Siapa yang tak panik apabila kereta terbabas menjunam masuk ke dalam sungai atau tasik.
Ketika ini situasi berlaku dengan pantas. Kita tentu tak tahu nak buat apa apabila air masuk dengan pantas dalam kereta.
Sudah tentu mustahil untuk kita membuka pintu kereta apabila kereta terus tenggelam masuk ke dalam air.
Jadi nak tahu apa yang kena buat. Jom ikuti panduan ini.
INI KENA BUAT BILA KERETA TERBABAS MASUK DALAM SUNGAI
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Ads
Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.
Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out
Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta
“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
Ads
“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?
Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Ads
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.
Makanan berasaskan kacang soya seperti tempe ini cukup enak dimasak dengan pelbagai resipi. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggemarinya, bahkan ada juga yang boleh makan mentah sahaja tempe tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menguntungkan makan tempe ini selain menepati citarasa, seorang doktor ini menjelaskan begitu banyak khasiat dan manfaat makan tempe dari sudut sains. Jadi rugi rasanya kalau makanan yang mudah didapati dan murah harganya ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pemakanan kita seisi keluarga.
Nak lebih jelas apa disenaraikan oleh doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
KELEBIHAN MAKAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.
Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. Protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.
Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.
Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.
Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.
Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.
Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.
Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.
Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. Efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.
Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.
Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.
Setiap orang berbeza cara dan pendekatan dalam menjaga kesihatan diri. Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan. Nak sihat kena amalkan makanan sihat dan seimbang.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau ada cara tersendiri. baru-baru ini dalam satu temu bual, beliau berkongsi tip pemakanan yang diamalkannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
Rupa-rupanya setiap hari beliau mengambil empat biji telur setengah masak dengan roti bijirin penuh atau wholegrainsebagai hidangan sarapan.
“Kalau kita selalu bersenam pun kalau tak jaga makan, susah juga.
“Contoh, setiap pagi saya akan ambil empat telur setengah masak dan roti bijirin penuh,” kata Syed Saddiq dalam Agenda AWANI.
Selain sarapan yang lengkap, menteri kabinet paling muda di rantau Asia ini memilih untuk mengurangkan nasi dalam hidangan makan tengah hari dan malam.
“Saya juga sedang berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada minuman berkarbonat,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi akaun Instagram isteri Dato’ Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izatti, perkongsian terbaru Datin telah meraih perhatian ramai. Datin Izatti memuat naik sebuah video terbaru anak bongsu mereka yang bernama Rahil Laura Salsabila Yamani.
Kini usia Laura sudah dua bulan dan dilihat sudah pandai memberikan respon apabila diacah. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Laura apabila melihat bapanya menyanyikan lagu kepadanya. Laura dilihat seperti turut sama hendak menyanyi.
Ini kerana Laura boleh mengikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh bapanya. Lagu ini hanya golongan otai sahaja dan seangkatannya yang tahu. Kecil – kecil sudah menunjukkan bakat. Mesti Laura bakal mengikuti jejak langkah bapanya menjadi penyanyi.
Belum sampai 24 jam ia dimuat naik, perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ratus tanda suka daripada warganet. Comel sangat Laura dan ini merupakan cahaya mata perempuan yang kedua buat Dato’ Jamal. Pastinya secantik kakaknya, Azura apabila besar kelak.
Untuk rekod, Dato’ Jamal mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 bersama pasangannya, Zai Izzati Khiruddin.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.