Hati mana yang tak sedih apabila tidak dapat beraya dengan ahli keluarga. Meluahkan perasaan kesalnya menerusi hantaran di Instagram (IG), Fasha Sandha menangis sedih positif Covid-19 selepas pulang beraya di Rembau.

Positif Covid-19, Fasha Sedih Tak Dapat Beraya Dengan Keluarga

“Hati siapa yang tidak hancur… kisahnya sejak Raya pertama terus bersin tanpa berhenti. Ingatkan nak selesema biasa saja… husnuzon, 13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap, sambung perjalanan ke Perlis.

“Makan apa-apa rasa tawar, hati ni tiba-tiba rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check COVID-19 sebelum nak jumpa keluarga di Perlis. Ya benar, berjaya mendapat COVID-19 dari Rembau. Nasib la, pergi check, kalau tak check, makanya saya membawa virus ni semua di Perlis. Dah la di Perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi.”

IKLAN

Positif Covid-19, Fasha Sedih Tak Dapat Beraya Dengan Keluarga

Dalam pada itu, Fasha berkata, perkongsiannya itu adalah bagi menyebarkan kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan segala bentuk virus sepanjang beraya.

IKLAN

Semalam, Fasha memuat naik sebuah hantaran meluahkan kekecewaan terhadap individu yang menyebar virus Covid-19 ketika beraya.

IKLAN

Difahamkan, anak-anaknya termasuk suaminya turut menjalani tempoh kuarantin ketika ini.

Sumber: IG Fashasandha

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI