Pucuk Ubi Crispy, Buat Untuk Penambah Selera. Memang Padu Rasanya!

Share

Jika sebelum ini pucuk ubi enak dimakan bila dimasak gulai atau direbus sebagai ulam, dimakan bersama sambal belacan.

Keenakan rasanya memang boleh buat makan bertambah. Pun begitu, apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan Pucuk Ubi Crispy.

Menariknya juga boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama dan sesuai dijadikan menu penambah selera ketika bersahur.

Untuk itu, ini perkongsiannya.

Pucuk Ubi Crispy.

Hanya 4 bahan.Tapi rasanya buat bertambah-tambah nasi. Bagi yang rajin berpuasa,boleh jadikan lauk ketika bersahur.

Bahan-bahan
2 ikat Pucuk Ubi
10 batang Cili kering
2 genggam Ikan bilis
2 labu Bawang besar
Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya.


Basuh pucuk ubi dan biarkan kering. Setelah kering,goreng dengan minyak yang banyak.

Ikan bilis di basuh dan tos hingga kering.Setelah kering,gaulkan dengan tepung beras (petua supaya ikan bilis ranggup)
Goreng dengan minyak yang digunakan mengoreng pucuk ubi tadi.

Cili kering basuh,toskan.Goreng dengan minyak yang sedikit. Apabila dah sejuk kisar dengan menggunakan pengisar kering.

Boleh beli penapis yang praktikal dengan klik DI SINI 

Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dipotong nipis. Masukkan cili kering yang dikisar, sedikit garam, gula, ikan bilis dan akhir sekali pucuk ubi yang telah digoreng tadi.

Menyesal kalau tak mencuba.Ini lah peluang nak bagi anak mengenali pucuk ubi.

Sumber : Rozilah Yahya Rozee

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN