Biasanya kalau kita sebagai ibu ayah melihat anak sedang menghafal surah-surah panjang dari Al-Quran kita akan rasa seronok dan bahagia dengan usaha mereka. Itu belum lagi membayangkan andai bila besar kelak akan menjadi seorang hafiz dan hafizah. Ia ibarat satu anugerah dan cukup luar biasa.

Memandangkan kita sendiri sedar, bukan mudah untuk menghafal 30 juzuk al Quran jika tanpa ada disiplin, usaha, dan istiqomah untuk menghafal ayat-ayat suci al Quran.

Pun begitu buat peminat sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends, tentu mengenali  individu bernama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi ini yang punya kisah yang cukup istimewa.

Bukan Calang-calang, Atlet Mobile Legends Negara Hafaz 30 Juzuk Al Quran!

Siapa sangka dia yang juga merupakan  pemenang pingat gangsa acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023, bukan sahaja  merupakan penuntut Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara Beranang yang memperoleh CGPA GPA 4.0 selama lima semester berturut-turut malah apa yang lebih mengujakan dia juga merupakan seorang hafiza al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun!

Ikut Abang Main Mobile Legends

Memetik sepertimana yang diceritakan bersama myMetro, difahamkan Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau mesra disapa Aria adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi.  Mula terbabit di dalam e-sukan pada usia 16 tahun selepas mengikuti abangnya bermain permainan Mobile Legends.

IKLAN

Selepas bakatnya berjaya dihidu, dia mendapat sokongan keluarga untuk mula melibatkan diri dengan lebih aktif apabila banyak menyertai kejohanan yang dianjurkan.

“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejoahanan.

“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sebab kita nak cari pengalaman,” katanya lagi.

Baca artikel menarik lain di sini:

IKLAN

 

Bijak Bahagi Masa

Bagi Aria, dia berpendapat tidak ada salahnya untuk anak muda melibatkan diri dalam sukan esport memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada golongan itu.

Malah katanya, sekiranya seseorang itu membahagikan masa dengan baik, ia mampu untuk memberi impak positif kepada individu berkenaan.

IKLAN

“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports. Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.

“Sudah pasti setiap perkara ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar selagi kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Aria turut berharap akan lebih banyak golongan muda terutamanya wanita dapat menceburi bidang esports dalam memajukan lagi industri ini di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bukan Calang-calang, Atlet Mobile Legends Negara Hafaz 30 Juzuk Al Quran!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI