Memiliki keluarga yang semuanya berkongsi minat yang sama pastinya satu bonus. Bagi Rose Malawati Mohd Ariffin, 46, aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya menjadi satu perkara yang dinantikannya setiap minggu.
Kelibat dia dan suaminya, Syd Ahmad Azimin Syd Jamaluddin, 45 dan dua anak-anaknya, Syd Asyraf Ukail, 22 serta Syd Haziq Uzair, 18 tahun yang turut berkongsi minat yang sama, sentiasa menjadi perhatian setiap kali mereka berkonvoi.
Lebih menarik lagi, bukan hanya dihujung minggu malah satu keluarga ini juga turut sama berkonvoi pulang kampung di hari raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dan aktiviti ini menjadi aktiviti wajib mereka setiap kali raya.
Balik Konvoi Raya
“Kalau hendak ke mana sahaja terutama balik kampung di musim perayaan, motorsikallah menjadi pilihan suami dan anak-anak. Sehingga kini boleh dikatakan setiap kali balik ke Teluk Intan dan Kuala Kangsar, kami berkonvoi empat beranak sahaja. Saya ikutkan sahaja [permintaan anak-anak dan suami.
Tidak dinafikan kelibat kami menjadi perhatian apabila berada di atas jalan raya. Mungkin kerana kami sekeluarga. Kalau singgah di R & R pasti jadi perhatian.
Malah saudara mara sendiri sudah tahu dan ternanti-nanti kepulangan kami berkonvoi setiap kali raya.
Tapi yang tak seronoknya, bila balik berhari raya dengan motor, terpaksalah lupakan soal bercantik-cantik dan melaram di hari raya. Terpaksalah pakai seluar,” ujarnya yang turut berkonvoi ketika menziarah sanak saudara di hari raya.
Terpaksa Demi Anak
Bagi ibu anak dua ini, minatnya mula cenderung selepas suami dan anak-anak mula sukakan aktiviti ini.
“Jujurnya saya bukanlah peminat motor apalagi motor berkuasa tinggi. Suami saya usah cakaplah, sudah semestinya itulah minat dan hobinya sejak dulu.
Ads
Malah sejak dulu lagi memang dia selalu bawa anak sulung kami setiap kali ada konvoi ke mana-mana.
Bila dah besar sikit, anak sulung saya, Syd Asyraf Ukail pula mengikut jejak langkahnya. Mungkin sudah terbiasa mengikut ayahnya ke mana-mana.
Berbeza pula dengan anak bongsu saya. Dia mulanya minta dibelikan sebuah basikal untuk menganggotai aktiviti kelasnya, tetapi saya larang kerana risaukan keselamatannya ketika itu.
Pada saya daripada keluarkan duit beli basikal baiklah beli sebuah motorsikal sahaja. Malah saya bagitau dia kalau dia setuju untuk dibelikan motorsikal, saya akan turut serta sekali bawa motor seperti ayah dan abangnya. Tanpa saya sangka dia bersetuju dengan cadangan saya. Itulah permulaannya.”
Sejak itu, wanita yang pernah berkhidmat di sebuah bank selama 24 tahun ini mula memberanikan diri menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya.
Destinasi Lukut, Negeri Sembilan dengan jarak sejauh 80km menjadi trip pertama bagi Rose Malawati berkonvoi bersama suami dan anak-anaknya.
Ads
Perjalanan selama dua jam setengah itu menjadi kenangan terindah buatnya.
Ads
“ Pengalaman pertama kali menyertai konvoi empat beranak adalah satu pengalaman yang indah buat saya. Seronoknya kerana bukan hanya menunggang motor sendiri tetapi lebih seronok lagi bila suami dan anak-anak ada sekali.
Menariknya ketika pertama kali, berdebarnya bukan main lagi. Malah tanpa disangka-sangka ada pula polis buat sekatan jalan raya dan tiba-tiba enjin saya berhenti.
Semuanya sebab panik. Walaupun panik tapi saya rasa seronok. Biasanya suami di hadapan, saya di tengah bersama anak bongsu dan anak sulung di belakang sekali.
Sehingga ini kami juga pernah berkonvoi ke Gunung Semanggol, Perak dengan jarak sejauh 330km malah merancang ke beberapa destinasi lain seluruh negara. Seronok dan paling penting dapat luangkan masa bersama suami dan anak-anak,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjelang bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi pasti ramai diantara kita yang sudah pun mempersiapkan pelbagai perkara termasuklah stok makanan dan sebagainya.
Salah satu tip dan trik mudah untuk memasak, lebih-lebih lagi kepada wanita bekerjaya pastinya menyediakan bahan kisar lebih awal. Kisar dan simpan dalam bekas? Idea mudah dan lebih cepat yang dikongsikan ini pasti buat lebih mudah disimpan.
Paling penting, bahan kisar seperti bawang merah dan bawang putih ini lebih tahan lama dan mudah disimpan. Jom cuba.
1. Kupas bawang putih, bawang merah dan halia yang ingin dibekukan.
2. Basuh bersih dan keringkan. Pastikan tiada sebarang air.
3. Kemudian, kisar kasar dan pastikan bawang serta halia tidak terlalu hancur.
4. Tak perlu campurkan sebarang minyak atau air.
5. Seterusnya masukkan bawang kisar ke dalam bekas acuan ais dan bekukan.
6. Keluarkan bila nak guna untuk memasak mengikut kuantiti yang diperlukan.
Cara begini lebih memudahkan dan jimat masa nak masak. Selain bawang dan halia, teknik ini boleh juga digunakan untuk cili kering kisar.
Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara di tempat beku. Bila nak guna, keluarkan sahaja.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi video yang dipaparkan itu menunjukkan anaknya sedang santai bersama suaminya.
Kelihatan suaminya leka melayan anak kesayangan mereka. Bahkan ketika kaki Talita mula menendang muka, suaminya bagaikan reda. Tiada marah sebaliknya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya. Memang anak ayah ni!
Menerusi kapsyen, Raja Ilya memberi tahu jika orang lain berbuat demikian memang cari nahas. Sebaliknya anak sendiri terima dengan senyuman.
Kalau orang lain yang buat , mau di kaki kan.Tapi bila anak sendiri , terajang laa macam mana sekali pun Daddy terima dengan senyuman Ikhlas .. the power of Love
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan dua beranak itu. Malah ada yang mengakui itu lumrah apabila anak masih kecil. Bahkan kebanyakan ibu ayah akan ‘kalah’ dengan anak.
Terlihat sungguh manis sekali hubungan mesra antara cucu dan nenek ini yang viral di media sosial apabila Muhammad Irham Kamal, 19, saling berbalas nyanyian melalui ‘voice note’ dengan neneknya.
Nyata, gandingan suara nenek dan cucu ini apabila mendendangkan lagu P.Ramlee berjudul Malam Bulan Di Pagar Bintang, benar-benar membuatkan netizen seronok ‘tadah’ telinga. Memang merdu!
Dan bukan itu sahaja, apa yang lebih istimewa tentang voice note ini adalah ia dibuat semata-mata untuk melepas rindu kepada neneknya yang kini berjauhan dengannya. Difahamkan, Muhammad Irham kini sedang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Bahasa Arab sejak April lalu.
When everyone got their gf to clingy, I got my nenek to sing along
Selain itu, menurut Harian Metro pula, Muhammad Irham sedari dulu gemar meminta neneknya menyayikan lagu untuknya dek kerana suaranya yang cukup merdu itu.
“Nenek suka tilawah dan berzanji, kalau di kampung di Banting, Selangor dia memang dikenali malah sering mengikuti aktiviti penduduk di sana.
“Jika bosan, saya akan meminta nenek menyanyi. Lagi pun nenek sering mengikuti kelas di tilawah di kampung,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menjangka rakaman yang dimuat naik dalam Twitter miliknya mendapat sambutan, malah tidak kurang yang memuji kelunakan suara neneknya.
Nilah nenek sayang saya tu, doakan nenek saya dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki…hehe tahun depan abang balik Malaysia ye nek
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan di KampusUOLS, ternyata hubungan cucu dan nenek ini memang rapat sedari dulu lagi.
sumber :Harian Metro, KampusUols dan twitter @irhmkmal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.