Popis aka Popia Pisang, Menu Paling Simple Tapi Rasanya Paling Sedap!

Share

Kalau hendak diikutkan ada banyak sahaja resepi kuih muih yang mudah dan cepat untuk dibuat sendiri sebagai  juadah berbuka puasa. Sama ada menyediakan menu orang dulu-dulu ataupun menu viral orang sekarang, semuanya terserah pada anda.

Namun jika buntu atau tiada idea, apa kata sediakan kuih Popis atau juga dikenali sebagai Popia Pisang dengan pilihan pelbagai jenis topping yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk menikmatinya.

 

 

Paling syok, mudah sahaja disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat Popis sebagai juadah istimewa hari ini untuk keluarga tercinta seperti resipi yang dikongsikan oleh Nur Amira Hamidi

POPIS (POPIA PISANG)

Bahan-bahan:

Kulit popia

Pisang

Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia)

Susu pekat (guna untuk topping cheese)

Jem coklat pilihan

Serbuk Oreo

Cheedar cheese

Cornflakes

Nestum

 

Cara-cara:

  1. Belahkan pisang menjadi dua bahagian.

2.Ambil sekeping kulit popia, letakkan pisang di tengah-tengah.

 

3.Kemudian balutkan pisang itu dengan kulit popia.

4.Letakkan bancuhan tepung gandum untuk lekatkan kulit popia.

5.Gulungkan mengikut jumlah yang anda inginkan.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

6.Gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga keperang-perangan.

7.Letakkan topping coklat pilihan anda.

8.Kemudian taburkan topping mengikut citarasa masing-masing. Boleh guna oreo, nutella, nestum, cheese, cornflakes da lain-lain. Dan siap untuk dinikmati.

 

 

IKLAN