Jika rumah ada halaman sama ada luas atau kecil sekali pun, jika terbiar tidak dijaga tentu akan menyebabkan rumput dan lalang yang tumbuh. Ini sekali gus akan ‘merosakkan’ pandangan kawasan laman rumah anda.

Umumnya penjagaan ruang laman perlu dititikberatkan. Ini kerana jika kita menanam rumput untuk mencantikkan ruang laman, ia perlu dijaga rapi untuk mengekalkan keindahan laman.

Pun begitu, jika tak cukup masa untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong dan membersihkannya sekerap mungkin, rumput akan tumbuh dengan panjang, lebat dan tidak nampak tidak sekata.

Jadi sebagai alternatif, ada baiknya anda menggunakan rumput artifisial. Memandangkan tidak perlu penjagaan khusus malah anda sendiri boleh lakukan pemasangan sendiri dengan bajet yang berbaloi. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Shafiqa Rosly di group Tukang Apa Hari Ini.

Berbekalkan tenaga dia dan suami serta dibantu oleh bibiknya, berjaya juga akhirnya menyiapkan projek pasang rumput karpet sempena PKP. Mengetaui lanjut pengalaman dan cara yang dilakukan mereka, ini perkongsiannya.

PROJEK PKP PASANG RUMPUT KARPET
Buat sendiri jadi 3000 je. Disebabkan boring pastu ramai kontraktor tak boleh buat kerja waktu lockdown ni, kami decide buat sendiri dari mula sampai habis tapi awas kalau lemah semangat jangan buat gais.

Beza banyak siap dapat rumput karpet kualiti. Tebal rumput ni. Sedap pijak. Baring pun sedap. Survey contractor buat dalam 7-9k bergantung ke dalaman pasir dan jenis rumput, macam rumah ni selalu banjir jadi kami sengaja tinggikan, pasir je guna 4 scoop.

Tapi puas hati dpt jimat banyak duit hasil pun cantik sangat bagi kami yang newbie ni, Korang pun boleh buat sendiri tau. Bila laman dah elok ni selalu rasa nk lepak je luar tu bersenam, camping, bbq, buat aktiviti dengan anak-anak, hilang stress.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

DIY Pasang Rumput Karpet

1.Korek sampai akar rumput, buang habis daun pandan dekat belakang tu, bagi rata, hari-hari cangkul.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!
2. Apabila sudah buang akar rumput, barulah bubuh benda ni weedmat bagi rumput susah hidup la katanya sebab gelap je tak dapat cahaya matahari.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!
3. Sudah setel bubuh pula pasir wehhhh time ni paling penat sebab kena bawak pasir ulang alik guna kereta sorong, den jadi mando je sesekali baru tolong

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!4. Ratakan pula guna penimbang air, pergh sian tengok dia macam nak patah pinggang.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!Last-last tak rata jugak, kitaorang sewa compactor, mesin ni bagi dia rata pasir, berat namati mesin ni, yela noob kan buat sendiri mana ade mesin ni, so sewa lah, korang kalau nak cari, cari je dekat kedai hardware depa ada sewakan. Tempat saya ni RM70, ada saya tengok tempat lain RM50, ada juga yang sewakan RM180 tapi still under bajet kan dari upah orang.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

5. Bila sudah rata, tiba masa pasang rumput karpet, pasang senang cuma lambat sikit sebab yang buat kerja 3 orang, suami, kak ika dan bibik. Pakui bagi rata gais, dekat kawasan cantuman tu.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

6. Taraaaa happynyaaa.. da siap, tinggal tunggu longkang sampai.

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

Sumber :Shafiqa Rosly

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Projek Pasang Rumput Karpet Di Laman Rumah. Wanita Ni Kongsi Cara Dia & Suami Buat Tanpa Guna Khidmat Pakar!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI