Awal persekolahan biasanya guru-guru perlukan beberapa keping gambar anak-anak berukuran passport untuk tujuan rekod di sekolah. Biasanya juga, kita sebagai ibu bapa akan pergi ke sudio gambar untuk melakukan proses tersebut.

Namun tahukah anda, dengan telefon bimbit juga anda boleh hasilkan gambar passport sendiri. Tentunya cara  ini lebih memudahkan ibu bapa dan apa yang lebih penting kosnya jauh lebih murah. Tidak dengan itu, gambar pun kita boleh touch up sendiri, nampak lebih cantik hasilnya!

Jadi ketahui cara dan tekniknya melalui perkongsian daripada Encik Bijen Mohd ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.


Lepas siap edit gambar visa umrah untuk kami sekeluarga hari tu, beria isteri suruh buat tutorial cara nak buat gambar passport atau visa sendiri.

Katanya nak buka tahun baru ni, banyak nak pakai gambar. Budak-budak nak masuk sekolah. Manalah tahu boleh tolong jimatkan sedikit sebanyak perbelanjaan masuk sekolah untuk mak ayah.

Rasanya sekarang 8 keping gambar harganya mencecah RM10. Kalau ada 2-3 anak, dah berapa ringgit dah berhabis. Baiklah duit tu beli alat tulis, lagi bermanfaat.

Yang seronoknya buat gambar sendiri ni, boleh touch-up sampai puas hati. Kos pun murah, RM1-2 saja. Modal yang diperlukan hanyalah kamera smartphone, kesabaran, ketabahan dan kekreatifan. Heh!

Boleh ikuti langkah demi langkah dalam gambar di bawah untuk menghasilkan gambar yang cun macam artis Korea. Kah!

Tutorial

1. Mula-mula cari dinding putih. Kalau tak ada, pakai kain atau apa saja yang boleh dijadikan background warna yang dimahukan. Suruh objek berdiri biar ada jarak dengan dinding. Ini supaya kita dapat kesan bokeh pada dinding. So nanti tak nampaklah sangat tekstur dinding yang tak rata dan berdaki tu. Kalau bersandar di dinding (macam dalam gambar) nanti bayang-bayang jatuh. Banyak kerja nak edit balik.

IKLAN

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

 

2. Pasang kamera dan hadapkan ke wajahnya. Fokus betul-betul di muka sambil suruh dia senyum. Jangan ambil gambar terlalu dekat. Nanti wajah jadi cembung dan tak cun.

Tips: Kalau tangkap gambar bayi yang susah bagi kerjasama tengok kamera, cuba letak sticker yang menarik dekat dengan lens. InsyaAllah nanti dia pandanglah kamera tu.

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

3. Dah dapat gambar yang puas hati, editlah pakai Snapseed. Boleh main tool ‘Potrait’, ‘Head Pose’ dan ‘Healing’. Background putih di belakang tu boleh guna ‘Selective’ dan naikkan brightness sampai washout. Kalau gambar senget, pakai tool ‘Perspective’ untuk betulkannya.

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

IKLAN

4. Agak-agak dah cun macam artis Korea, kita crop gambar guna ratio 3:2. Pastikan muka memenuhi 70% ruang kalau untuk visa umrah.

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

5. Disebabkan background putih, moleklah sekiranya kita tambah frame supaya senang kerja memotong nanti. Dah selesai, terus Export > Save gambar tersebut.

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

 

6. Buka gambar tadi melalui app ‘EZ Passport ID Photo’. Sebenarnya nak guna app ni dari mula sampai habis pun boleh. Tapi feature dia terhad sikit berbanding ‘Snapseed’. Haa, sekarang kalau nak edit gambar background jadi warna lain pun boleh.

IKLAN

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

7. Akhir sekali, masukkan ukuran yang dikehendaki. Untuk gambar visa umrah yang saya buat ni, 40 x 60 mm. Bila disusun atas kertas saiz 4R, dapatlah 4 keping. Untuk kegunaan biasa, boleh susun bagi dapat 8 keping atas satu kertas.

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

8. Lepas tu jangan lupa save. File tadi boleh transfer masuk ke dalam pendrive ataupun emel je kat kedai gambar kalau diorang terima.

Tanya kedai kalau nak print gambar saiz 4R berapa ringgit. Jangan cakap nak print gambar passport. Harga standard RM1 saja sekeping. Lepas dah confirm harga, barulah beri file tadi untuk di-print.

9. Tak pun print je sendiri dekat rumah kalau ada printer gambar. Lagi jimat. Heh! Dah siap print, potonglah ikut ukuran yang sepatutnya. Semoga bermanfaat!

Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

Terima kasih!

sumber : Bijen Mohd

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI