Lama tidak mendengar khabar pelakon yang satu ini. Selepas mendirikan rumah tangga buat kali ketiga, kelibatnya di media sosial mahupun arena seni seakan-akan sepi. Mungkin komitmen dan tanggung jawab sebagai ibu serta isteri membatasi segalanya.

“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri

Namun, baru-baru ini bekas ahli kumpulan Elite ada berkongsi cerita menerusi laman instagramnya. Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik foto bayinya yang sedang tidur.

“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri
Akui Fiza Halim, dia bersyukur dan puas kerana kini dapat menjaga sendiri anaknya, Aleena berusia 10 bulan sendiri di rumah.

Dalam masa yang sama, dia lebih puas apabila dapat menguruskan hal rumah tangga sendiri tanpa bantuan pembantu rumah selepas berkahwin dengan juruterbang, Aizat Al Jefri dua tahun lalu.

“Happy 10th months old sayang mommy… Hari ini genaplah Baby Aleena 10 bulan.Pejam celik sekejap jer masa berlalu. Tak sangka sungguh, kali ni mommy jaga Aleena seorang diri..

IKLAN

“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri
 
“Tanpa bantuan maid… Semua mommy buat sendiri.. Dulu dalam pantang of course daddy, cousin, adik, adik ipar, mama dan kakak ada tolong… tapi lepas tu semua on my own…
 
“Syukur Alhamdulillah Ya Rabb atas tenaga yang kau berikan untuk aku terus menjadi kuat, untuk membesarkan pemberian Mu ini Ya Rabb… 
 
“Bagi aku, puas menjadi seorg ibu dan isteri yang menjaga anak dengan tangan sendiri… mengemas rumah, memasak, menggosok baju dan menguruskan semua hal rumahtangga..

“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri

“Biar penat sekarang, sebab kita takkan menyesal nanti… Carilah duit setinggi gunung pun, tapi moment sebegini takkan dapat dibeli.. Aku bertuah dan bersyukur atas segala nikmat ini Ya Rabb,” tulisnya.

IKLAN

Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 36, mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin namun berpisah pada 2010.

Hasil perkongsian hidup itu, dia memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.

“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri

IKLAN

“Puas Jadi Ibu & Isteri Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri.” Akui Tidak Menyesal, Fiza Halim Kongsi Nikmat Urus Rumah tangga Sendiri

Fiza kemudiannya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013. Namun, tujuh bulan kemudian mereka bercerai. Tiga bulan selepas itu, mereka rujuk sebelum bercerai sekali lagi, setahun kemudian.

View this post on Instagram

Happy 10th months old sayang mommy??…Hari ni genaplah Baby Aleena 10bln.Pejam celik sekejap jer masa berlalu.Tak sangka sungguh,kali ni mommy jaga Aleena sorang diri.. tanpa bantuan maid…Semua mommy buat sendiri.. Dulu dlm pantang of coz daddy,cousin,adik,adik ipar,mama & kakak ada tolong… tp pas tu semua on my own… Syukur alhamdulillah Ya Rabb atas tenaga yg Kau berikan utk aku terus menjadi kuat,utk membesarkan pemberian Mu ini Ya Rabb… Bg aku,puas menjadi seorg ibu & isteri yg menjaga anak dgn tangan sendiri…mengemas rumah,memasak,menggosok baju dan menguruskan semua hal rumahtangga..Biar penat skrg,sbb kita takkan menyesal nnt… Carilah duit setinggi gunung pun,tp moment sebegini takkan dpt dibeli.. Aku bertuah dan bersyukur atas segala nikmat ini Ya Rabb ??????

A post shared by ???? ????? (@fizahalimofficial) on

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian peminat dan pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Fiza itu. Malah tak kurang juga yang memuji kecomelan anak ketiganya itu.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI