Miliki kesemuanya anak perempuan? Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda. Sebenarnya anda patut rasa bangga.
Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Ads
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Ads
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
Ads
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu wanita ini memikul. Dalam keadaan diri yang serba kekurangan, dia memohon bantuan orang ramai untuk merawat pergelangan kaki kiri yang membengkak setelah isinya ditampal akibat kemalangan beberapa tahun dahulu.
Sabrina Md Isa jumaat lalu memuat naik sebuah perkongsian yang bercerita tentang kesakitan yang dialami nya selepas terpaksa menunggu beberapa jam bagi mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah.
Ya Allah sakit sangt2..pa jam dah tgu dekat kecemasan ni..permudahkan segala urusan.saya mai naik grab ja..klu kena tahan somi kena jaga ank la..
kot ada nk bantu keluarga saya2 bgi no akaun cimb 7047825892..Sabrina..dapt ringankan beban saya dan somi.nak beli ank air dan makanan..saya mintak maaf sangt2 atas semua ni.
Tak niat nak susahkan sapa2..rm5 pon cukup bermakna buat saya buat beli makanan ank nak bayr grab..😭😭😭😭..
Wanita yang memegang kad Orang Kehilangan Upaya (OKU) itu turut memberitahu, dia akan dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi menjalani pembedahan plastik di sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sudah kreatif, semuanya menjadi kan. Daripada kayu katil yang sudah tidak digunakan lagi, wanita ini DIY menjadi sebuah meja untuk ditempatkan di dapur bagi mengisi stok makanan.
Itu yang dikongsikan menerusi facebook Nani’s Makeover. Sebuah meja kecil yang cukup simple tapi kemas dan cantik. Sesuai pula ditempatkan di ruang dapur bagi meletakkan barangan.
Sebelum ni Kita recycle kayu katil untuk buat meja ni. Lepastu biarkan beberapa bulan sebab kayu Tak cukup. Fokus perkara lain dulu
Lepastu pelan2 dengan si anak teruna siapkan sikit2. Yela.. buat apa2 pun kena ikut keperluan. Kami perlukan ruang tambahan untuk simpan stok makanan. maklum la.. pkp Kan banyak simpan sebikut 😝
Arini siap pintunya. Bak kata org jerman, bior lambat asal siap. Nanti tacap ler Mana patut kendian.
Usahawan, Tya Arifin dalam satu perkongsian melakukan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.
Ini berikutan ramai yang meminta pasangan ini berbuat demikian, hanya baru-baru ini mereka akur dengan permintaan tersebut.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi saluran Youtube, The Tya’s Family.
Video yang berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.
Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diserahkan sepenuhnya kepada isteri kesayangannya, Tya Arifin.
“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.
Menariknya, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tenis serta pejabat.
Selain itu, terdapat juga, ruang tamu yang dikhaskan kepada ahli keluarga dan tetamu yang datang berkunjung ke situ.
Dalam perkongsian tersebut juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.
“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.
“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.
Untuk rekod,Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Nama popular anak pilihan ibu bapa, Muhammad, Abdul, Siti, Nur. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul merupakan antara yang paling kerap digunakan dalam pendaftaran nama rakyat Malaysia setakat ini.