Ads

Selangor Ikut Dasar KPM, Murid Tahun Satu Boleh Masuk Sekolah Seawal Usia 6 Tahun

Kerajaan Negeri Selangor akan mengikut dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penetapan kemasukan murid Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.

Langkah ini melibatkan sekolah di bawah kerajaan negeri, khususnya institusi pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beberapa persediaan awal telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar tersebut.

Selangor Ikut Dasar KPM, Murid Tahun Satu Boleh Masuk Sekolah Seawal Usia 6 Tahun
Gambar Via : Utusan Malaysia

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk kapasiti kelas, tenaga pengajar serta infrastruktur sekolah.

Kerajaan negeri melalui JAIS sedang mengoptimumkan penggunaan bilik darjah dengan kapasiti sehingga 45 murid bagi setiap kelas.

Selain itu, penyelarasan data murid turut dilakukan bagi mengenal pasti kawasan berpenduduk padat serta keperluan semasa sekolah.

Ads

Langkah lain yang turut dirancang termasuk mengenal pasti keperluan tambahan guru, penambahan serta pelaksanaan sistem tiga sesi persekolahan mengikut kesesuaian, selain pembinaan infrastruktur tambahan seperti bilik darjah baharu.

Selangor Ikut Dasar KPM, Murid Tahun Satu Boleh Masuk Sekolah Seawal Usia 6 Tahun
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari

Menurut Amirudin, kerajaan negeri menjangkakan hampir 80,000 permohonan kemasukan murid Tahun Satu bagi sesi 2027.

Bagaimanapun, terdapat unjuran kekurangan sekitar 880 orang guru yang perlu ditangani.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan memperkukuh strategi pengambilan guru baharu berdasarkan kemampuan kewangan semasa.

Ads

Kerajaan negeri juga masih menunggu perincian lanjut daripada pihak JAIS untuk dimasukkan dalam perancangan Belanjawan 2027.

“Ketika ini, kita masih menunggu maklumat lengkap keperluan tambahan daripada JAIS bagi tujuan pengoperasian 2027,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dari aspek prasarana, kerajaan negeri memaklumkan keseluruhan bangunan sekolah di bawah JAIS berada dalam keadaan selamat dan sesuai untuk digunakan.

Pemantauan berkala juga akan terus dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan murid sentiasa terjamin.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM4 juta kepada sekolah agama JAIS bagi menambah keperluan asas seperti meja, kerusi serta alat bantuan mengajar.

Ads

“Ini bagi memastikan pendidikan di sekolah JAIS mencapai standard yang ditetapkan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif,” jelas beliau.

Pelaksanaan kemasukan murid Tahun Satu seawal usia enam tahun di Selangor menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong dasar pendidikan nasional.

Namun, ia turut menuntut persediaan rapi dari aspek guru, infrastruktur dan pengurusan kelas bagi memastikan sistem pendidikan kekal berkualiti menjelang tahun 2027.

BACA LAGI : 873 Sekolah Di Selangor Sedia Sarapan Percuma Untuk Pelajar, Legakan Beban Ibu Bapa

Sumber: Berita Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Dahlia Rizal Dilabel Over Kongsi Perkembangan Anak, “Saja Share Pun Nak...

Dahlia Rizal tampil mempertahankan diri selepas dikritik berlebihan kerana berkongsi perkembangan anaknya, Yusra, di media sosial.