Pokok Kesum Subur & Rimbun Rahsianya Dengan Siraman Air Bawang. Begini Ramuan Nak Buatnya!

Share

Khas buat anda yang cuba menanam kesum tapi tak menjadi, asyik mati sahaja. Jangan putus asa tapi cuba buat ramuan rahsia ini untuk menyediakan bahan penggalak akar dan pucuk dengan menggunakan  ramuan dari dapur.

Bagaimana dan apakah bahannya itu? Ayuh kita baca perkongsian daripada puan Noridah Tahir.


Guna air bawang merah baru la ciksom keluarkan akar yang banyak.

Cara tanam : 

Potong 2 batang dan semai dalam botol mineral. Harap membesar dan rimbun.

Saya guna keratan batang, letak dalam air sampai keluar akar, lepas tu tanam dalam bekas tak berlubang.

Saya guna cocopeat + tanah sawit. Siram dengan air bawang untuk cepatkan keluar pucuk dan akar.

 

Saya tanam dalam bekas tak berlubang. Kalau terlupa siram setakat 3 ke 4 hari masih ok lagi.

Resipi air bawang merah :


1. Blend 5 biji bawang merah beserta kulit dengan sedikit air paip.

2. Tapis untuk amik air bawang dan campurkan dgn 1.5 liter air paip.

2. Peram 1 ke 2 hari.

3. Campurkan dengan air paip 1:5 dan jirus pada pokok untuk banyakkan akar atau sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.

 

Sumber : Noridah Tahir 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN