Projek DIY Kabinet TV Guna Kayu Pallet, Sikit-sikit Buat Dengan Modal Tak Tinggi & Hasilnya Puas Hati!

Share

Nak tempah kabinet Tv tentunya memerlukan modal yang banyak, jadi sebab itu jugalah ada yang cuba-cuba untuk membuat sendiri kabinet Tv mengikit citarasa sendiri dengan modal yang rendah.

Ini sebagaimana seorang anak iaitu Nabihah Latif telah berkongsi idea kabinet Tv yang telah dibuat oleh ayahnya. Menurutnya, ayahnya telah ikhtiarkan setahun lamanya setelah melakukan ubah suai ruang rumah tersebut dan  akhirnya terhasillah kabinet Tv yang diingini.

Projek DIY Kabinet TV ayahku.


Waktu tambah ruang tamu depan.. tingkap cermin tu tak buang…. Jadi setelah 1 tahun lebih ayah ikhtiar nak jadikan kabinet TV. So terhasillah DIY ayahku menggunakan kayu pallet.

Wallpaper belakang tu beli kedai Eco ja.. kemudian, bracket TV pon ayah DIY sendiri.. x beli… Kayu pallet pulak ayah beli dah lama memang ada lebihan waktu buat projek DIY kabinet dapur.

Ayah beli lampu LED tu ja bagi ada seri sikit ala-ala tengok wayang. Hahaha
So total kos mungkin tak mahai macam beli dekat luar.

Sumber : Nabihah Latif

Dapatkan tawaran harga kabinet TV lebih menarik di sini , macam-macam ada semuanya boleh dibeli secara online.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN