Pikat Selera Keluarga Dengan Nuttela Pancake. Gerenti Jadi Kegemaran Anak-anak!

Share

Hujung minggu begini  andai tidak ke mana-mana, apa kata habiskan masa bersama keluarga di rumah. Untuk minum petang hari ini, jika belum ada menu sesuai, apa kata cuba resipi ini.

Pancake ini bukan sahaja sedap malah mudah dibuat. Pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda.

Nuttela Pancake

Bahan-bahannya:

(7 keping saiz sederhana)

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu fresh milk/low fat

1 biji telur

1 sk baking powder

1 1/2 sb gula

2 sb minyak jagung / majerin

Buah buahan kegemaran anda

1 sudu Madu

Cara membuat:

  • Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.Pastikan tiada tepung yang berketul.
  • Panaskan non-stick pan. Tuangkan satu senduk kecil bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Biarkan seketika.
  • Bila pancake nampak berbuih-buih sikit, terbalikkan.
  • Pancake akan bertukar warna kepada coklat. Biarkan seketika dalam 1 minit kemudian boleh angkat.
  • Ulang langkah 2-4 sehingga bancuhan tepung habis..
  • Sapu nuttela pada permukaan pancake anda, lapik satu persatu dengan buah pilihan anda, sama ada pisang, strawberi atau apa sahaja yang anda sekeluarga gemari.
  • Selepas siap semua lapisan curah madu lalu hidangkan untuk makan ketika masih panas.

Sumber : MyResepi

IKLAN