Siapa menyangka ibu hamil bersama empat anaknya yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam pernah berdepan kemalangan tragis pada Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Ruziha Osman, yang masih terkejut dan sedih dengan pemergian anak sulungnya bersama empat cucu kesayangannya yang berusia antara empat hingga 13 tahun.
Tambahnya, mereka sekeluarga sebenarnya masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kemalangan jalan raya yang menimpa arwah sekeluarga pada 30 Januari lalu.
“Memang tak sangka, lagipun arwah kelihatan ceria dan bergurau dengan kami seperti biasa.
Ads
“Arwah sedang mengandung, malah sebelum ini mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Brisu Alor Gajah pada 30 Januari lalu, namun terselamat,” katanya.
Namun, siapa sangka, selepas terselamat dari nahas tersebut, mereka akhirnya dijemput Ilahi dalam tragedi yang lebih menyayat hati.
Ads
Sementara itu, ibu saudara kepada suami arwah, yang hanya dikenali sebagai Ina, menyifatkan pemergian Laila dan anak-anaknya sebagai satu takdir yang sukar diterima.
“ALLAH SWT telah menyelamatkan mereka dalam kemalangan sebelum ini, tetapi rupanya takdir menjemput mereka dengan cara lain,” luahnya sebak.
Ads
Kebakaran rumah yang mengorbankan lima beranak termasuk tiga kanak-kanak di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada awal pagi Khamis.
Selain meragut nyawa, tragedi memilukan ini turut memusnahkan kediaman yang hangus dijilat api. Mangsa yang terkorban ialah Laila Fathinah Mustapa, 37; Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.
Bagaimanapun, suami Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat dalam kejadian itu, walaupun mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kredit: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam rumahtangga ni kalau boleh memang kita nak pertahankan sehabis baik. Siapa je tak sayang rumahtangga sendiri.
Rumahtangga ni ibarat masjid, masjid nak dibina bukan senang. Ambil masa bertahun. Bila dilanda badai, kita cuba perbaiki balik.
Sama la jugak dengan rumahtangga. Tapi, rumahtangga pon susah untuk berdiri teguh bila hanya ada satu pihak saja yang mencuba.
Kita dengar petikan “tepuk sebelah tangan tak berbunyi” dalam awal hubungan je tapi untuk rumahtangga pon valid.
Tambah lagi bila usia perkahwinan dah lama. Mustahil tak ada rasa sayang dengan perkahwinan tu kan.
Semenjak dua menjak ni isu Adira Suhaimi dan Datuk Red hangat diperkatakan. Adira memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada Oktober lepas atas alasan tiada persefahaman.
Walau bagaimanapun, hubungan mereka di media sosial tetap kelihatan baik dan normal.
“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” – Datuk Red
Pagi ini, Datuk Red telah melafazkan cerai terhadap Adira dengan talak satu pada pagi tadi. Lafaz itu didengar oleh Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.
Datuk Red tunduk sayu manakala Adira nampak tenang. Mereka sempat bersalaman sebelum bersurai.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun hasil sepanjang lapan tahun perkahwinan itu.
Adira setuju untuk tak menuntut sebarang nafkah daripada Datuk Red.
Sedihnya kan bila benda macam ni berlaku. Tambah lagi bila netizen berharap dan mendoakan agar mereka tidak berpisah. Tetapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya sendiri.
Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka daripada terus bergaduh dan berada dalam hubungan yang toksik. Boleh buat anak-anak trauma tau.
Bercakap tentang bab packing barang untuk beraya di kampung, biasanya ibu-ibulah yang paling sibuk. Boleh kata bukan hanya perlu menguruskan pakaian raya yang perlu di bawa balik untuk seisi keluarga, malah keperluan-keperluan lain juga perlu diberi tumpuan.
Jika anak tak ramai, mungkin mudah sedikit kerjanya. Tapi cuba bayangkan jika ada 5 orang anak. Fuhhh! penuh bonet kereta dibuatnya. Dan bukan perkara yang pelik, pasti akan ada benda, barang hatta baju raya pun boleh tertinggal dek kerana terlalu sibuknya ibu-ibu ni.
Mengelakkan semua ini terjadi, sebenarnya ada cara genius yang boleh dipraktikkan. Jom semak!
1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip:simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).
2) Lipat dan gulung baju dalam beg
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang.
Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan.
3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.
Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar).
Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?
4) Simpan pencukur dengan selamat
Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.
5) Balut barangan berkaca dengan kain
Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)
6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat
Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar.
Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.
7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.
8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja
Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar.
Tip : ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Di dalam sesebuah rumahtangga kena ada sifat memberi dan menerima Suami isteri kena saling bekerjasama antara satu sama lain Baik dalam semua hal termasuklah di dapur.
Kalau suami tak pandai masak, memadai tolong isteri kemas dapur atau cuci pinggan mangkuk. Tetapi kalau dapat suami yang rajin turun ke dapur satu ‘bonus’ Nak nak lagi yang rajin sediakan hidangan buat sekeluarga. Ada saja menu yang dicuba, walaupun mungkin biasa-biasa sahaja tapi air tangan itu yang penting.
Demikian juga dengan Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.
Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.
Sering memuat naik menu masakannya, sehinggakan ada yang memberi komen kononnya apa yang dilakukannya olehnya tidak special lagi. Namun, bapa kepada empat cahaya mata ini mempunyai pandangannya yang tersendiri. “Apabila kau sebagai suami dan ayah selalu masak setiap hari, tak jadi special dah la. Kalau tak pernah masak tiba-tiba masak barulah special, barulah excited. Kalau sekali-sekala masak baru special. Kalau selalu masak, jadi biasa la…” ulasnya kepada saya, entah apa tujuannya, hanya dia dan Tuhan saja tahu. Tak. Salah tu. Salah bagi saya. Tak perlu tunggu tak pernah masak tiba-tiba masak baru nak rasa special. Tak perlu setahun sekali masak baru nak rasa special. Tak perlu guna bahan-bahan mentah yang super-duper mahal untuk hasilkan hidangan masakan special. Tak perlu masak dalam keadaan sakit terbaring lumpuh baru nak kategorikan masakan itu special. Tak perlu masak pada hari raya baru nak rasa hidangan itu special. Tak perlu makan di restoran bertaraf seribu bintang baru nak rasa special. Tak perlu makan hidangan berharga sejuta ringgit sepinggan baru nak rasa special. Tak. Dalam hidup ini special dan istimewa itu bukan pada kebendaan, tetapi terletak pada rasa, perasaan dan bagaimana kita menghargai. “What’s the special ingredient you use to make this special noodle soup?” tanya Po, si Kung Fu Panda. Jawab ayahnya, Mr Ping, “Nothing!” “You don’t put anything special to make this special noodle soup?” tanya Po lagi. “No, no special ingredient at all,” jawab Mr Ping. “So how is this soup special?” tak habis lagi soalan Po. “To make it special, you don’t have to put anything special or different to make it special. You just have to think it is special, you have to feel it is special, it will become special,” jawab Mr Ping sambil menunjukkan sup yang dimasaknya sejak Po kecil, hingga Po dewasa, penuh kasih sayang, usaha mengerah keringat mencari rezeki, dengan mata berkaca-kaca. Petikan satu babak dalam filem Kung Fu Panda, tak ingat filem 1, 2 atau 3.
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana tiada bahan-bahan special? Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana dimasak setiap hari? Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana hidangan untuk si anak itu adalah sup yang sama yang dihidang kepada para tetamu dan para pelanggan? No, no, no, special itu bukan sebab berbeza, pelik, jarang-jarang, tiba-tiba, out of the world… Special itu apabila kita fikir dan rasa ianya adalah special. And yes, appreciate our little things. Yang biasa, yang selalu kita nampak dan lihat, itulah yang special, apabila kita fikir, anggap dan rasa itu special. Hargai ibu bapa kita, pasangan suami/isteri kita, anak-anak kita, adik-beradik kita, keluarga kita, rakan-rakan baik kita, apa saja mereka buat untuk kita, doa-doa mereka, masakan mereka, senyuman mereka…… These are so special, not everyone has these. Jangan tunggu kita kehilangannya baru kita nak mengakui itu special. Jangan tunggu kita kehilangannya…. Saya, seorang lelaki bergelar suami, ayah dan anak, fikir keluarga saya adalah special dalam hidup saya, setiap hari, setiap saat, setiap ketika. Tak perlu tunggu tarikh hari lahir, hari raya, hari ulangtahun atau hari kematian untuk merasakan special. #SuamiMasak#SarapanPagi#BihunGorengJagung#DapurDrSyahr#KeluargaDrSyahr#DiariPapaSyahr 10/12/2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.