Prof Muhaya Beri Pesan Pada ‘Penyondol’ – “Tak Akan Boleh Bahagia Atas Derita Orang Lain”

Share

Sekarang ni, isu ‘penyondol’ sering sahaja kita dengar tidak kira dalam kalangan masyarakat biasa ataupun selebriti. Kalau bukan kena dengan batang hidung sendiri, mungkin akan beri pendapat sendiri tentang isu ini.

Tidak ketinggalan, motivasi terkenal dan pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad juga baru-baru ini tampil memberi sedikit pesanan kepada wanita diluar sana sekiranya mempunyai niat untuk merampas kebahagiaan pasangan lain.

“Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Maknanya, kita buat tak baik, kita akan dapat tak baik sebab kita ada (niat) tak baik.

@profmuhayaSemoga malam-malam terakhir Ramadan ini, kita memohon keampunan kepada Allah. Semoga bermanfaat

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

 “Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang,”ujarnya dalam video yang dikongsikannya di laman Tiktok miliknya.

Tambah beliau, individu berkenaan turut akan terluka sekiranya dia berbuat demikian selain tidak akan hidup bahagia.

“Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka.

“Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain,”tambahnya lagi.

Dikesempatan itu, beliau menyeru kepada para wanita diluar sana untuk tidak ‘menyondol’ suami orang dengan menggunakan kecantikan diri atau apa-apa sahaja tindakan yang dilakukan bagi meruntuhkan masjid yang dibina oleh pasangan.

Ini kerana kita juga akan merasa kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut pada masa akan datang.

Sumber: TikTok @profmuhaya

 

IKLAN