Meluangkan masa bersama keluarga sememangnya momen yang tak dapat dibeli di mana-mana.
Kebiasannya waktu raya adalah waktu paling sesuai dan selalu dinantikan oleh semua demi berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga.
Tak kurangnya dengan penyanyi dangdut, Amelina Amir yang juga mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya raya kali ini.
Apa yang menarik, Amelina berkongsi video anak-anak bujangnya menyanyi atau lebih santainya berkaraoke di rumah.
Ads
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini, Amelina kelihatan seronok bernyanyi bersama kedua anak bujangnya Putera Al’ Asyraff dan Putera Al’ Affiq.
Katanya aktiviti ini dilakukan selepas penat melayan tetamu yang datang beraya dan pada masa yang sama mahu menguji nyanyian masing-masing.
“Bila dah penat layan tetamu, kaklong akan berehat-rehat dengan family sambil berkaraoke.
Untuk rekod, Amelina juga merupakan ibu kepada enam orang anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, dan Putera Al’ Amzar hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama Reduan Mahmood.
Sumber: Instagram Amelina Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Khusus untuk lelaki moden hari ini, sebaiknya elakkanlah memangku komputer riba di atas paha ketika melakukan kerja. Mengapa?
Penyelidik menyarankan lelaki mengelak meletakkan komputer riba di atas paha kerana haba komputer dikatakan boleh menjejaskan kualiti sperma.
Meletakkan komputer riba di atas paha boleh meningkatkan suhu pada skrotum sehingga 2.7° Celsius (jika digunakan) dan 2.1° Celsius jika tidak digunakan.
Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh meningkat sehingga 31 hingga 40° Celsius, iaitu empat hingga 13 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal.
Kajian lain mendapati, jumlah sperma boleh menurun sebanyak 40 peratus jika suhu pada skrotum meningkat satu darjah Celsius. Bayangkan kesannya jika suhu pada anggota itu meningkat melebihi dua atau tiga darjah Celsius.
Secara purata, lelaki mampu menghasilkan di antara 100 hingga 300 juta sperma setiap hari dan sekurang-kurangnya 80 juta sperma diperlukan bagi membolehkan seseorang wanita mengandung.
Jika bilangan sperma terlalu sedikit dan banyak mengandungi sperma tidak normal, kemungkinan untuk wanita hamil adalah rendah.
Jadi fikir-fikirkanlah. Isteri kalau nampak suami buat kerja sambil komputer riba atas paha, silalah tegur!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular semalam, setelah pendekatan positif seorang guru, mendukung murid yang meragam tidak mahu memasuki kelas. Benar kata perpatah, guru itu bagaikan lilin yang membakar diri. Sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan murid itu mendapat pembelajaran yang sempurna.
Perkongsian seorang guru yusmie.yusoff yang berusaha memujuk muridnya mengikuti pembelajaran tidak berhasil sehingga memaksanya mendukung murid berkenaan. Biarpun nampak biasa-biasa, sahaja, tetapi pendekatan guru ini sungguh inspirasi!
Dukung murid setelah rundingan tak berjaya
Rupanya bukan mudah bergelar guru. Selain memastikan pembelajaran di ajar dengan sempurna dan mudah difahami, guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar.
“Aku pujuk-pujuk, usap-usap belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya le cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas.”
Layanan lebih daripada anak
Jika pendekatan psikologi tidak berhasil, seorang guru itu perlu bertindak secara fizikal, tetapi bukan secara rotan.
“Anak aku 3 orang pun tak peronah aku buat macam tu kat deme. Yang kat belakang tu Ustaz Hidayat tengah buat rundingan diplomasi pujuk masuk ke kelas. Untung le kome.”
Begitulah jasa guru. Ini namanya melakukan tangunggjawab dengan sepenuh hati. Syabas cikgu!
Kadang kala cara hidup akan membuatkan kita hidup dalam tidak sihat. Walaupun makan makanan yang sihat, namun jika emosi tak kawal, ia akan memakan diri untuk jangka masa panjang.
Sebagaimana perkongsian puan Aminah Mat Yusoff yang menyentuh mengenai pesanan seorang doktor kepada wanita setiap kali datang mendapatkan rawatan di kliniknya.
Pesan seorang doktor kepada setiap wanita yang datang ke kliniknya. In Sha Allah yang membaca, mengamalkan dan menyebarkan moga beroleh pahala dan manfaat. Peristiwa ini berlaku ketika saya masih lagi menuntut di UKM. Taqdir Allah ketika cuti sem, saya membawa ibu ke salah sebuah klinik di Pasir Mas. Seperti biasa ibu saya menerima rawatan daripada Doktor dan dibekalkan beberapa jenis ubat.
“Ibu awak demam biasa sahaja, tapi ada perkara penting yang ingin saya sampaikan..setiap wanita yang datang ke klinik saya akan dapat maklumat ini supaya dapat bantu lebih ramai orang diluar sana” Beritahu Doktor berkenaan sambil tangannya menarik laci meja.
Daripada laci dikeluarkan dua keping gambar dan diletak di atas meja. “Cuba tengok gambar ini”? Saya cuba mengamati gambar yang dimaksudkan..Allahuakbar, terkejut bercampur ngeri kerana terpampang depan saya gambar seorang wanita yang mengidap breast kanser…kecut perut dibuatnya.
“semakin hari semakin ramai wanita yang mengidap penyakit ini dan ia agak sukar untuk dipulihkan, jika sembuh sekalipun ia akan menjadi seorang wanita yang tidak sempurna dari segi fizikal dan emosi”
6 PESANAN UNTUK WANITA SALAH SATUNYA ELAK KANSER
Ingat pesan saya dan sampaikanlah kepada wanita diluar sana.
1. Jaga hati, jangan buruk sangka dan fikir yang bukan-bukan tentang orang lain kerana sekali kita memberi ruang ia bersarang di dalam hati, selamanya dia akan kekal malah semakin membesar. Inilah benih yang menyuburkan sel kanser, kecuali mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif.
2. Jangan melayan perasaan sedih yang berpanjangan, itulah perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan mudhorat. 3. Jangan berdendam kerana perasaan marah dan tertekan akan menjadi baja kepada breast kanser.
4. Jangan memendam perasaan, masalah akan membuatkan seorang wanita lemah, tidak bermaya dan kerap keletihan. Luahkanlah kepada seseorang yang kita percayai dan ingatlah Allah juga sentiasa ada untuk mendengar keluhan kita.
5. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu diluar kudrat seorang wanita, kerana Allah SWT jadikan wanita sangat bebeza dengan lelaki. Jadilah seorang wanita yang lemah lembut tapi miliki jiwa yang sihat dan kental kerana itulah fitrah semula jadi yang telah ditetapkan.
6. Akhirnya, masaklah untuk keluarga makanan yang baik-baik, kerana dari air tangan seorang isteri dan Ibu menjadi penentu kepada tahap kesihatan sebuah keluarga.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi asbab untuk seluruh wanita menjadi sihat In Sha Allah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.