Ramai yang suka bercucuk tanam, namun untuk memastikan pokok-pokok sentiasa subur itulah cabarannya.

Ada yang sanggup berhabis membeli bahann-bahan untuk memastikan pokok sentiasa ‘sihat’ tanpa serangan serangga perosak.

Bagaimana pun ada yang tidak menjadi. Melalui perkongsian ini menarik untuk dicuba. Lelaki ini, Azuan Abdullah menerusi facebooknya menunjukan cara untuk membuat racun organik. Hanya mengunakan bahan-bahan masakan aje.

Ikuti perkongsian beliau

Mesti ramai yang stress kan bila pokok cili jadi kerinting. Tiba-tiba je semangat berkebun boleh jadi down teruk! Mungkin ada yang tak tahu, macam mana pokok cili boleh jadi kerinting?

Ada 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting

1. Thrip
2. Afid
3. Lalat putih
4. Hamama

Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram. 

Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh. Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada. Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.

Bila buah tak ada, kita pun jadi stress. Bila kita stress, ngan pokok-pokok kita cabut. Wuaaa..

Jangan panik dan risau ya sahabat. Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.

Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili dirumah daripada jadi kerinting.

Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.

Ianya sangat bagus dan berkesan. Ramai sahabat yang nak beli, tapi saya tak jual. Sebabnya sahabat boleh buat sendiri je.

Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada didapur rumah kita je. Bahan-bahan tersebut adalah

Ini bahan-bahan yang digunkaan.

1 kg bawang putih @ 1 bahagian
1 kg cili padi @ 1 bahagian
1 ketul sabun buku cap buruh/kapak
10 liter air @ 1 bahagian

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Pastikan bawang putih dibuang kulit ya.Masukkan bawang putih ke dalam blender. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter).

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Blender sampai hancur.

Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A. * Ulang blender dan tapis hingga bawang putih habis.

IKLAN

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Masukkan cili ke dalam blender. Tangkai tak perlu buang ya. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter)

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Blender sampai hancur.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Tapis dan masukkan kedalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B.

* Ulang proses blender dan tapis hingga cili padi habis.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

IKLAN

Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada).

Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C.

Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C.

** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Kacau campuran tadi hingga sebati.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Yeay.. Dah siap “carrot susu” ni. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai.

Untuk simpanan, letak ditempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Gambar yang dilihat dibawah mikroskop. Afid @ kutu daun jadi pecah perut dan kering.

Kredit kepada Sifu saya, Tuan Ahmad Saif. Beliau yang buat pemerhatian ini.

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Cara guna pada pokok timun.

IKLAN

20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.

Boleh juga dicampurkan bersama dengan

Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.

Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat

Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct. 

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Cara guna pada pokok cili

Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5 hari direct. 

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Cara guna pada pokok limau kasturi.

20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air.

Boleh juga dicampurkan bersama dengan

Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.

Tambahkan 2 ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat

Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct. 

Pokok Tak Menjadi, Kena Serang Serangga, Tak Berbunga Dan Berbuah, Lelaki Ini Buat Racun Organik Siap Guna Cili Padi!

Selamat mencuba!

Sumber: Azuan Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI