Influencer terkenal Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamaruzzaman melangkah setapak kehadapan dalam dunia perniagaan apabila beliau mengumumkan pembukaan kilang sambal nyet yang kedua.
Menurut Khairul Aming, perniagaan Sambal Nyet yang diusahakan sejak awal 2021 mencapai jualan mencecah sehingga RM 14 juta.
“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.
“Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.
“Selain itu, sebelum ini kita ship out dalam berguni-guni sehari, sekarang kita ship out dalam tiga biji lori kurier sehari.
“Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya,” ujarnya
Ads
kilang kedua ini bertempatkan di Kota Bharu ini bersaiz 22 000 sqft luasnya.
Ads
“Kilang kedua ini akan digunakan untuk naikkan lagi production Sambal Nyet yang akan kita jadikan tempat persediaan untuk produk yang kedua nanti.
“sedikit sebanyak saya berharap dapat menaikkan ekonomi orang lokal di sini ” Harapannya.
Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya. Pelakon bernama Syafie Naswip ini memang seorang anak yang baik. Awal Mei lalu, dia membeli sebuah rumah untuk ibunya.
Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini memberitahu, duit tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian membelikan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.
Menurutnya, sudah lama dia menyimpn hasrat tersebut dan mula menyimpan wang sejak pembabitannya dalam bidang seni pada 2006.
“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.
“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah berkenaan sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya.
Terbaru, Syafie memuat naik satu video melawat ibunya yang sedang sakit di hospital sambil membawakan sejambak bunga. Selain itu, dia turut menyuap makanan kepada ibunya yang cukup murah dengan senyuman.
Kapsyennya cukup ringkas namun mendalam maknanya. Nyata Syafie adalah seorang anak prihatin dan soleh.
Membuat pelaburan wang untuk tujuan simpanan masa hadapan pastinya ia sesuatu yang penting untuk kita praktikkan demi kestabilan kewangan.
Untuk itu, ada caranya dan bagi mencapai matlamat kewangan yang stabil sebagai yang diingini, ayuh kita lihat kira-kira dan perbandingan yang dilakukan oleh Harith Faisal berkenaan asb pelaburan wajib untuk kita.
10 SEBAB ASB FINANCING ADALAH PELABURAN WAJIB UNTUK ANAK MUDA
Posting ni panjang. Better kau SHARE dulu, dah sampi ofis nanti baru baca. Jangan baca masa tengah drive. Nanti kau excited baca sampai tak sedar terlanggar kereta depan.
1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan tinggi
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Sebagai rekod pertama CCRIS
8. Latihan komitmen bulanan
9. Sangat fleksibel
10. Kiraan mudah difahami
Kalau kau buat kira-kira ASB Financing dan kau nampak rugi, senang cerita, kau tu yang tak reti kira tapi bajet-bajet pandai. Ha! Awal-awal dah kena kasi ayat sentap.
Pertama sekali, kau kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android kau. Kalau pakai Apple, cari app EZ Financial Calculators. Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kita perlu guna 2 jenis kalkulator je. Gambar kiraan saya ada sertakan sekali. Boleh rujuk.
ASB SIMPANAN BIASA
Katakan kau mampu simpan RM1,010 sebulan. Jadi, setiap bulan kau pun letak RM1,010 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Ambil purata dividen 7%.
Total Principal: 36,360.00
Maturity Value: 40,426.72
Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen terkumpul hanyalah RM40,426 selepas 3 tahun.
ASB FINANCING.
Kau mampu simpan RM1,010 sebulan. Jadi, mohon ASBF maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 35 tahun.
Setiap bulan, kau bayar ansuran RM1,010 kepada bank. Contoh kadar bank profit adalah 5% dan dividen purata ASB adalah 7%.
Jom kira berapa kau dapat pada tahun ke 3.
Kira guna Loan Calculator.
Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 5.00% per year
Loan Term: 35 Years
Monthly Payment: 1,009.38
Klik button Amortization.
Amortization Schedule: 193,177.60 (Bulan ke-36)
Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF kau adalah RM193,177.60. Maka, prinsipal terkumpul kau pada waktu tu adalah RM200,000 – RM193,178 = RM6,822
Lepas kau mohon ASBF hari tu, bank dah letak ASBF RM200,000 dalam akaun ASB kau. Maka, kau akan dapat dividen berdasarkan amaun RM200,000 tu.
Kira guna Compound Interest Calculator.
Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7
Compounding: Annually
Interest Amount: RM45,008.60
Interest amount tu adalah mewakili dividen + bonus kau yang compounding selama 3 tahun.
Nak tengok berapa jumlah besar yang kau dapat, kena tambahkan prinsipal terkumpul dan dividen + bonus compounding ni.
RM6,822 + RM45,008 = RM51,830
Jadi, hasil yang kau dapat adalah RM51,830 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan kau buat joli pulak. Buat duit untuk kahwin pun boleh.
KESIMPULAN
1. Simpan dalam bank
RM1,010 x 12 x 3 = RM36,360 (Modal)
Jauh betul beza tu. Dah terang lagi bersuluh, dengan ASBF boleh dapat extra RM15,470. Takkan masih nak simpan duit dalam bank biasa kan.
Benda ni ikut kemampuan kau sendiri. Kalau mampu simpan RM505 sebulan, kau buatlah kiraan untuk ASBF RM100,000 pula. Kena bagitau juga pasal ni, risau kot-kot ada yang tak tahu.
PILIHAN LAIN
Kau buat RM100K ASBF, bulanan RM505. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM25.9K. Padahal modal kau hanya RM18.1K. Dah dapat untung bersih RM7.8K.
Kau buat RM150k ASBF, bulanan RM758. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM38.8K. Padahal modal kau hanya RM27.2K. Dah dapat untung bersih RM11.6K.
Kau buat RM200K ASBF, bulanan RM1,010. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM51.8K. Padahal modal kau hanya RM36.3K. Dah dapat untung bersih RM15.5K.
SHARE laju-laju tanpa was-was.
Disclaimer: Andaian kadar keuntungan bank adalah 5% dan purata dividen+bonus adalah 7%. Ini adalah penulisan peribadi, tidak mewakili mana-mana pihak lain. Sekian.
Perkongsian video pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang berkongsi perihal suaminya, Raja Syahiran yang prihatin malah mengambil berat dirinya ketika pulang dari hospital mendapat pujian ramai.
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan itu, Raja Syahiran dilihat menampal satu nota berbunyi, ‘Sorry Slow Wife Czer” di belakang keretanya bimbang tindakannya membawa kereta terlalu perlahan mengundang rasa tidak senang hati kepada pengguna jalan raya lain.
Uyaina yang selamat melahirkan bayi keduanya pada Sabtu lalu turut menzahirkan penghargaannya pada suami yang menjadi penguatnya malah sentiasa di sisi.
“Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar, dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi & ada support system yang kuat.
“Sebab sakit selepas melahirkan ni tak leh nak describe. Especially that first walk to the toilet. Ingat pun boleh nangis.
“To my @rajasyahiranmy, thank you for taking care of me. I love you,” tulisnya.
Sabtu lalu, Uyaina dan suami berkongsi perkhabaran gembira atas kelahiran anak kedua mereka yang belum dikongsikan nama dan wajahnya.
“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi,” tulisnya menerusi kapsyen.
Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.