Podcast Mini #SisBoleh, Kisah Jujur Atlet Wanita Malaysia yang Memang Memberi Inspirasi!

Share

Wanita hari ini memegang pelbagai peranan dalam hidup. Ada yang mengurus keluarga, ada yang membina kerjaya, dan ada juga yang memilih untuk mengejar impian di arena sukan. Apa pun peranan mereka, satu perkara yang sama mengikat semuanya ialah keazaman untuk terus melangkah ke hadapan.

Inisiatif #SisBoleh Grab Malaysia Memperkasa Wanita

Realiti inilah yang ingin diketengahkan oleh Grab Malaysia menerusi kolaborasi bersama Liga Wanita Nasional sebagai sebahagian daripada inisiatif #SisBoleh yang memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Bila Wanita Diberi Ruang Untuk Bersuara

Melalui kerjasama ini, Grab Malaysia memperkenalkansebuah podcast mini khas yang menampilkan perbualan jujur bersama atlet wanita negara. Dihoskan oleh pemain bola sepak kebangsaan Steffi Sarge Kaur (Steffi Sidhu), podcast

ini membuka ruang untuk atlet berkongsi kisah sebenar mereka bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang perjalanan yang penuh cabaran.

Perbualan Jujur Tanpa Skrip

Dalam suasana yang santai dan mesra, perbualan ini memberi peluang kepada wanita untuk bercakap dari hati ke hati tanpa skrip dan tanpa tapisan.

Kisah Di Sebalik Kejayaan Atlet Wanita

Antara atlet yang tampil berkongsi pengalaman ialah penerjun negara Pandalela Rinong, atlet boling Syaidatul Afifah, dan triatlet Aimi Iwasaki. Setiap daripada mereka membawa kisah yang berbeza namun disatukan oleh pengalaman menghadapi cabaran, stereotaip dan harapan tinggi daripada masyarakat.

Realiti Yang Jarang Dilihat Di Sebalik Pingat

Mereka berkongsi tentang cabaran untuk kekal fokus, kekuatan mental yang diperlukan, serta saat saat ragu terhadap diri sendiri. Kisah kisah ini jarang kelihatan di sebalik pingat dan sorakan, tetapi sangat dekat dengan realiti kehidupan wanita.

Lebih Daripada Sukan, Ini Tentang Keazaman Diri

Apa yang dikongsikan para atlet ini bukan hanya berkisar tentang sukan. Ia menyentuh soal keazaman diri, disiplin dan keberanian untuk terus mencuba walaupun berdepan kegagalan.

Nilai Kehidupan Yang Dikongsi Bersama

Nilai-nilai ini turut mencerminkan semangat yang dilalui oleh ramai wanita dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam usaha membina kehidupan yang lebih baik.

Semangat #SisBoleh Yang Terus Diperjuangkan

Melalui inisiatif #SisBoleh, Grab konsisten menyokong wanita untuk berdikari dan percaya pada potensi diri mereka. Sama ada dalam bidang ekonomi mahupun sukan, Grab percaya bahawa wanita mampu melangkah jauh apabila diberi sokongan yang betul.

Kesinambungan Sokongan Kepada Wanita

Sebelum ini, pelbagai inisiatif di bawah #SisBoleh seperti #SisBoleh Kuasai Kewangan dan #SisBoleh Untold Stories telah mengetengahkan kisah wanita yang membina keyakinan dan peluang melalui sokongan komuniti.

Inspirasi Daripada Suara Atlet Wanita

Podcast mini Grab Malaysia ini menjadi kesinambungan kepada usaha tersebut dengan membawa suara wanita atlet ke hadapan sebagai inspirasi kepada wanita lain.

Sokong Wanita, Sokong Perjalanan Mereka

Orang ramai juga dijemput untuk menyokong Final Liga Wanita Nasional yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Disember 2025 menerusi saluran YouTube rasmi Liga Wanita Nasional.