Ramai antara kita kini menanggung kerinduan yang berat terhadap ibu ayah yang berada di kampung setelah sekian lama tidak dapat berjumpa. Bukan sahaja kerana jarak menjadi pemisah malah situasi semasa jangkitan Covid-19 yang semakin serius menjadikan kita perlu reda dan kekal patuh dengan SOP yang ditetapkan demi  menjaga keselamatan orang tua di kampung.

Berkongsi kisah tentang ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, sanggup tidak bertemu dengan ibu ayah walau telah berada di kampung halaman. Bukan caranya untuk dia dapat singgah dan bertemu orang tua yang begitu dirindui dengan pelepasan yang diberikan.

Sungguh walau kerinduan bersarang di hati, namun demi menjaga keselamatan orang yang paling disayangi, dr ini hanya melihat dari kejauhan sekadar menyampaikan kiriman Popia Simpul untuk mama.

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tumpang bersedih dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh seorang frontliner ini.

Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah.

Popia Simpul Untuk Mama

Dua hari lepas aku ke Kelantan dari Johor Bahru atas urusan penting. Aku dapat surat kebenaran rentas negeri dari polis atas satu tujuan itu sahaja. Aku pastikan minyak kereta penuh bertujuan untuk tak singgah mana-mana stesen minyak untuk memastikan tiada langsung kontak sepanjang perjalanan.

Aku bertolak pukul 8 pagi kemudian tiba di Kelantan pukul 4 petang. Aku rehat di rumah sendiri semalaman sementara tunggu keesokan pagi untuk tujuan seperti diminta kebenaran rentas negeri.

Aku bawa satu bekas popia simpul yang dipesan oleh isteri untuk diberikan pada mama. Dalam perjalanan itu aku hanya memandang botol tu.

IKLAN

“Abang, nanti berikan pada mama kalu abang singgah. Gantung saja kat pagar rumah mama,” pesan isteri – bermain-main ditelinga.

Hati aku meronta-ronta mengenangkan mama dan abah yang jaraknya kurang 1 kilometer dari tempat aku. Nak jumpa orang tua tak boleh memandangkan tujuan rentas negeri atas urusan penting lain. Aku tak mahu ambil kesempatan dengan cara menipu.
Lagipun SOP keluarga kami perlu ‘self-quarantine’ 10 hari dan ‘swab test’ mesti negative baru boleh jumpa mama dan abah. Abah baru habis kemoterapi 3rd cycle dan mama pula berisiko tinggi dengan pelbagai co-morbid walaupun mama sudah mengambil dos pertama vaksin.

Mereka perlu dikuarantin di rumah supaya tiada langsung kontak dengan sesiapa. Lalu, pagi sebelum aku pulang ke Johor, hati aku sangat resah. Semalaman tak dapat lelapkan mata. Ya, terasa mama dan abah sangat dekat. Rumah mama hanya dalam perjalanan ke tempat urusan aku.

 

Aku pergi juga depan rumah dan hanya memandang kearah rumah mama. Nak lepaskan rindu setelah memandu 700km pergi dan 700km balik dalam tempoh masa 33 jam yang ada.

IKLAN

Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak!
Aku berhentikan kereta depan pagar, lalu aku gantungkan popia simpul di pagar depan rumah. Kebetulan adik aku ada dihalaman rumah, dia ternampak dan ambil popia simpul tu.

Kebetulan juga aku ternampak kelibat abah.

Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak!

“Abah! Abah! Adik mie nak balik JB dah! Lambai tangan skit abah!” Teriakku dari jarak sangat jauh.

Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak!
Lantas aku naik kereta dan tak semena-mena mataku berkaca. Aku terus menangis dan air mata bercucuran. Aku rindu peluk cium abah dan mama. Aku bukan anak derhaka kerana tak mampu jumpa mereka walaupun aku seorang anak yang nakal dan tak dengar cakap orang tua. Ini adalah atas permintaan mereka.

IKLAN

“Jangan balik jumpa abah dan mama buat masa ni. Telefon saja ya.” Itu pesan mereka dan persetujuan semua adik beradik. Aku tak mahu bawa jangkitan COVID-19 kepada mereka walaupun aku sendiri adalah frontliner, aku berkelengkapan PPE penuh semasa menjalankan tugas. Lagipun aku sudah menerima 2 dos vaksin.

Aku menangis sepanjang perjalanan kerana tak tertahan lagi. Ya, aku lakukan ini demi putuskan rantaian COVID-19.

Lihat saja sekarang. Ada agamawan rentas negeri atas tujuan undangan, lalu singgah ke tempat untuk tujuan lain. Ada selebriti meLangkawi negeri, ada artis meNilai apa yang nak dibeli, kenduri kendara dan majlis ramai-ramai dikatakan penting takyah cakap.

Kalian tengoklah kereta dijalanan atau highway sekarang. Ramai-ramai ni nak bawa balik COVID-19 new variant beraya dikampung ke? Aku merayu sekali lagi, patuhlah SOP. Mari kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh hati dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Dr ini dan mengharapkan agar semua antara kita faham dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak! Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak! Popia Simpul Untuk Mama, Gantung Di Pintu Pagar Setelah Tempuh Perjalanan 700Km. Sedih Perkongsian Dr Ni & Ramai Sebak!

Sumber : Dr Zek

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI