Orang yang kidal lebih banyak menggunakan tangan kirinya daripada tangan kanannya. Dia biasanya menggunakan tangan kirinya untuk berbagai-bagai pekerjaan seperti untuk menyikat rambut, memasak dll.
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar Shukor berkongsi anak kembarnya Emelia sudah mula menunjukkan yang dirinya seorang kidal selepas banyak aktiviti dilakukan dengan tangan kiri.
Kata Muszaphar tidak mengapa jika mempunyai anak kidal, malah beliau menasihati supaya ibu bapa tidak memaksa anak mereka untuk berubah menggunakan tangan kanan seperti orang lain.
“Nampak macam Emelia bakal kidal sama macam Tasha, Dia menggunakan banyak tangan kirinya untuk melakukan sesuatu. Tapi terlalu awal untuk mengesahkannya.
“Jika anda perasan anak-anak kidal, biarkan dan biar dia selesa dengan caranya. Jangan paksa mereka ubah untuk menggunakan tangan kanan,” katanya.
Muszaphar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya Emelia yang sedang makan dan memegang sudu ditangan kirinya.
Beritahunya lagi, dia pada mulanya seorang kidal sewaktu kecil tetapi telah cuba diubah oleh bapanya untuk menggunakan tangan kanan.
Ads
“Ia berlaku pada diri saya juga, bapa saya selalu mahu saya menggunakan tangan kanan. Mungkin itulah sebabnya saya mahir menggunakan kedua-dua tangan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi beberapa fakta dan kelebihan menarik untuk orang yang kidal.
Some facts about left handed people
1. Only 10% of the worlds populatio
2. Right brain dominant
Ads
3. They fare better in creativity, imagination, daydreaming and intuition.
4. Not known to have better IQ’s in the latest 2018 study.
5. More left handed are seen in Males
6. Genes do play a role
Ads
7. They are better at Multi Tasking
8. They have an advantage on certain sports like Swimming. Fencing. Tennis and Boxing. They are better at video games too.
9. Twins are more likely to be left handed
10. 13th August is International Left Handers Day.
Biasa dengar kan dialog ni. Buat para isteri ia adalah perkara biasa apabila meminta duit kepada suami.
Ada sesetengah para isteri yang bekerjaya walaupun bergaji besar tetap suka meminta duit kepada suami. Katanya bahagia apabila dapat berbuat begitu.
Begitu dengan perkongsian ini. ‘Manis’ untuk kita amati bersama. Menurut lelaki ini, Aizat Azman , isterinya mahu meminjam duitnya dengan alasan mesin ATM tempat kerjanya rosak.
Namun, sebagai suami, istilah ‘pinjam’ tidak ada dalam kamus kehidupannya setelah bergelar suami kepada isterinya.
Dia berkata, setiap pemberiannya kepada isteri itu sebagai hadiah dan rezekinya melimpah ruah apabila ikhlas memberi kepada isteri.
“Abg ada 100 ringgit tak, pinjam dulu” Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin atm kat tempat kerja rosak, malas nak g bank cucuk duit.
Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh. Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua. Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.
“Abg pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar cod barang hari ni” Saya kata ok je. Ambil la. “Terima kasih abg”, sambil tersenyum Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000. Rasa macam di permainkan pula.
Dia bukan malas nak g bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.
Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama. Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.
.
Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.
Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk di pinjam oleh isteri. Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.
Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa di tagih. Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.
Wallahu A’lam, Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak zaman sekarang ni amat mencabar. Malah kesilapan mendidik anak akan memberi impak negatif kepada kehidupannya. Ikuti perkongsian ini.
Kata-kata orang dewasa yang menggalakkan amalan buli di kalangan kanak-kanak dan remaja.
1. “Alaa ini hal budak-budak, tak payahlah orang tua masuk campur.”
SALAH.
Jika dari kecil budak-budak yang suka membuli ini dibiarkan membuli dan orang tua tidak masuk campur untuk membimbing, sampai ke tualah budak-budak itu akan terus membuli. Mereka akan menjadi buli di jalan raya, jadi buli di tempat kerja, buli pekerja perkhidmatan, dan juga mendera dan ganas kepada ahli keluarga sendiri.
2. “Buli sudah menjadi adat di sini”
SALAH. Amalan buli fizikal, buli mental atau buli emosi tidak pernah diisytiharkan sebagai adat atau budaya bagi mana-mana masyarakat yang bertamadun. Di kalangan Gladiator semasa zaman Rom purba dahulu mungkin. Jangan menormalisasikan amalan buli kerana ia merupakan amalan masyarakat yang tidak bertamadun, ‘low class’ dan meruntuhkan masyarakat.
3. “Biasalah tu. Semua orang kena buli. Anak saya pun kena.”
SALAH. Amalan buli bukan sesuatu yang biasa. Mereka yang menganggap buli sebagai satu amalan yang biasa dan perlu diterima semua adalah mereka yang sakit jiwanya. Tidak ada manusia yang waras akal dan sihat jiwanya akan menganggap amalan yang ganas, menyakiti, melukakan, memulau, menyisih, dan menyindir sehingga menyebabkan kemurungan dan kematian sebagai satu amalan yang biasa. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
4. “Sikit saja tu. Jangan lembik sangat. Orang kena buli akan jadi tough ‘doe.”
SALAH. Kita tidak memperkasakan kanak-kanak dan anak muda kita dengan membiarkan mereka dibuli atau membuli. Ajaran sesat dari manakah itu?
Kita memperkasakan kanak-kanak dan remaja dengan cara memberikan tanggungjawab kepada mereka. Kita memperkasakan mereka dengan memberikan mereka galakan, ruang dan peluang untuk menyumbang idea, tenaga dan kepakaran dalam keluarga, menyumbang kepada sekolah dan menyumbang kepada masyarakat setempat mengikut kemampuan dan usia mereka. Buli hanya akan mematikan jiwa generasi muda kita.
5. “Perangai budak tu memang gitu. Biarkan saja, jangan layan.”
SALAH. Tingkah laku kanak-kanak dan remaja yang memudaratkan orang sekeliling, memudaratkan harta benda dan memudaratkan dirinya sendiri seharusnya diperbetulkan. Jangan dibiarkan dia tanpa bantuan dan intervensi tingkah laku. Jika dibiarkan tanpa bantuan, dia akan terus membuli dan akan terus menganggap dirinya betul dan tidak bermasalah. Rugi agama, bangsa dan negara.
6. “Hidup memang macam ini.”
SALAH. Hidup anak-anak kita tidak perlu jadi sengsara sehingga ke tua akibat dibuli ketika zaman kanak-kanak atau remaja. Kita tidak perlu kehilangan nyawa anak muda kita angkara dibuli sehingga menyebabkan kematian. Kita tidak perlu kehilangan jiwa anak muda kita angkara menjadi pembuli. Semua ini boleh dielakkan dengan mewujudkan kesedaran di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat tentang buli. Kita perlu berusaha untuk membanteras buli dari akar umbinya.
Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.