Hasil kreativiti benda simple pun nampak menarik. Bukan tu je, dapat jimatkan kos lagi kalau buat sendiri kan.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Atam Ayu. Dia bersama isteri berkongsi cara dan tips mudah untuk buat sendiri meja bar yang sangat sempurna dan mewah sesuai untuk ruangan dapur di rumah.
Pecaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share
.
Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat beso2 tu..kiki
.
So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan.
.
Biasalah isteri sentiasa jadi mandor..
.
Ok ni bahan² dia..
.
Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
5 shelves compactment = 59.90 tesco
Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
Sesiku L = 2.00
Cat kayu =36 .00
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Adam Corrie. Bagi yang pernah meonton filem aksi KL Gangster (2011), sudah tentu ingat watak samseng dan ganas ‘Dragon’.
Namun biarpun terkenal dengan watak ganas, pelakon berbangsa cina ini sebenarnya adalah lelaki yang sangat sopan orangnya.
Malah pada usia 39 tahun beliau telah mengucapkan kalimah syahadah bergelar seorang muslim. Malah pada usia 50 tahun beliau dikurniakan cahayamata pertama setelah 10 tahun usia perkahwinan.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Adam berkongsi video TikTok mengenai kisah hidupnya sebelum berhijrah. Throwback beliau mendapat perhatian warga maya.
Nikmat yang paling berharga dalam hidup saya adalah nikmat diberikan hidayah mengenali dan kembali kepadaNya ketika masih bernyawa.
Nikmat kedua adalah diberikan pasangan hidup (selepas syahadah , iaitu pulang dari umrah) yang banyak membantu dalam hidup saya selepas syahadah supaya untuk istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.
Nikmat “sabar “ menanti cahaya mata selepas 10 tahun dalam perkahwinan. Dan sabar menghadapi rintangan kehidupan yang penuh dengan tipu daya dan ujian.
Alhamdulillah. Qana’ah , asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.
10 tahun usia perkahwinan, dikurniakan zuriat
Menerusi video Tiktok, beliau menulis caption di setiap gambar melahirkan rasa syukur dengan nikmat dari Allah.
Syukur dengan nikmat hidayah dari Allah. Alhamdulillah. Atas nyawa, hidayah, jodoh dan rezeki yang kau berikan. Aaminn. Sebelum syahadah, guru tari, penari dan pelakon.
Selepas 8 bulan selepas syahadah ketika berusia 39 tahun menunai umrah. Allah beri jodoh ketika usia 40 tahun, bidadariku usia 30 tahun. Diangerahkan Tokoh Maal Hijrah suadara Kita 2007 peringkat Negeri Selangor.
Setelah usia 10 tahun usia perkahwinan diberikan cahayamata. Ketika usia saya 50 tahun. Bidadari 40 tahun. Alhamdulillah. Sekarang perkahwinan, 13 tahun. Saya usia 53 tahun, bidadari 43 tahun, anak Fateh, 3 tahun. Alhamdulillah.
Dalam pada itu, warganet menitipkan doa agar sentiasa istiqomah dan bahagia bersama keluarga. Malah ada juga yang tidak mempercayai pelakon ini telah berusia 50 tahun.
Semalam berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang diumumkan kerajaan. Rata0-rata menyambut baik dan bersyukur kerana dapat pulang ke kampung menjenguk orang tua dan keluarga yang sebelum ini tidak berpeluang berbuat demikian.
Di Instagram, pelakon, Norman Hakim menggunakan peluang yang diberikan untuk menziarah ibu dan ahli keluarganya yang berada di Kuantan, Pahang. Menurut suami kesayangan pelakon Memay Suhaiza ini lagi, semalam juga merupakan saat yang paling indah buat dirinya kerana berpeluang untuk berjumpa dengan emak tersayang selepas 88 hari tidak berjumpa. Pada masa yang sama, dia juga turut mengucapkan jutaan terima kasih buat Perdana Menteri dan kesemua Menteri Kanan yang memberi kelonggaran buat masyarakat untuk pulang ke kampung. Tambahnya, jasa-jasa kesemua pemimpin dan para petugas dalam menangani wabak yang sedang berlaku sangat dihargai.
Momen paling indah selepas 88 hari tak dapat jumpa mak @kamariah.kamat. Terima kasih Allah s.w.t utk kesempatan ini lagi. Terima kasih juga pada Abah @muhyiddinyassin_official ,Pak Long @ismailsabri60 ,Pak Ngah @noor_hisham_abdullah ,Pak Su @tzafrul_aziz dan seluruh frontliners @kementeriankesihatanmalaysia@pdrmsia_official @angkatantenterayang berkorban masa & tenaga untuk memastikan negara terutama kami semua sejahtera & selamat dgn izinNya. Dalam masa yang sama, Pelakon Gerak Khas ini mengakui sedikit kekok ketika perjalanan ke Kuantan kerana ini merupakan perjalanan pertamanya melebihi 2 marhalah setelah 88 hari, tetapi dia memberitahu bahawa semuanya sangat lancar. Alhamdulillah perjalanan lancar dgn izinNya.Cuma bila dah sampai nak jamak solat ada sikit kekok sebab dah lama sangat tak menempuh perjalanan melebihi 2 marhalah.Allahu sebak sangat sujud syukur dgn nikmat & rahmat ni.Terima kasih sekali lagi Ya Allah.
Dalam masa yang sama, ramai yang mengakui sebak menonoton video berkenaan. Malah ada juga mengakui turut tidak sabar dan sedang menunggu cuti untuk pulang menziarahi ibu bapa di kampung.
Membeli rumah yang sempurna dan kemudian dihias indah untuk keselesaan seisi keluarga menjadi impian antara kita. Lazimnya, kita akan mula melihat-lihat projek perumahan baharu untuk merialisasikan impian. Namun, buat Puan Roszita dan pasangannya lain pula kisahnya.
Pasangan ini membeli rumah terbengkalai yang pada awalnya mungkin ramai tidak menyangka mampu diubah menjadi kediaman yang sangat sempurna dan punyai auranya yang tersendiri hasil idea sendiri.
Menurut Puan Roszita, “Kami beli rumah terbengkalai…tak plan pun nak beli..a good friend who own a law firm asked me “ko nak beli tak bungalow…ada orang terdesak nak jual”
“Sekali pergi tengok (suami tak ikut)…aduh dalam hati cukup tak mau lah beli…tercerita dekat suami…ajak gi tengok dan suami kata “it is a good buy”..akhir nya beli lah.”
“5 bulan kami siapkan rumah…rupa-rupanya ramai yang mahu membeli tapi owner (doktor) tak mau jual…rupa-rupanya nak jadi rezeki saya dan suami…memang rezeki sebab jiran-hiran baik-baik betul..alhamdullilah.”
“Banyak lagi yang nak di buat tapi kami rehat sekejap…tarik nafas dulu…so just nak share before and after…idea kami sendiri..”
Bahagian Luar Rumah
Ruang Tamu
Ruang Makan
Ruang Antara Ruang Makan & Dapur
Ruang Dapur
Balkoni
Banyak lagi gambar dekorasi kediaman ini dikongikan olehnya, dan bolehlah dijadikan inspirasi buat semua. Bahkan meninjau di ruangan komen, warganet amat teruja dengan konsep dan hasil dekorasi sebelum dan selepas yang diilhamkan oleh Puan Roszita dan suami. Cukup sempurna!
Fedtri Yahya tegur sikap anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menjaga cucu. Pesanan beliau mengenai tanggungjawab membesarkan anak dan hak ibu bapa menikmati usia emas mendapat perhatian ramai.