Perkongsian kisah dan pengalaman daripada Prof Madya Dr Midhat Nabil tentang perjalanan menimba ilmu, boleh dijadikan inspirasi buat anak-anak kita yang baru mendapat keputusan PT3 baru-baru ini. Andai kejayaan yang dicipta, syukur dan tahniah diucapkan. Namun andai sebaliknya, keputusan tidak memuaskan atau biasa-biasa sahaja, jangan putus asa.
Ayuh ikuti perkongsian ini.
PMR (PT3) saya hanya mendapat 2A sahaja, tetapi Alhamdullilah akhirnya dapat menggenggam PhD
Salam, pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang untuk PT3 semalam. Syabas buat diri anda. Saya pasti ibu bapa anda juga gembira dengan kejayaan tersebut.
Ads
Bagi mereka yang tidak memperolehi keputusan yang cemerlang, usahlah bersedih. Perjalanan anda sebenarnya masih jauh lagi. Jadikanlah kegagalan ini sebagai pemangkin untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang.
Pengalaman saya sendiri dahulu bagi PMR (PT3), saya hanya perolehi 2A sahaja, iaitu untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sains saya mendapat B. Manakala untuk subjek Matematik pula, saya mendapat C. Terus terang saya katakan yang ketika itu saya betul-betul malas untuk belajar sebelum menduduki peperiksaan PMR. Ibu bapa saya berasa sungguh kecewa dengan keputusan PMR saya, kerana mereka telah memberikan yang terbaik di pihak mereka untuk melihat saya berjaya. Ini termasuklah membeli buku-buku latihan tambahan, menghantar saya ke kursus-kursus motivasi dan juga menghantar saya ke pusat tuisyen.
Tetapi sepanjang menempuh perjalanan-perjalanan akademik yang seterusnya, saya bangkit semula dan belajar dari kesilapan yang lalu. Sehinggalah akhirnya saya berjaya untuk menggenggam PhD dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari sebuah universiti di United Kingdom (UK).
Ads
Kepada ibu bapa yang anak mereka tidak memperolehi keputusan yang cemerlang untuk PT3, usahlah bersedih, kerana perjalanan mereka masih jauh lagi. Teruskanlah memberi galakkan dan sokongan kepada mereka. Setiap orang sesungguhnya mempunyai potensi diri yang berbeza. Jika tidak berjaya pada hari ini, Insya-Allah akan berjaya di kemudian hari. Kepada para pelajar yang bersedih dengan keputusan PT3 anda, bangkitlah semula untuk peperiksaan-peperiksaan berikutnya. Buktikanlah bahawa anda juga sebenarnya boleh menggembirakan hati ibu bapa anda.
YAKIN BOLEH!!!
Ads
Nukilan,
Prof. Madya Dr. Midhat Nabil,
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Influencer terkenal Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamaruzzaman melangkah setapak kehadapan dalam dunia perniagaan apabila beliau mengumumkan pembukaan kilang sambal nyet yang kedua.
Menurut Khairul Aming, perniagaan Sambal Nyet yang diusahakan sejak awal 2021 mencapai jualan mencecah sehingga RM 14 juta.
“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.
“Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.
“Selain itu, sebelum ini kita ship out dalam berguni-guni sehari, sekarang kita ship out dalam tiga biji lori kurier sehari.
“Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya,” ujarnya
kilang kedua ini bertempatkan di Kota Bharu ini bersaiz 22 000 sqft luasnya.
“Kilang kedua ini akan digunakan untuk naikkan lagi production Sambal Nyet yang akan kita jadikan tempat persediaan untuk produk yang kedua nanti.
“sedikit sebanyak saya berharap dapat menaikkan ekonomi orang lokal di sini ” Harapannya.
Selain itu, Nur Aida juga turut berkongsi tip cara elak serangga perosak. Selamat mencuba!
3 Cara Mudah Tanam Tomato Ceri dan dapat hasil dalam masa 4 bulan
Actly ni pun lambat sebab lambat alih rasanya kalau org lain tanam mesti lagi cpt😍
Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dlm bekas semaian(aida guna container dia je)
Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (actly lupa sedar2 dah bercambah mcm dlm gambar selepas 9 hari.
Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan mcm biasa ke tempat yang sesuai. Aida letak dlm polibeg. Siram pagi dan petang.
====================================
Nota kaki: tomato ni mmg perlu air yang banyak. So siram la 2 atau 3 kali sehari kalau x nnt pokok jadi cpt kering.
Dalam masa 4 bulan ni Aida pun xjaga sangat. siram je kejenya…
Kalau perasan dlm setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ni bawang putih sbb binantang xsuka kan bau dia. Kita xnk ada putih2 bena tu nnt rosak pokok dan daun jadi kecut.
Siapa yang tak kenal dengan Iwan, penyanyi yang pernah mencipta fenomena genre muzik dangdut. Namun kini seiring peningkatan usia, lelaki yang kini memasuki usia 60 tahun sudah berubah 360 darjah.
Sejak 10 tahun lalu, bapa kepada Oktovia Manrose dan Aprena Manrose ini lebih mendekatkan diri ke arah ketuhanan
Dalam tempoh menyepikan diri dan fasa berhijrah itu, Iwan atau nama penuhnya, Wan Syahman Wan Yunus, bagaimana pun tidak meninggalkan bidang nyanyian begitu saja.
Malah Iwan yang dilahirkan di Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia lebih cenderung menyanyikan lagu ketuhanan atau nasyid.
Buktinya, finalis program realiti, Hijrahkan Laguku siaran TV Alhijrah itu memaklumkan dia mempunyai sekitar 30 buah lagu selain pernah merakamkan tujuh album ketuhanan.
“Album pertama dan kedua ketika itu masih dijual di stor muzik. Namun album seterusnya, saya cari alternatif dengan jual sendiri kerana ledakan pasaran muzik digital mula mendominasi.
“Saya usung album itu dan jual masa buat ceramah di masjid, surau dan sebagainya. Malah dua tahun lalu, saya ada bikin album berjudul Suara Daie menggabungkan penyanyi yang turut berhijrah seperti Allahyarham A Ali, Zul Handyblack, Izam Medicine, Zul Yahya dan saya sendiri.
“Namun sebab wabak COVID-19, album itu tak boleh dipromosikan. Saya kemudiannya menyanyikan semula beberapa buah lagu dalam album sama yang dinyanyikan penyanyi terbabit.
“Saya namakan album itu sebagai Ajaib (Akhirat Janji Allah Itu Benar) dan memuatkan 10 lagu.
“Selepas berakhir pertandingan Hijrahkan Laguku terdetik juga nak bikin album Suara Daie volum 2 membabitkan finalis dan peserta yang terbabit. Kalau dapat lampu hijau daripada mereka, saya gembira,” katanya.
Kata Iwan, selepas berhijrah, dia banyak memenuhi tawaran dalam menyebarkan dakwah dan menyanyi lagu Islamik. Katanya, Allah sentiasa memberikan rezeki dan tak perlu risau dengan apa pun terjadi.
Tanpa diduga, tawaran dan rezeki itu menjelma menerusi saluran, TV Alhijrah.
“Faisal Ismail yang menjadi hos pertandingan itu, menjadi orang pertama mempelawa saya untuk menyertai pertandingan itu. Kami kebetulan ketika itu berada di Taiping mengikuti kembara tiga hari.
“Cuma pada awalnya saya berharap pertandingan itu akan dianjurkan tanpa membabitkan golongan wanita, maka lebih bagus. Dulu iya, saya okey perihal sebegitu. Tapi sejak Tuhan beri kesedaran ke jalan agama, saya kena jaga termasuk membabitkan soal aurat wanita.
“Dipendekkan cerita, stesen TV itu patuh syariah dalam menerbitkan pertandingan berkenaan tanpa membabitkan golongan perempuan,” katanya.
Kata Iwan, sepanjang berentap di pertandingan itu, dia menukar sendiri lirik lagu popular kepada paksi ketuhanan.
“Ada lagu genre kasih sayang sesama manusia ditukar kepada cinta kepada Allah. Itulah manisnya pertandingan berkenaan.
“Macam lagu Siapa Di Hatimu ditukar menjadi Allah Di Hatimu, Memori Daun Pisang (Memori Di Jalan Allah), Istana Menanti (Syurga Menanti) dan sebagainya,” katanya.
Secara peribadi, Iwan menyukai format pertandingan itu dan harap ia dapat diteruskan.
“Selama ini ada program diterbitkan berpaksikan hiburan semata mata. Hiburan itu bagus, tapi saya tersilap kerana ia tidak boleh berlebihan. Berhibur ambil yang positif, elak yang mengundang dosa.
“Saya juga harap pertandingan sebegitu dapat menyuntik ramai penyanyi lelaki tanah air untuk menyanyi ke arah lagu Islamik.
“Dulu suatu ketika muzik dangdut meledak. Begitu juga rock dan sebagainya. Muzik nasyid juga dulu pernah berada di kemuncak. Media, TV, radio dan platform digital membantu, pasti ada lagi perubahan buat muzik yang mengagungkan kebesaran Ilahi atau nasyid ini,” katanya.
Memilih untuk tidak kembali menyanyikan lagu cinta lama melalaikan yang pernah dinyanyikan dulu, Iwan terbuka meneruskan survival seni ke arah lagu yang lebih diredai Allah.
“Kalau selepas ini ada lagi tawaran yang menjurus kepada paksi agama, saya akan terima.
“Saya pun akan meneruskan rutin berdakwah macam biasa. Cuma sudah lama tak balik kampung di Sumatera saja kerana COVID-19. Sejak lapan tahun lalu saya turut membangunkan madrasah Yayasan Taman Tahfiz Darul Islah di sana.
“Macam album saya jual pun ada peratusan disalurkan ke madrasah itu untuk aspek pembangunan. Setakat ini ada 200 pelajar tahfiz lelaki dan 200 lagi wanita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Iwan memanjat kesyukuran kerana dua anak perempuannya yang turut memilih jalan seni sudah memakai hijab.
“Bukan senang cabaran yang mereka lalui jadi artis. Saya melaluinya dulu. Mereka juga sudah bersuami, aurat kena dijaga dalam hal berkenaan.
“Selama ini pun saya tak marah atau memaksa mereka menutup aurat. Saya hanya menggunakan cara komunikasi dan tarbiah. Kalau berjumpa atau cakap di telefon, saya kongsikan hadis dan nasihat.
“Suami mereka pun bagus. Apa apapun, saya memanjat kesyukuran di atas perubahan itu. Ini Allah aturkan,” katanya.
Iwan kini bahagia melayari perkahwinan ketiga bersama Evie Surriyanti sejak 12 tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia, pasangan itu dikurniakan dengan enam cahaya mata.
Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.
Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di