Memahami tugas dan bebanan yang ditanggung oleh pasangan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah.

Umumnya, jika kita dapat rasakan kepayahan yang dijalani oleh pasangan sepanjang hari ditempat kerja, pasti membuatkan seseorang itu lebih menghargai pengorbanan pasangan dalam mencari rezeki.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh  suami ini yang berkahwin dengan seorang jururawat.


Saya tahu kerja jururawat ni sangat penat dan stress. Maklum la, isteri seorang jururawat.

Sebab itu sebagai suami saya cuba sedaya upaya untuk tidak menambah lagi penat dan stress isteri. Saya nasihat semua pasangan jururawat pun begitu.

Kadang-kadang kasihan juga bila isteri selalu hantar meseg dari tempat kerja “Abg nanti tolong belikan makanan”

Rupanya seharian di tempat kerja tak sempat makan pun. Bila di tanya waktu rehat macam mana, “Jururawat mana ada waktu rehat”, balas isteri. Bawa bekal, tapi bekal tu bawa semula balik ke rumah. Itu pun ada.

IKLAN

Mulanya tak faham juga kerja tak ada masa rehat ni tapi bila fikir fikir balik, orang sakit mana ada waktu waktu tertentu, time nak sakit dia sakit je. Tambahan pula isteri saya bukan jaga orang dewasa, tapi dia jaga bayi yang sakit. Lagi la tak ada masa nak rehat.

Berkahwin Dengan Jururawat, Suami Ni Kongsi Kisahnya!

“Tak apa sayang, dekat rumah berehat la sepuasnya. Anak-anak jangan risau abg boleh handle”

Dalam whatsapp lagi saya dah hantar pesanan begini supaya isteri tahu bahawa saya faham penatnya pekerjaan dia.

IKLAN

Tempat kerja macam orang kerja pejabat indoor je tapi cara bekerja jauh berbeza macam buat kerja outdoor. Baju yang putih tu kalau tak ada kesan kotoran jangan cakap kerja jururawat. Tak mungkin boleh bersih kalau dah buat kerja.

Setiap kali masa nak masuk baju dalam mesin basuh saya akan tatap baju kerja isteri saya ni. Ada kesan pen, darah, kari, dan macam macam lagi kesan kotoran yang saya pun tak tahu kesan apa tu.

Pertama kali saya tengok wad yang bersusun dengan bayi. Semua sakit. Sorang kena jaga berpuluh bayi yang sakit. Aduh, pening kalau sorang menangis, semua ikut menangis. Dalam hati saya kata, anak sorang menangis kat rumah pun dah stress inikan pula berpuluh bayi menangis. Double triple stress rasanya.

Sepanjang masa bekerja tak ada masa nak duduk langsung, tambahan pula kalau ada case baru mula la berlari ke sana ke sini nak selamatkan nyawa.

IKLAN

Bila kerja selamatkan nyawa ni ia tak habis kat tempat kerja je, kerja tu pasti akan ikut sampai ke rumah. Selalu juga orang hospital telefon waktu isteri sedang bercuti. Tanya itu la, tanya ini la. Paling menyedihkan bila ada yang telefon bagitahu bayi yang dia jaga meninggal. Sedih bila dengar isteri cerita kisah bayi tu.

Kalau ini berlaku saya akan berhenti semua kerja. Saya akan tadahkan bahu untuk isteri sandar dan lapangkan masa untuk mendengar segala luahan hati dia. Apa yang boleh buat dia tenang itu la yang saya akan buat. Ego dan selfish tolak ke tepi. Isteri keutamaan.

Sesungguhnya, jururawat bukan wanita biasa tapi mereka wanita banyak jasa kerana setiap hari mereka merawat orang yang tak di kenali sedangkan diri sendiri di biar tanpa rawat.

Wallahu A’lam,

sumber : Mohd Fhais

Jom semua fahami kerjaya jururawat ni.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI