*Keduanya tidak bertudung, tetapi telah diedit sebagai tanda hormat dan sayang keduanya - Ustazah Asma' Harun

“Sudah 20 tahun berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain sambil menitiskan air mata, namun sehingga saat ini, belum rezeki.”

Begitulah perkongsian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsianya mengenai luahan hati pramugari yang ingin berubah menutup aurat namun tidak dapat berbuat demikian atas faktor pekerjaannya.

Bukan tidak berikhtiar mencari pekerjaan lain, namun masih belum ada rezeki buatnya. Malah hingga 20 tahun masih bertahan dengan kerjaya itu.

Kagum dengan semangat yang ditonjolkan, Ustazah Asma Harun menitipkan nasihat agar bersabar dan berdoakan semoga hasratnya tercapai.

Seterusnya ikuti perkongsian ini. Moga kita muhasabah diri dengan kisah ini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Ketika dalam perjalanan menuju ke Ghana, saya bertemu dengan dua orang pramugari Malaysia dari Emirates Airlines, pramugari tersebut menyapa dengan penuh teruja “Ustazah, saya tak pernah rasa teruja macam ni” sambil air mata mengalir, saya terus peluk dengan seikhlas hati.

Ads

Ceritanya, “kebiasaannya kami yang bertugas sebagai pramugari akan berjumpa dengan ramai orang yang terkenal seperti selebriti, perdana menteri dari seluruh dunia, dan ramai lagi mereka yang ternama”.

“Namun kami tak pernah sangat teruja seperti ini, saat bertemu dengan ustazah, tapi kami segan sebab penampilan kami, namun syukur ustazah tidak langsung memandang kami berbeza, itu membuatkan kami sangat terharu.” Saya peluk keduanya sekali lagi.

20 TAHUN CARI KERJA LAIN TAPI BELUM ADA REZEKI 

Cerita mereka, sudah 20 tahun berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain sambil menitiskan air mata, namun sehingga saat ini, belum rezeki. Bahkan, kebanyakan pramugari di Emirates Airlines juga bukan Muslim. Pengakuan begini bukanlah kali pertama, para pramugari MAS dan Air Asia juga kerap luahkan perkara yang sama.

Allahu Akbar, sambungnya lagi, “Ustazah, kenapa kami tetap bertahan sehingga kini, antaranya.. kerana jika bukan kami yang bertugas, bagaimana dengan penumpang Muslim yang akan bertanya setiap kali penerbangan terutamanya soalan tentang waktu solat, arah kiblat dll, kerana itulah kami tetap bertahan”. 

Mereka ada juga bertanya kepada saya tentang solat jamak, “Ustazah, rumah saya di Dubai, setiap hari akan sentiasa musafir ke luar negara. Jadi, bolehkan saya solat jamak setiap kali bertugas?” jawapan saya, “boleh, selagi mana dalam perjalanan dan tidak ada niat menetap melebihi 3 hari, namun jika sudah ada perancangan menetap melebihi 3 hari (tidak termasuk hari pergi dan pulang) maka hanya dibolehkan jamak ketika perjalanan musafir sahaja, dan apabila sampai di rumah tidak boleh melakukan solat jamak”, tersenyum dan mengangguk pramugari itu mendengar penjelasan saya, tanda dirinya faham.

Ads

TITIP NASIHAT 

Saya titipkan nasihat buat mereka berdua supaya terus sabar dengan ujian ini, tidak redha dengan pakaian ini – bermaksud di dalam hati tidaklah gembira, tetap usaha menutup aurat diluar kerja, meneruskan ikhtiar untuk mencari pekerjaan lain, InsyaAllah semua usaha itu akan dipandang oleh Allah.

Bukan itu saja, mereka juga perlu untuk berusaha menyampaikan isu ini kepada pihak atasan supaya diberikan pilihan kepada pramugari Islam untuk memakai pakaian sesuai semasa bertugas.

Dua orang pramugari ini kelihatan sangat manis, dengan tasbih sentiasa ada bersama digantung pada telefon bimbit, Jujurnya dalam hati sangat kagum dan malu dengan mereka berdua. mereka berjuang dan bertahan demi memastikan Islam terus tersebar dan dipelihara, sedangkan kita sering terleka dan selesa dengan apa yang ada.

Semoga Allah sentiasa bersama mereka, dipermudahkan segala urusan untuk berhadapan dengan ujian ini. 

Muhasabah bersama, jangan kita mudah bersangka tidak baik kepada orang lain, elakkan menghukum sesiapa yang kita lihat di sekeliling, namun latihlah diri untuk mendoakan kebaikan serta berilah saranan dan nasihat yang terbaik, semoga Allah permudahkan dan buka jalan keluar buat mereka. 

Ads

Marilah kita mendoakan satu hari nanti, semua syarikat penerbangan memberi pilihan kepada para pramugari muslimah untuk memakai pakaian indah menutup aurat dan patuh syariah. Allahumma aamin 

*Keduanya tidak bertudung, tetapi telah diedit sebagai tanda hormat dan sayang keduanya 

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Pramugari Luah 20 Tahun Cari Kerja Lain Tapi Ini Nasihat Ustazah Asma’ Harun

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI