Pisang Goreng Rangup Krukk Krukk Untuk Minum Petang. Peniaga Hampir 15 Tahun Kongsi Resipinya!

Share

Menjengah petang, mula la perut minta diisi, mulut minta nak mengunyah! Cek dapur ada pisang baru masak. Haaa ngam lah buat pisang goreng hidang dengan air kopi petang-petang macam ni, memang surr!

Sebut pasal pisang goreng, lain orang lain bancuhan tepungnya. Ada orang suka makan yang ada kriuk kriuk tepung macam jual tepi jalan. Layan gak kan?

Haaa yang mana nak cuba buat, boleh ikut resipi di bawah ni. Peniaga sendiri share resipi, insyaAllah jadi. Aterrrr moh le cuba!

RESEPI BANCUHAN TEPUNG PISANG GORENG 

Salam semua.

Jom Yayar kongsi resipi tepung pisang goreng yang abang Yayar buat niaga selama hampir 15 tahun. Dengan ini Yayar ikhlas kongsi dan juga boleh sahabat gunakan untuk yang mahu mulakan perniagaan pisang goreng.

Sukatan tepung ni Yayar dah kecilkan sesuai untuk satu atau dua sikat pisang. Boleh guna pisang abu, pisang nangka, mahupun pisang tanduk. Banyak lagi pisang tapi lupa nak senaraikan.

RESEPI TEPUNG PISANG GORENG

Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap).
Tepung gandum suku cawan.
Serbuk kunyit setengah sudu.
Kapur makan secuit.
Gula sesudu besar.
Garam sesudu.
Telur sebiji.

Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.

Sumber: Facebook Yayar B. Awang Noh

IKLAN