti di dalam gambar.

4. Apabila siap, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 15 minit bagi memastikan keju benar-benar melekat pada sosej tadi.

5. Setelah itu, celupkan sosej ke dalam adunan tepung tadi dan celupkan pula pada serbuk roti.

6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga ia menjadi kuning keemasan.

Sumber: Hanafi Abdul HayyMingguan Wanita

IKLAN