Benar, permainan yang melibatkan gajet boleh menganggu motor halus kanak-kanak. Tiada gerakan jari yang sempurna apabila hanya membiarkan anak bermain dengan gajet.
Selain itu, untuk memantapkan kemahiran motor halus anak, salah aktivitinya adalah membiarkan anak-anak bermain dengan menguli adunan doh.
Perkongsian viral oleh Norakmawati Sabudin, memberi manfaat kepada anak. Permainan yang selamat.
Ads
Terjaga dari tdo baru duk teringat esok ank kena bw playdoh nk buat biskut pecahan utk bdk darjah 1.
Gigih la bangun kita godek masak playdoh..org lain kalut duk buat kuih..kita masak playdoh.
Bhn2 nk pakai garam halus kita hentam garam bukit himalaya..nk blend grm kasar blender kering rosak plak…
Ok siap! kasi wrap doh jgn masuk angin….Dah boleh masuk tdo dgn tenang…
Belajar rajin2 sampai pandai ye ank mama
Ads
Resepi playdoh selamat utk kanak2..
1cwn tpg gandum
1cwn air mendidih+pewarna siap2
1/4cwn grm halus( tujuan antikulat spya doh tahan lama.
2sdb minyak msk/bby oil pun boleh
1sdb cream tartar(kalu ade letak ye,sy xletak tp sy ganti 6sdb cuka mkn )ok je nmpk kejadian ..gunanye utk doh lembut & xberderai.
Masuk dlm periuk.
Gaul sebati,masak sekejap atas api kecil..
Angkat, uli sampai cantik halus.
**Edit..yg tanye tahan lame ke tak tu..bergantung cara penyimpanan kite..kalau lepas main terus simpan dlm bekas,jgn terdedah terlalu lame..setakat 2-3 jam ok lg..lg elok wrapkan dgn plastik wrapping tu dulu doh tu baru simpan dlm bekas kedap udara..
Kalau nmpk kering boleh titiskan sikit minyak n uli sebati semula..tu je nk bgtau..
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara amalan yang sebati dalam keluarga kita sejak dahulu lagi bila malam Jumaat, lazimnya kita anak beranak akan membaca surah Yasin bersama-sama. Jika tidak pun, dibaca secara sendirian.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya membaca surah Yasin ini tidak hanya dikhususkan pada hari-hari tertentu, bahkan adalah lebih diamalkan dalam kehidupan harian.
Melalui perkongsian daripada Yusra Idham di akaun fbnya berkenaan satu kisah amalan membaca yasin wajar untuk kita jadikan panduan. Ini perkongsian penuh daripadanya:
Dulu masa arwah Abah ada, Mak selalu pesan. “Nak Abah sihat, jangan tinggal Yasīn setiap pagi. Amal dan doa moga Abah diberi kesihatan yang baik.”
Masa tu, amal jer sebab sayang Abah. Nak sangat Abah kembali macam biasa. Gelak-gelak, melawak, ceria, boleh jalan-jalan.
Saya tak pernah tahu apa kelebihan baca Surah Yasin setiap pagi. Hingga kakak saya Suwaidah Idrus syorkan baca Surah Yasīn. Kebetulan saya memang waktu tu dan rasa down sangat-sangat. Beliau lah yang menceritakan kelebihan-kelebihan baca Surah Yasin dan keajaiban yang berlaku kepada beliau setelah mengamalkan surah ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dia kata, “duk jauh dengan family elok amal surah Yasīn. Nak apa, niat jer sambil baca Surah ni. In shaa Allah, Allah maqbulkan.”
Ternyata setelah bertahun-tahun saya amalkan, Alhamdulillah satu persatu Allah makbulkan.
Antaranya, walaupun saya selalu mohon pada Allah moga Abah kembali sihat, dalam masa yang sama saya juga mohon untuk Allah beri kesempatan untuk saya berkhidmat untuk Abah.
Dan Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya, walaupun baru jer balik cuti tapi saya sempat untuk berkhidmat hingga nyawa abah yang terakhir.
Beberapa doa yang lain saya mohon pada Allah, Allah makbulkan.Walaupun lambat, Alhamdulillah saya perolehinya.
Ayuh sahabat. Saya nak sangat ajak sahabat-sahabat sama-sama amalkan surah yasin di awal pagi sebagai permulaan sebelum kita melakukan sesuatu.
In shaa Allah biiznillah jika niat kita baik, Allah akan bantu.
Ini pula jawapan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan secara lebih detail tentang kelebihan membaca surah Yasin.
Berdasarkan soalan di atas, membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.[Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin
Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akandiampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]
Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya, akan diberi ganjaran pahala seperti membaca al-Quran sebanyak 12 kali. Begitu juga, apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahnyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia)”.
Hukum hadith
Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut adalah palsu.[Lihat: al-Silsilah al-Dhaifah, no. hadith 4636]
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua surah al-Mulk. Allah SWT jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya di tangan kanannya dan diberi kesempatan untuk membela 70 orang daripada ahli keluarganya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.
Hukum hadith
Kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, asal di dalam ibadat adalah tawaqquf (terhenti) sehingga adanya dalil yang menceritakan akan hal tersebut.
Tarjih
Setelah kami melihat terhadap hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.
Penutup
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan al-Quran serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi laman facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad telah dikongsikan kisah seorang ibu yang juga merupakan seorang peguam dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, bertarung dengan penyakit kanser payudara. Pelbagai jenis rawatan telah dijalaninya dan akhirnya dikatil hospital itu jualah wanita cekal tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ikuti perkongsian doktor ini, menceritakan situasinya berdepan dengan keluarga pesakit.
KISAH PESAKIT KANSER PAYUDARA
Semasa saya bertugas di Palliative Care Unit, iaitu tempat di mana kebanyakan pesakit kanser yang telah disahkan mengalami metastasis (kanser merebak) ke bahagian lain (seperti paru2 dan hati), saya sangat komitted dengan kerja saya.
Ini kerana saya diminta memngaturkan wad (selepas kursus selama lima hari di Palliative Care Unit, Hospital Queen E, KK). Saya berseorangan doktor di wad itu, bersama 5 orang jururawat yang bergilir-gilir bekerja secara syif.
Sesekali doktor pakar akan datang melihat keadaan wad. Bukan pesakit. Sebab mereka tahu pesakit tiada lagi rawatan yang aktif dari mereka. Pesakit dibenarkan pulang jika mahu, atau tinggal di wad ini sehingga tiba masanya.
Di wad ini saya akan pastikan pesakit berada dalam keadaan lebih selesa jika dibanding mereka tinggal di rumah kerana ada kemudahan perubatan (seperti alat nebulizer, bekalan oksigen dan beberapa ubat-ubatan lain) dan penjagaan oleh jururawat yang baik.
Lebih dari itu (janji untuk sembuh) memang kami tak dapat berikan sebab kebanyakannya doktor mengesahkan kanser mereka sudah terlalu advanced.
Saya masih ingat satu kisah di mana seorang peguam anak dua berbangsa Cina berusia 30an mengalami penyakit kanser payudara. Beliau sudah menjalani rawatan kimoterapi, radioterapi dan pembedahan di Singapura. Malangnya kanser payudara yang beliau alami ini adalah jenis yang sangat agresif. Walaupun telah diberikan rawatan yang lengkap, kanser-kanser itu datang semula. Kali ini ia berlaku dengan terlalu cepat sehingga dada beliau (yang telah dibuang payudara) mengalami bengkakan dan sel-sel kanse masuk menyerang paru-paru pula.
Ketika masuk di wad ini, beliau berada dalam susah bernafas dan mengalami rasa sakit.
Ya Allah kesiannya. Bila anak dia datang melawat (bersama ayah mereka), beliau akan mengalirkan air mata. Sambil mengusapkan kepala anak-anaknya, air mata beliau mencurah jatuh.
Anak pertama berusia 5 tahun dan anak kedua berusia 2 tahun. Beliau seolah-olah tahu beliau akan meninggalkan anak-anak beliau buat selama-lamanya, tidak berapa lama lagi.
Saya menjaga beliau selama tiga minggu. Oleh kerana beliau mengalami rasa sukar bernafas, saya tidak dapat banyak berinterasi dengan beliau.
Beliau hanya duduk di atas katil, tidak mampu berbaring kerana dengan posisi berbaring, ia akan menyebabkan beliau lebih sukar bernafas. Jadi saya pastikan bekalan oksigen secukupnya untuk beliau.
Badan semakin kurus kerana tiada selera hendak makan. Semakin lemah.
Pada suatu malam, ketika saya sudah pulang ke rumah, mengajar anak saya mengaji, ada panggilan telefon dari wad.
“Doktor, pesakit di katil lima tu dalam keadaan nazak. Saya sudah beritahu ahli keluarga yang lain..”
Jururawat telah faham apa yang perlu dilakukan. Beritahu ahli keluarga agar mereka maklum keadaan pesakit. Mungkin ada yang ingin bedoa dan mengajarkan syahadah. Tiada larangan.
Saya datang selepas 20 minit sebab rumah saya agak jauh dan jalanraya di bandar JB agak sesak.
Saya berjumpa suami beliau. Saya membisikkan “Mungkin ini masanya”
Suami beliau mengangguk dan agak sedih. Tetapi faham. Tugas saya bukan menyelamatkan nyawa, tetapi memberikan keselesaan bagi pesakit melalui fasa kematiannya.
Selepas sejam, saya mengesahkan beliau sudah meninggal dunia. Suasana senyap. Sunyi. Semua menahan pilu. Hanya anak beliau yang memanggil, “mummy,mummy” kerana tiada lagi usapan di kepala mereka.
Mereka tidak menyedari ibu mereka telah pergi selamanya…
Pelajar Vokasional Wakil Negara Ke Amerika Syarikat Untuk Anugerah Global Student Prize.
Jika sebelum ini, stigma masyarakat yang memandang rendah terhadap pelajar vokasional sehingga menganggap ia adalah pilihan terakhir pelajar tingkatan tiga.
Namun stigma itu sudah berakhir apabila ramai graduan lepasan TVET mempunyai pasaran yang luas dalam dunia pekerjaan.
Malah lebih membanggakan pelajar daripada bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) mampu mengharumkan nama negara.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi facebook rasmi Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan ll Malaysia mengucapkan tahniah kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau (KVK) setelah terpilih mewakili Malaysia.
Menurutnya pelajar berkenaan adalah daripada Kolej Vokasional Keningau dan merupakan wakil Malaysia tunggal untuk calon anugerah Global Student Prize tahun 2022 anjuran Chegg.org. di Amerika Syarikat
“Lagi sekali, Kolej Vokasional Keningau (KVK) mengharumkan nama Malaysia amnya dan Sabah khasnya di mata dunia apabila salah seorang pelajar jurusan teknologi pembinaannya, Alesyah Asa terpilih menjadi salah seorang finalis daripada 50 calon seluruh dunia bagi anugerah Global Student Prize tahun 2022 anjuran Chegg.org. di Amerika Syarikat yang menawarkan hadiah kemenangan bernilai USD100,000.00 (RM445,000.00).”
Katanya lagi , sebagai calon tunggal daripada Malaysia, pemilihan Ayesyah didasarkan kepada pencapaian beliau. Antaranya, Alesyah memenangi pertandingan STEAM Awesome Foundation di Amerika Syarikat (2019), mengetuai delegasi pertukaran pelajar di Korea Selatan (2020) dan memenangi pertandingan inovasi antarabangsa anjuran UNESCO (2020).
Syabas dan tahniah lagi sekali buat Alesyah Asa dan Kolej Vokasional Keningau!
Meninjau di ruangan komen, para netizen mengucapkan tahniah kepada pelajar berkenaan atas kejayaan dan mewakili Malaysia di persada dunia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.