Sedihnya bila adik-beradik yang dulunya sebantal, sekatil kini sudah seperti orang asing dalam kehidupan kita. Puncanya hanyalah kerana harta pusaka. Masih merahlagi tanah kubur ibu ayah tapi mereka sudah berdebat mengenai perkara ini.
Mungkin sebab ini, nenek-nenek selalu membelanjakan wang mereka untuk cucu-cucu.
Pernah saya bertanya kepada arwah nenek, “Wan simpan la duit, nanti habis duit wan.”
Terus arwah nenek saya jawab, ‘Aku tak nak anak-anak aku bergaduh nanti.”
Kini barulah saya paham kenapa di akhir-akhir usia, nenek saya menjual tanah-tanahnya dan membelanjakan kepada kami.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook,
Masalah ni dari dulu sampai la..
Semua nak rebut harta pusaka.
Sampai bergaduh adik beradik..
Harta tu takleh bawak pi kubuq pun…
Dah la harta pusaka..
Duk rebut mcm boleh bawak masuk neraka..
Sedaq la..
Cari harta guna usaha sendiri..
Tak mampu buat cara tak mampu..
Dunia dah hujung-hujung dah..
IKLAN
Pesan kat adik-beradik kita…
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…
Beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dengan nama sendiri…
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti…
Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh,
Bermasam muka…bertelagah
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke,
Jangan fikir, jangan berharap…jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…
Walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita ygan usahakan,
Bukan kita yg berbakti…
Tup-tup bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita…
IKLAN
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita…
Yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
IKLAN
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan…
Tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”…
Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula…
Pastinya setiap pasangan inginkan hubungan yang kekal hingga akhir hayat. Namun, lumrah jika ada perselisihan faham dalam rumahtangga. Bagi menyemarakkan lagi hubungan suami isteri pastinya perlu sentiasa menjaga hubungan dan kemesraan. Ikuti 10 tip ini
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”
Itulah antara ucapan ketika memenangi award di Majlis Oscar 2022 sejurus selepas insiden menampar selebriti lawak Chris Rock kerana menjadikan isterinya sebagai bahan lawak.
‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.
Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.
Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
Will Smith punches Chris Rock and tells him to “keep my wife’s name out of your fucking mouth” during the #Oscarspic.twitter.com/tYf7S6OIy4
Terdahulu, Jada Pinkett Smith mendedahkan dia menghidap Alopecia. Perubahan akibat penyakit itu semkain lama dapat dilihat dengan jelas dan dia sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi.
Apa Itu Alopecia
Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi, Jabatan Perubatan di Universiti Malaya (UM), Dr Kwan Zhenli, masalah rambut yang paling umum untuk berlaku adalah alopecia androgenetik dan alopecia areata.
Alopecia androgenetik turut dikenali sebagai kehilangan rambut yang boleh dialami oleh individu lelaki ataupun wanita. Manakala alopecia areata, sebaliknya, adalah satu keadaan yang melibatkan masalah autoimun dengan isu kebotakan rambut.
Masalah yang melibatkan kulit kepala dan rambut lain yang sering dihadapi adalah seperti psoriasis kulit kepala, seborrhoeic dermatitis dan jangkitan kulat yang dikenali sebagai tinea capitis.
Masalah berkaitan rambut selalu berkaitan isu keguguran rambut. Keadaan rambut yang gugur boleh meninggalkan parut (dikaitkan dengan kerosakan pada folikel rambut) atau tidak menyebabkan parut.
Individu yang mengalami masalah ini mungkin akan mengadu mengenai perubahan pada kulit kepala yang menjadi kemerahan, bersisik atau kering. Dalam sesetengah situasi, ia mungkin menyebabkan rasa gatal dan kesakitan.
Bolehkah ia diwarisi?
Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan UM, Dr. Kwan memberitahu bahawa masalah alopecia androgenetik adalah berkaitan dengan kepekaan terhadap hormon testosteron dan sering kali melibatkan genetik.
Bagi wanita yang mengalami masalah ini, ia adalah berkait rapat dengan tahap hormon lelaki (androgen) yang tinggi sama seperti keadaan yang melibatkan sindrom ovarium polikistik. Individu wanita dengan keadaan ini mungkin akan berdepan isu jerawat, peningkatan pertumbuhan rambut pada wajah, haid tidak teratur serta masalah kesuburan.
Manakala masalah alopecia areata melibatkan keadaan autoimun dan ia cenderung untuk diwarisi. Lebih kurang 20 peratus individu yang mengalami keadaan alopecia areata mempunyai sejarah keluarga dengan masalah rambut yang sama. Masalah ini juga turut dikaitkan dengan keadaan autoimun seperti gangguan tiroid, lupus dan vitiligo.
Pilihan rawatan
Bagi merawat alopecia androgenetik, cecair atau sabun Minoxidil merupakan antara kaedah rawatan yang biasa digunakan. Individu lelaki dengan masalah ini boleh mengambil ubat finasteride, manakala individu wanita pula boleh mempertimbangkan pengambilan pil yang berfungsi untuk menyekat tindakan dihydrotestosterone seperti spironolactone atau cyproterone acetate.
Perkara paling penting yang harus dilakukan adalah untuk melindungi rambut dan kulit kepala daripada terdedah kepada cahaya matahari dengan memakai krim pelindung matahari, topi atau rambut palsu.
Terdapat juga pilihan prosedur pembedahan seperti pengurangan kulit kepala atau teknik pemindahan rambut seperti pemindahan unit folikel (FUT) atau pengekstrakan unit folikel (FUE). Kaedah lain termasuk rawatan cahaya laser tahap rendah atau plasma kaya platelet (PRP). Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menyokong penggunaan modaliti rawatan ini.
Untuk masalah alopecia areata, penggunaan krim atau aplikasi steroid pada kulit kepala boleh digunakan sebagai kaedah rawatan. Suntikan steroid juga antara rawatan yang berkesan. Bagi keadaan yang serius, pengambilan ubatan oral seperti steroid, methotrexate, sulfasalazine, ciclosporin dan azathioprine, boleh dijadikan antara pilihan rawatan.
Minoxidil juga boleh digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Kaedah rawatan lain yang boleh digunakan untuk alopecia areata termasuk “contact sensitisation” (menggunakan squaric acid dibutyl ester (SADBE) atau diphenylcyclopropenone (DPCP), suntikan plasma tinggi kandungan platelet dan fotokimoterapi.
Perubahan gaya hidup
Untuk mencegah atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah keguguran rambut, cara yang terbaik adalah mengekalkan gaya hidup sihat. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga berat badan ideal, mengurangkan tekanan, menghindari tabiat yang tidak elok seperti merokok serta elakkan pendedahan kepada radiasi ultraviolet.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan tabiat menyikat rambut dengan kuat ketika rambut masih basah dan rapuh. Anda boleh merapikan rambut dengan menggunakan jari atau berus sikat rambut.
Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh mengurangkan penggunaan hot combs, perms atau mengerintingkan rambut, penggunaan bahan kimia kepada rambut serta pengering rambut.
Ada waktu kita boleh buat dua benda dalam satu waktu, namun ada masanya kita tak mampu lebih-lebih lagi bila melibatkan masa depan. Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Najwa latif di mana dia mengumumkan kepada peminat bahawa dirinya terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah bagi memberi ruang kepada pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD).
Menerusi laporan Harian Metro, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia menghadapi masalah untuk melakukan kedua-duanya dalam masa yang sama lalu memutuskan untuk mengorbankan pekerjaannya.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menjelaskan keputusannya untuk berhenti kerja berhenti kerja adalah buat sementara waktu sahaja dan akan kembali jika diberi rezeki.
“InsyaAllah tahun depan saya akan kembali bekerja semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus PhD sekejap,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai penerimaan suami, wanita berusia 28 itu memberitahu bahawa Akwa Arifin sentiasa bertanyakan khabar selepas dirinya tidak bekerja serta memberikan sokongan penuh.
Untuk rekod, Najwa sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), Instagram Najwa Latif
Resipi gulai tempoyak antara menu hidangan yang menjadi buruan ramai peminat durian. Biasanya pencinta buah durian bukan sahaja suka makan buah durian tetapi juga segala jenis menu berasaskan durian termasuklah tempoyak.