“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri

Share

Lama tidak mendengar khabar pelakon yang satu ini. Selepas mendirikan rumah tangga buat kali ketiga, kelibatnya di media sosial mahupun arena seni seakan-akan sepi. Mungkin komitmen dan tanggung jawab sebagai ibu serta isteri membatasi segalanya.

Namun, baru-baru ini bekas ahli kumpulan Elite ada berkongsi cerita menerusi laman instagramnya. Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik foto bayinya yang sedang tidur.


Akui Fiza Halim, dia bersyukur dan puas kerana kini dapat menjaga sendiri anaknya, Aleena berusia 10 bulan sendiri di rumah.

Dalam masa yang sama, dia lebih puas apabila dapat menguruskan hal rumah tangga sendiri tanpa bantuan pembantu rumah selepas berkahwin dengan juruterbang, Aizat Al Jefri dua tahun lalu.

“Happy 10th months old sayang mommy… Hari ini genaplah Baby Aleena 10 bulan.Pejam celik sekejap jer masa berlalu. Tak sangka sungguh, kali ni mommy jaga Aleena seorang diri..


 
“Tanpa bantuan maid… Semua mommy buat sendiri.. Dulu dalam pantang of course daddy, cousin, adik, adik ipar, mama dan kakak ada tolong… tapi lepas tu semua on my own…
 
“Syukur Alhamdulillah Ya Rabb atas tenaga yang kau berikan untuk aku terus menjadi kuat, untuk membesarkan pemberian Mu ini Ya Rabb… 



“Bagi aku, puas menjadi seorg ibu dan isteri yang menjaga anak dengan tangan sendiri… mengemas rumah, memasak, menggosok baju dan menguruskan semua hal rumahtangga..

“Biar penat sekarang, sebab kita takkan menyesal nanti… Carilah duit setinggi gunung pun, tapi moment sebegini takkan dapat dibeli.. Aku bertuah dan bersyukur atas segala nikmat ini Ya Rabb,” tulisnya.

Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 36, mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin namun berpisah pada 2010.

Hasil perkongsian hidup itu, dia memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.

Fiza kemudiannya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013. Namun, tujuh bulan kemudian mereka bercerai. Tiga bulan selepas itu, mereka rujuk sebelum bercerai sekali lagi, setahun kemudian.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian peminat dan pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Fiza itu. Malah tak kurang juga yang memuji kecomelan anak ketiganya itu.

IKLAN