Pengorbanan dan usaha gigihnya dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja dipuji masyuarakat, bahkan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Terbaru dalam satu perkongsian, Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020.

“Sebelum Ini Tengok Di Kaca Televisyen Sahaja.”  Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara 2020!Ustaz EbitLew berkongsi kisah diberi penghargaan dalam satu majlis anugerah semalam. Dalam majlis tersebut, Ebit Lew menerima M10,000, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Liew menerima anugerah tersebut susulan usaha keras beliau yang bergerak ke seluruh pelusuk tanah air menghulurkan bantuan semasa #COVID19.
Terharu dengan penghargaan tersebut, akui Ebit lew sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima.
“Sebelum Ini Tengok Di Kaca Televisyen Sahaja.”  Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara 2020!“Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil.

IKLAN

“Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini.

“Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka.

IKLAN

“Sebelum Ini Tengok Di Kaca Televisyen Sahaja.”  Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara 2020!

IKLAN

“Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan. Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan,” katanya.
“Sebelum Ini Tengok Di Kaca Televisyen Sahaja.”  Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara 2020!Syukur Alhamdulillah terima kasih semua atas doa dan anugerah. Tiada apa saya lakukan berbanding ramai orang. Hari ini majlis bersama anak muda belia. Saya doakan semua anak muda terus menjadi pembimbing kepada Redha Allah. Bawa manusia kepada kasih sayang.
Tiadalah yang lain hanya Redha Allah kita inginkan. Allah pemilik segalanya.
“Sebelum Ini Tengok Di Kaca Televisyen Sahaja.”  Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara 2020!
Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin PM yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je. Terima kasih Menteri Belia dan sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI