Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dahulu pengusaha ladang dikaitkan dengan orang tua, jarang kedengaran anak muda yang ingin menceburi bidang ini.

Ayu Damit atau dulu dikenali sebagai Ayu One In Million antara pengusaha muda yang kini sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang pertanian.

Penyanyi terkenal dengan lagu Hanya Di Mercu ini meneroka bidang baru sebagai pengusaha cili padi apabila membuka ladang di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.

“Saya Tak Kisah Digelar ‘Ayu Cili Padi’.” Dulu Menyanyi, Kini Ayu Damit Teruja Jadi Pengusaha Cili. Sungguh Berinspirasi!

Cili padi berasaskan fertigasi

Setelah dua tahun Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, 31, mengusahakan ladang milik mereka berkeluasan 1.4 hektar ini, ternyata membuahkan hasil yang lumayan.

Sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, ternyata satu pilihan yang bijak kerana menampakkan usahanya semakin berbaloi.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.

Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.

“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya yang pernah  menanam nanas dan kelapa sebelum ini namun disebabkan banjir semuanya musnah.

IKLAN

“Saya Tak Kisah Digelar ‘Ayu Cili Padi’.” Dulu Menyanyi, Kini Ayu Damit Teruja Jadi Pengusaha Cili. Sungguh Berinspirasi!

Hasil lumayan

Menurut Ayu lagi, mereka memperoleh hasil cili sebanyak 80 hingga 100 kilogram sehari. Ada kalanya boleh mencecah sebanyak 436 kilo gram sehari. Semua hasil di bawah Ayu Damit Agro Farm ini dijual kepada para peniaga di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Harga di kebun bagi cili padi sekarang adalah sekitar RM12 sekilogram manakala di pasar antara RM16 dan RM17 sekilogram. Alhamdulillah, setelah dua tahun mengusahakan ladang cili padi, hasilnya sangat membanggakan kami sekeluarga. Terima kasih kepada suami yang berusaha gigih dan 100 peratus adalah hasil usahanya manakala saya hanya membantu sahaja.

Mengakui tidak mudah baginya untuk terjun ke dunia pertanian yang baharu dikenalinya, namun setiap ujian yang wujud ditempuh bersama suami dengan sabar dan yakin satu hari nanti ia akan membuahkan hasil lumayan.

“Saya Tak Kisah Digelar ‘Ayu Cili Padi’.” Dulu Menyanyi, Kini Ayu Damit Teruja Jadi Pengusaha Cili. Sungguh Berinspirasi!

“Menyanyi pun ada cabarannya. Undangan nyanyian ada pasang surutnya, malah adakala langsung tiada. Bila ada lagu baharu, kena turun promosi. Ia bukan satu kerja mudah.

IKLAN

“Begitu juga dengan bisnes ini, kami bermula dari bawah, Kami kutip ilmu mengenai penanaman. Ia sukar kerana kami bermula dengan kosong. Pernah alami kegagalan sebelum ini tapi kami tak putus asa. Alhamdulillah kini selain cili padi, kami juga mengusahakan timun dan juga terung.

“Disebabkan ia senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan, itulah yang membuatkan suami memilih untuk menanam cili padi,” jelas Ayu lagi yang turut mengembangkan bisnes tersebut dengan menghasilkan cili jeruk pula yang diberi nama Cili Jeruk Homemade by YUGI, singkatan nama Ayu dan suaminya.

“Cili jeruk misalnya memang ada pasaran sendiri. Jadi saya dan suami mengeluarkan cili padi jeruk kerana ia penambah selera dalam apa jua hidangan makanan. Cili jeruk ini mudah dibawa dan tidak mudah pecah atau rosak.  Ramai pelanggan saya beli jeruk ini untuk bekalan mereka ke luar negara,” tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nasrul Haikal, 9, Sharifah Alya Aryana, 6, dan Syed Aqif Najmi, 4.

“Saya Tak Kisah Digelar ‘Ayu Cili Padi’.” Dulu Menyanyi, Kini Ayu Damit Teruja Jadi Pengusaha Cili. Sungguh Berinspirasi!

Mahu kembangkan bisnes

Memiliki dua pekerja tetap, Ayu dan suami juga turut mengupah penduduk Orang Asli di kawasan itu ketika musim menuai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan.

IKLAN

“Apabila tiba musim menuai kami akan upah penduduk Orang Asli di kawasan itu untuk memetik cili. Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.

“Sebenarnya kami sedang merancang mencari tanah kosong bagi memperluaskan lagi kawasan tanaman cili berserta sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar. “Insya-Allah jika diberi rezeki memang kami ingin kembangkan lagi kebun kami.

“Saya Tak Kisah Digelar ‘Ayu Cili Padi’.” Dulu Menyanyi, Kini Ayu Damit Teruja Jadi Pengusaha Cili. Sungguh Berinspirasi!

Tak kisah digelar ‘Ayu Cili Padi’

Biarpun ada yang menggelarnya Ayu Cili Padi, namun anak kelahiran Sabah ini tidak sedikit pun terasa hati.

“Ada juga orang panggil saya ‘Ayu Cili Padi’ tetapi saya tidak kisah pun kerana memang benar saya mengusahakan kebun cili padi. Walaupun bergelar artis, itu tidak bermakna saya tidak boleh menceburi bidang lain. Malah apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga.

“Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI