Jika sebelum ini pucuk ubi enak dimakan bila dimasak gulai atau direbus sebagai ulam, dimakan bersama sambal belacan.
Keenakan rasanya memang boleh buat makan bertambah. Pun begitu, apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan Pucuk Ubi Crispy.
Menariknya juga boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama dan sesuai dijadikan menu penambah selera ketika bersahur.
Untuk itu, ini perkongsiannya.
Pucuk Ubi Crispy.
Hanya 4 bahan.Tapi rasanya buat bertambah-tambah nasi. Bagi yang rajin berpuasa,boleh jadikan lauk ketika bersahur.
Ads
Bahan-bahan
2 ikat Pucuk Ubi
10 batang Cili kering
2 genggam Ikan bilis
2 labu Bawang besar
Sedikit garam dan gula
Cara membuatnya.
Basuh pucuk ubi dan biarkan kering. Setelah kering,goreng dengan minyak yang banyak.
Ads
Ikan bilis di basuh dan tos hingga kering.Setelah kering,gaulkan dengan tepung beras (petua supaya ikan bilis ranggup)
Goreng dengan minyak yang digunakan mengoreng pucuk ubi tadi.
Cili kering basuh,toskan.Goreng dengan minyak yang sedikit. Apabila dah sejuk kisar dengan menggunakan pengisar kering.
Ads
Boleh beli penapis yang praktikal dengan klik DI SINI
Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dipotong nipis. Masukkan cili kering yang dikisar, sedikit garam, gula, ikan bilis dan akhir sekali pucuk ubi yang telah digoreng tadi.
Menyesal kalau tak mencuba.Ini lah peluang nak bagi anak mengenali pucuk ubi.
Setiap kali menjelang cuti sekolah, antara aktiviti yang dilakukan adalah anak-anak berkhatan. Demikian juga dengan pelakon cantik manis Fasha Sandha.
Memandangkan mereka sekeluarga kini berada di Perlis bagi meraikan majlis resepsi Elisya & Uzair, Fasha dan suami mengambil kesempatan mengadakan majlis khatan anak sulungnya, Rayfal bersama sepupunya.“Masih di Indera Kayangan. Syukur Alhamdulillah Rayfal dah selamat berkhatan bersama sepupu kesayangan Dani Qaleef.
“Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Rayfal dan Qaleef tak sakit, nangis sikit je masa nak cucuk bius, lepas tu, semua ok, Alhamdulillah,” ujarnya menerusi kapsyen.
Menerusi perkongsian yang sama, isteri kesayangan Aidil Aziz ini memuatnaik gambar anak sulungnya yang selamat berkhatan.
Fasha dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah buat doktor dan keluarga yang banyak membantu.
“Terima kasih doktor-doktor di Klinik Faizah Kangar. Terbaik.
“Simpan disini buat kenangan. Terima kasih buat keluarga. Kami disini mendoakan agar dipermudahkan buat mangsa-mangsa-mangsa banjir,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Kalau sudah bergelar selebriti, buatlah apa pun pasti ada saja yang tak kena di mata orang. Mungkin bagi sesetengah peminat mendambakan artis kesayangan mereka muncul dan berkongsi hal peribadi sekerap yang mungkin. Tak kurang pula yang rasa ‘annoying’ dan menganggap seseorang selebriti itu terlalu berlebihan.
Demikianlah yang terjadi pada permata negara yang satu ni. Kerap berkongsi foto dan video puteri kesayangan, Siti Aafiyah di media sosial membuatkan penyanyi nombor satu negara ini di ‘cop’ netizen sebagai seorang ibu yang terlalu obses dengan anaknya.
Begitu pun Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menepis tanggapan segelintir pihak itu. Sebaliknya Siti, 40, berkata, dia menjadikan laman sosial, terutama Instagram dan YouTube sebagai arkib untuk menyimpan segala rakaman momen manis yang boleh dirujuk semula pada kemudian hari.
Jelasnya lagi, perkongsiannya mengenai anak kesayangannya, Siti Aafiyah merupakan kegiatan normal seorang wanita bergelar ibu.
“Tidak semua mengenai Aafiyah saya akan kongsi. Kebiasaannya perkongsian saya mengenai Aafiyah adalah perkembangan terkini dia, contohnya telah pandai menari dan bercakap.
“Saya rasa semua ibu akan berkongsi perkara yang sama mengenai anak mereka. Saya tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, saya juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet. Ada juga dalam platform tersebut mengenai kerjaya dan rutin saya.
“Jika ada momen menarik dan perlu, saya akan kongsi. Dalam masa yang sama juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika saya obses dengan anak sendiri.
“Selama 11 tahun saya menanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang saya rasakan ketika ini,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu, biarpun sibuk dengan urusan kerja, seboleh mungkin dia tidak mahu ketinggalan menyaksikan proses tumbesaran buah hatinya itu.
“Selalu saya pesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang saya ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.
“Untuk tidak menyesal, saya rasa rakaman seperti itu perlu. Saya lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.
“Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kayuhan Wanita 2019 yang menampilkannya sebagai Ikon Selebriti.
Mengulas pembabitannya dalam acara itu, Siti berkata, sebagai ikon, dia ditugaskan mempromosikan program yang bakal berlangsung pada 26 Oktober ini di Putrajaya.
“Kalau boleh, saya mahu 3,000 peserta mengayuh basikal pada hari itu. Bagi mereka, golongan selebriti lebih mudah menarik perhatian orang ramai menyertai acara ini. Harapan saya, program ini mendapat sambutan ramai,” katanya.
Menikmati masakan Cina di restoran Muslim diakui ada penggemar dan peminatnya yang tersendiri. Kalau boleh ingin juga disediakan di dapur sendiri, namun kebiasaannya bahan dan cara memasak berbeza daripada masakan kita orang Melayu.
Jika dapat ‘menuntut’ resipi dan cara buat daripada orang Cina mesti menarik bukan? Barulah keaslian rasa dapat dihasilkan sama seperti kita makan di resotan Chinese Muslim.
Adam Corrie juga ada berkongsi resipi masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang nampak cukup menyelerakan dan cara penyediaannya pun cukup mudah. Jadi apa kata anda cuba buat dengan resipi yang dikongsikan olehnya untuk dinikmati bersama keluarga bersempena seisi keluarga masih berkumpul di rumah sempena Cuti Tahun Baru Cina ini.
Selamat mencuba
Ini dia bahan-bahannya.
1. Ayam di perap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman
2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)
3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.
5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.
6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.
7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat Kuahnya boleh makan dengan mee sizzling..Kalau tak pekat makan dengan nasi.
Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..