Kita selalu mendengar peribahasa ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’, namun andai ditanya pada diri kita sendiri, apakah usaha atau langkah yang kita lakukan sebagai seorang isteri untuk tujuan itu bagi mendepani waktu akan datang?
Hal ini telah menarik perhatian Encik Shamsuddin Kadir berkongsi tip untuk dipraktikan oleh wanita bergelar isteri yang berkerja.
Nak tahu detail jom baca sepenuhnya.
Bismillah. Tip untuk wanita yang bergelar isteri yang bekerjaya.
Sediakan Payung Sebelum Hujan.
Bagi mengelakkan kejadian yang membuatkan kita tertekan, sakit jiwa, beremosi yang melampau, sedih yang berpanjangan, mengamuk dan menyesal, tip di bawah ini In Syaa Allah menjaga ketenangan hidup walaupun dilanda tsunami yang jauh lebih teruk berbanding hujan.
Ads
1. Jangan ambil sebarang pinjaman peribadi.
2. Jangan ambil pinjaman peribadi untuk diberi kepada suami bagi memulakan bisnes sendiri ataupun perlaburan
3. Jangan ambil pinjaman kereta melebih dari 5 tahun dalam jumlah yang kita mampu bayar sendiri dengan wang gaji kita sebagai isteri.
4. Jangan ada hutang kad kredit. Kepada yang takut, lebih baik tiada kad kredit.
Ads
5. Perlu ada rumah sendiri, sama ada flat ataupun apartmen yang dibeli atas nama sendiri.
6. Jangan belanja lebih dari 60% wang gaji untuk ansuran dan kos sara hidup.
Kerana apabila cikpuan-cikpuan ditinggalkan suami, diceraikan, ataupun suami mati antara individu yang paling derita adalah saya. Ini kerana saya sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat ‘Luahan kasih’ kerana saya terlampau simpati. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku hampir setiap masa.
Kita ada pilihan untuk memastikan ianya tidak terjadi dalam hidup kita, peristiwa kesilapan menguruskan wang dan hutang.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sememangnya ikon bapa yang cukup ideal. Apa tidaknya, kejayaan membentuk dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjadi sumber inspirasi buat ibu bapa yang lain.
Apa sahaja yang beliau praktikkan untuk anak-anak pasti menjadi. Itu yang membuatkan ramai kagum dengan semangat dan juga kerajinannya terutama dalam melayan anak-anaknya juga dipuji.
Dalam perkongsian terbaru, suami kesayangan Datin Dr Halina dilihat sedang memakaikan tudung kepada anak keduanya, Tasha.
Akui Sheikh Muszaphar sendiri, apabila memiliki anak perempuan, si ayah kena belajar benda-benda simple sebegini termasuklah mengikat rambut, mekap dan juga memakaikan tudung. Kerana ini semua akan membuatkan anak-anak perempuan gembira.
Apa yang melucukan, walaupun belum nampak mahir, namun ada warganet yang memuji ayah kepada enam cahaya mata ini sudah nampak peningkatan berbanding ketika memakaikan anak sulungnya, Bella tudung sebelum ini.
Perkongsian angkasawan Negara itu mendapat pelabgai reaksi. Ada yang terharu dan tak kurang yang memuji cara Sheikh Muszaphar dalam membesarkan anak-anaknya.
Gagal merancang, anda merancang untuk gagal! Ayat ini begitu biasa diulang-ulang bagi tujuan memberi peringatan dan semangat kepada semua antara kita supaya merancang sesuatu dengan teliti.
Begitu juga halnya dalam merancang kewangan. Contohnya bila ada sasaran mempunyai wang sebanyak RM10K dalam masa 2 tahun untuk tujuan bawa keluarga melancong dan sebagainya. Dilihat niat sudah ada untuk menyimpan, namun tanpa perancangan dan perlaksanaan yang baik ia mungkin tidak mampu direalisasikan dan sekali gus gagal.
Bercakap sahaja memang mudah tapi ramai sebenarnya yang kecundang bila dalam perlaksaan. Sebab itu kalau hendak menyimpan duit, perlu ada strategi yang lebih berkesan.
Salah satunya adalah kita perlu biasakan mencari dan membaca perkongsian dan pengalaman orang yang begitu banyak ceritanya di media sosial
Umpamanya perkongsian daripada Puan Syafieqah A’lya yang pada usia mudanya, beliau telah berjaya memiliki 2 kereta, 3 hartanah serta tabung simpanan dan pelaburan yang kukuh.
Menurut puan Syafieqah, selain daripada simpan duit dengan cara lama beliau juga mencadangkan buat simpanan dengan ASB hingga mampu dalam masa 5 tahun mengumpul jumlah hingga RM52K!
Macam mana boleh simpan duit sampai dapat RM52k tu?
Ini 4 jenis simpanan ASB dengan pengiraan kadar dividen selama 5 tahun yang puan Syafieqah amalkan.
1. Simpanan Kecemasan ASB
Simpanan ini boleh dilakukan dengan buku biru ASB. Modal yang diperlukan serendah RM225 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.75%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah simpanan: RM13,500
Dividen terkumpul: RM2,500
Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM16,008.
2. Simpanan Untuk Tabung Haji
Simpanan ini pulak untuk menunaikan ibadah Haji pada masa depan. Lebih baik buat simpanan awal-awal kan?
Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 4.25%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah simpanan: RM9,000
Dividen terkumpul: RM1,022
Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,022.
3. Simpanan RM10k + Duit Kahwin
Simpanan ini boleh dilakukan dengan ASB 2 (buku warna purple). Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.5%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah simpanan: RM9,000
Dividen terkumpul: RM1,605
Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,605.
4. Melabur di Unit Trust
Simpanan ini pun boleh untuk yang liat sangat nak pakai cara dekat atas. Modal yang diperlukan serendah RM200 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata pulangan tahunan ialah 10%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah yang berkembang selama 5 tahun RM15,434.
Kalau simpan biasa je dapat RM12,000 je tau.
Berapa banyak dapat bila jumlahkan semuanya?
Bila anda campur jumlah simpanan dengan dividen terkumpul. Jumlah simpanan RM52,069 dalam masa 5 tahun.
ASB (Buku Biru) : RM16,008
Tabung Haji : RM10,022
ASB Financing Sijil Ke-2 : RM10,605
Unit Trust : RM15,434
Nyata sekali, untuk menyimpan duit perlu ada perancangan dan strategi yang efektif. Jadi tidak salah untuk kita cuba praktikkan cara ini. Bukan satu cara malah disenaraikan hingga 4 cara simpanan yang mampu menggandakan duit tabungan.
Jadi diharapkan perkongsian ini akan dapat menjadi panduan dan inspirasi untuk memulakan langkah menabung secara berstrategi bagi membantu untuk kita mencapai target simpanan yang diingini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Memahami pembahagian harta faraid hakikatnya cukup sempurna dan ‘cantik’ serba serbinya.
Setiap orang ada hak dan bahagian-bahagiannya yang dibahagikan mengikut jalan kira-kiranya yang tersendiri.
Memahami secara ringkas cara kiraan tersebut dan mengapa agihan untuk isteri dilihat sedikit bahagiannya, mungkin menimbulkan tanda tanya tentang hal itu.
Memahami dengan lebih jelas, ayuh kita lihat perkongsian Puan Umi Yusof ini.
En. Razak bukan nama sebenar baru meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan dan seorang adik lelaki kandung.
Harta bersih beliau selepas tolak hutang adalah bernilai RM300,000.
Pembahagian harta mengikut faraid adalah seperti dalam jadual di bawah.
Isteri 3/24=rm37,500
Anak perempuan 1 8/24=rm100,000
Anak perempuan 2 8/24=rm100,000
Adik lelaki kandung 5/24=rm62,500
Kenapa isteri mendapat bahagian yang paling kecil? Ini kerana bahagian faraid isteri “bersih” hanya untuk dirinya sahaja. Beliau tidak perlu menanggung anak-anaknya dari segi nafkah.
Siapa pula yang perlu menanggung anak-anak Encik Razak. Jawapannya adalah adik lelaki Encik Razak kerana faraid datang dengan tanggungjawab.
Namun apa yang berlaku sekarang, mereka datang mengambil bahagian faraid namun tanggungjawab menjaga anak-anak yatim ini dilepaskan kepada ibu anak-anak yatim tersebut.
Cadangan yang boleh di ambil untuk perancangan harta semasa hidup adalah:
1. Hibahkan harta sekiranya ingin memberi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau pun isteri.
2. Membuat Dokumen Perlantikan Wasi bagi memudahkan pengurusan tadbir pusaka.
3. Menyertai Program Khairat Pusaka dengan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB).
Manfaat yang di terima adalah:
🗄Penyediaan dan penyimpanan wasiat pentadbiran
📃Penyediaan dan penyimpanan dokumen wasiat 1/3 percuma
👨💼Sesi pembacaan khutbah pusaka dan khidmat rundingcara (selepas kematian)
🏛WSB bantu waris untuk tuntutan harta pusaka dengan dapatkan surat kuasa daripada Pejabat Pusaka Kecil/ Mahkamah Tinggi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.