Jika anda ada menanam pokok Mulberry namun buahnya tidak ‘meriah’ sebagaimana pokok orang lain yang kita lihat, jadi bolehlah dicuba tips yang dikongsikan ini. Caranya cukup mudah dan sesiapa boleh lakukannya kerana tidak memerlukan skil atau teknik yang hebat.
Untuk itu, ini caranya.
SK baru dapat ilmu baru dari seorang sahabat yang sudah cuba. Pokok mulberry boleh berbuah lebat. Kebetulan SK ada pokoknya.. baca di komen tips akak tu.
Ready to ngap
Mulbery kampung je.
Ini teknik yang akak gunakan..
Ads
Mula cantas semua pucuk dan luruhkan semua daun hingga pokok jadi betul-betul togel. Insyaallah pokok tak kan mati ya.
Ini adalah cara untuk memaksa pokok berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-puitk buah.
Ads
Kemudian apabila buah dah ada sikit-sikit warna merah, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.
Dua peringkat gugurkan daun.
1. Untuk memaksa pokok berbuah.
2. Untuk tumbesaran buah.
Ads
Pembajaan.. akak guna baja kopi.
Daun yang di luruhkan boleh di buat sayur, yang dah agak matang boleh je goreng celup tepung.
Ruang tanah yang terhad membataskan untuk kita bercucuk tanam, tetapi sebenarnya ada yang boleh ditanam guna pasu je.
Saudara Wan Burhanudin berkongsi bagaimana dia menggunakan pasu sahaja untuk menanam pokok jambu air madu di sekitar rumahnya.
Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, pokok yang di tanam dalam pasu boleh berbuah 4 kali setahun berbanding di atas tanah biasanya hanya 2 kali setahun. Assalamualaikum..sy tanam jambu air madu dalam pasu je..buah cantik, pejal dan manis. Asalnya sekadar suka-suka tetapi saya pelbagaikan kaedah untuk tanam dan besarkan pokok. Saya guna pasu, dan dalam masa dua bulan saya guna baja organik nampak hasilnya memberangsangkan.
Menurutnya serangan serangga berkurangan malah hasil buah memang elok, besar dan manis.
Benih pokok jambu ini boleh dibeli di mana-mana nurseri yang menjual anak pokok. Penyediaan pasu seeloknya pasu yang agak besar supaya tak perlu menukar pasu banyak kali apabila pokok makin besar.
Pokok yang ditanam dalam pasu dan dibaja secara teratur biasanya akan berbuah dalam masa setahun. Berbanding pokok jambu ditanam di atas tanah, mungkin ambil masa 2 tahun untuk berbuah.
Selepas bunganya gugur, terus balut dengan plastik untuk elak lalat buah menyucuk putik. Jaga hingga buah matang, pastikan putik yang banyak kurangkan hingga hanya ada 2 atau 3 biji sahaja..untuk pastikan buah dapat membesar dengan baik..
Pokok buah yang ditanam dalam pasu juga memudahkan pembajaan dan juga kawalan serangga. Penyediaan medium tanam, guna medium asas seperti tanah 5 in 1 yang dijual di nurseri..dicampur dengan tanah merah bakar..nisbah 60:40..gaul hingga rata.
Baja boleh guna baja urea..baja buah..diletak dalam pasu sesudu setiap 2 minggu sekali hingga berbunga. Boleh juga gunakan baja organik selang dengan baja urea.
Dalam masa 10 hingga 12 bulan sudah boleh berbunga mengikut penjagaan yang betul..kelebihan tanam dalam pasu kita boleh mengawal baja dan tumbesaran pokok.
Buah yang terhasil melalui cara yang saya buat ni lebih baik, sangat manis, crunchy..lebih sedap dari buah Thai. Kelebihan tanam dalam pasu, ini sesuai untuk ruang rumah taman yang agak sempit, pokok tidak akan terlalu besar dan tinggi dan mudah dibaja dan di prunning.
Boleh lihat perkongsian saudara Wan menerusi video ini.
Ikan di laut, asam di darat dalam kuali bertemu juga. Itu antara pepatah Melayu yang cukup sinonim menggambarkan tentang soal jodoh dan sememangnya soal jodoh itu rahsia Allah.
“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin, sampai ke jinjang pelamin, namun inilah yang dinamakan takdir,” kata Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Muhammad Haziq Samrat.
Ini sebagaimana memetik laporan di myMetro berkenaan perkongsian seorang pemuda OKU yang berusia 27 tahun setelah selamat melangsungkan perkahwinanannya bersama wanita pilihan hati baru-baru ini.
Kisahnya menarik perhatian ramai selepas video majlis persandingannya bersama isteri, Nur Atiqah Amiera Ghazali, 29, tular di media sosial.
Dalam video itu, kelihatan Muhammad Haziq bergerak di atas papan selaju, beriringan dengan isterinya menuju ke pelamin untuk bersanding dan acara memotong kek.
Muhammad Haziq yang kini menetap di Bandar Tun Hussein Onn di sini berkata, video itu dirakam ketika majlis persandingan mereka di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada 10 September lalu.
Katanya, dia tidak mengetahui ada pihak yang memuat naik video berkenaan di TikTok.
“Saya baru tahu sebenarnya dan tak sangka ia tular di laman sosial. Saya sedar ada tetamu yang mengambil gambar, video ketika datang majlis itu tapi tak sangka dimuat naik hingga tular,” ujarnya.
OKU Sejak Lahir
Berkongsi kisahnya, Muhammad Haziq berkata, dia merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan menjadi OKU sejak dilahirkan.
Katanya, sejak kecil dia diasuh untuk mengutamakan pendidikan dan tidak ketinggalan hingga memiliki Diploma Multimedia dan Animasi serta Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan.
Muhammad Haziq juga tiada masalah bergaul dengan sesiapa, malah mempunyai ramai rakan normal.
“Saya terbuka dan tiada halangan berkawan dengan sesiapa baik lelaki mahupun perempuan.
“Cuma, bab pasangan itu saja yang tidak pernah saya jangka, apatah lagi terfikir sama ada perempuan mahukan saya atau tidak.
“Rupanya, ada juga yang sudi menerima diri saya seadanya dan kepercayaan itu akan cuba saya balas dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya, menjaga dan mendidik isteri,” katanya.
Sementara itu, Nur Atiqah Amiera yang bekerja sebagai pembantu jururawat berkata, dia berkenalan dengan suaminya menerusi platform Bigo Live pada November 2020 dan tertarik dengan keperibadian lelaki itu.
“Kiranya, saya yang ‘mengayat’ suami dahulu pada awal perkenalan dan dia awalnya tidak suka cerita keadaan dirinya, jadi saya cuba juga kenali dia hingga pertemuan pertama kami pada 12 Disember 2020.
“Saya tidak kisah keadaannya macam mana, asalkan dia memahami dan boleh didik saya, malah keluarga juga tiada halangan serta terbuka menerima hubungan kami,” katanya yang memberitahu mereka melangsungkan akad nikah pada 23 Julai lalu.
Nur Atiqah Amiera berkata, tiada istilah terpaksa menerima pasangan OKU sebaliknya, dia bersedia menjadi isteri yang menjaga kebajikan suami istimewanya sekali pun berhadapan persepsi masyarakat.
“Daripada awal saya sudah tahu keadaan suami, jadi sudah tetapkan hati dan minda untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Insya Allah saya mahu menjaganya sehingga akhir usia kami,” katanya.
Meninjau perkongsian video daripada photographer @alan.nordin di aplikasi TikTok berkenaan di sebalik tabir perkahwinan pasangan mempelai ini, nyata telah mendapat tontonan 2.2 juta setakat artikel ini ditulis.
Rata-rata wargamaya sangat berbangga dengan kemuliaan hati seorang wanita yang menerima pasangan dengan seadanya dan tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Walau hanya sekeping kertas RM1 sekali pun tapi bila namanya duit memang kita akan hargai kerana ada nilainya. Walau koyak sekali pun, biasanya kita tidak akan buang. Terasa sayang pula dan tetap kita simpan.
Tapi tahukah anda cara menyimpan duit yang telah koyak sebenarnya merugikan anda. Lebih baik anda tukar wang tersebut kerana masih ada nilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM)
Dalam satu perkongsian di laman sosial Twitter, Abdul Rahman berkongsi info berkenaan duit kertas yang ditukarkan di BNM mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
Tip duit terkoyak :
Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
Secara mudahnya, jika duit kertas terkoyak sedikit kita boleh dapatkan nilai yang sama dengan duit yang rosak. Jika koyak separuh, itu bermakna kita akan dapat nilai separuh daripada duit tersebut, namun jika koyak dua iaitu separuh daripada saiz duit kertas tersebut itu bermakna wang tersebut sudah tidak mempunyai nilainya.
JIKA BNM JAUH, NAK BAWA KE MANA?
Ada juga pengguna di laman Twitter yang bertanyakan bahawa jika cawangan Bank Negara jauh dari kawasan, boleh atau tidak pergi ke cawangan lain? Sebenarnya anda boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan.
Meninjau di laman web BNM ada diberikan secara detail berkenaan gantian nilai untuk bukan sahaja wang yang koyak malah jika wang berconteng juga. Ini infonya.
Gantian nilai bagi wang kertas yang tidak sesuai untuk edaran semula tertakluk kepada
garis panduan seperti yang berikut:
a) Saiz wang kertas
• Nilai penuh – Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Nilai separuh – Lebih 1/2 tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Tiada nilai – Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas
b) Wang kertas yang berconteng
• Nilai penuh – Contengan yang sedikit
• Tiada nilai – Contengan yang ketara, contengan tanda pada potret SPB
Yang di-Pertuan Agong atau contengan berunsurkan politik, agama atau
perkauman.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.