Kalau nak diikutkan, macam-macam cara orang buat untuk menanam pokok kesum. Kalau dapat biarlah lagi memudahkan kita untuk mencubanya.
Umpamanya bila guna teknik yang dikongsi ini. Tampa perlu disiram setiap hari, pokok kesum kekal hidup subur.
Cara mudah semai daum kesum. Terlupa nak siram pun takde masalah..
Mula tanam 01/05/2020,hasil pada 09/06/2020.
Step 1
Beli daun kesum di kedai dan asingkan batang dan daunnya.
Step 2
Sediakan kabus dan span basuh pinggan.
Step 3
Gunakan pembaris dan pisau untuk memudahkan kerja mengukur dan memotong.
Ads
Step 4
Kabus dipotong separuh
Step 5
Ukir saiz span pada penutup kabus. Selepas itu potong ikut saiz span tersebut.
Ads
Step 6
Ni kejadiannya
Step 7
Kelarkan span menggunakan pisau bagi memudahkan semaian batang kesum.
Step 8
Saya menggunakan baja air bgi
memudahkan larutan baja dengan air.
Sukatan baja: air paip 1.5 liter bersamaan 3 penutup baja A dan B. Kalau separuh kabus menggukan 9 liter air terus
darapkan saja untuk sukatan air baja tu.
Step 9
Kabus yang dipotong separuh yg sebelah atas saya buat alas bawah. Yang sebelah bawah saya buat tempat takungan air dan
baja itu. Jangan dibuang yang sebelah atas tu sebab sayang boleh guna untuk kegunaan lain.
Penyanyi Datuk Nora Ariffin kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli. Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri pelantun Lagu Dipersimpangan Dilema menerusi laman Instagramnya.
Walau bagaimana pun, pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini tidak menjelaskan secara terperinci mengenai majlis pernikahan tersebut.
“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya lagi
Dia turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.
“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Tiada yang mampu diungkapkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dijemput Ilahi. Lebih memilukan ia berlaku dihadapan mata sendiri. Demikian yang berlaku kepada seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit dilihat memangku sambil mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah.
“Umairah… Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah.” Kalimah itu berulang kali disebut bapa berkenaan kepada anak di pangkuannya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Jambatan Sri Ehsan berhampiran Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, sabtu lalu.
Menerusi rakaman video menyayat hati berdurasi 30 saat itu, lelaki terbabit dilihat mengajar kanak-kanak perempuan kalimah berkenaan dan dalam masa sama memangku kepala seorang lagi anak perempuannya.
Turut kelihatan ialah dua kanak-kanak lelaki di sisi dengan seorang daripadanya terbaring dan menangis kesakitan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kemalangan itu berlaku pada 1.30 petang menyebabkan kanak-kanak lima tahun dikenali Nur Umairah Syakirah Rosdi meninggal dunia kerana parah di kepala.
“Mangsa bersama enam ahli keluarga iaitu ibu bapa dan tiga adik-beradik berusia tiga hingga lapan tahun menaiki Perodua Alza, terbabit kemalangan dengan kereta jenis Audi.
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu bapa mangsa menuju ke Persiaran Timur, berlanggar dengan kereta dipandu lelaki umur 37 tahun yang datang dari arah Jalan Tun Hussein di persimpangan lampu isyarat.
“Semua mangsa di dalam Perodua Alza cedera dengan mangsa parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia pada 9.50 malam,” katanya lagi.
Rosly berkata, adik bongsu dan bapa kanak-kanak itu cedera, manakala ibu mangsa yang bekerja sebagai guru tadika patah kaki kiri dan tulang pinggul retak.
Katanya, kakak mangsa berusia lapan tahun koma dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala abangnya cedera di kepala dan patah kaki kiri.
“Pemandu kereta Audi tidak cedera dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Madnor berkongsi sebab meninggalkan kerjaya tetap demi menjaga ibunya yang diserang strok serta menceritakan cabaran membina perniagaan dan kepentingan mengutamakan keluarga.