Tak lengkap rasanya jika juadah berbuka tidak disertakan dengan menu pencuci mulut.
Jadi kali ini apa kata kita sediakan puding Karamel yang digemari ramai ini. Enak dimakan sejuk semasa berbuka.
Puding Caramel
Ads
Bahan² caramel :
5 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara² :
1. Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..)
2. Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.
Ads
Bahan² Puding :
6 biji telur
1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
1 tin susu cair @ sejat
1/3 tin susu pekat (manis sedang² je..)
1/4 cawan air masak
Cara² :
1. Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang caramel.
– Kukus 20-30 minit
Ads
* Pastikan puding ni betul² sejuk sebelum nak keluarkn drp loyang.. (sy masuk dlm freezer sbb nk bg cepat sejuk)
Tomyam antara menu yang paling mudah disediakan di bulan puasa. Jimatkan masa memasak dan paling pantas untuk disediakan.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lihat kek ni rasa sayang pula nak makan kan. Nampak cantik dan kemas cara buatnya. Terus hati rasa teringin nak cuba. Nah, ibu-ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nina Mahdar ni. Lembut dan lemak berkrim, sedap dimakan terus lepas keluar dari peti sejuk. Nak cuba, inilah caranya, siap dengan tutorial untuk memudahkan ibu-ibu.
Selamat mencuba!
Hari tu ada tempahan kek pandan layer dari Regular Customer. jadi saya sempat la selitkan buat sebiji untuk anak-anak. kemain suka diorang.
Tapi kali ni untuk bahagian kastard pandan saya tak gunakan tepung hoen kwee. saya gunakan tepung jagung sepenuhnya. Tekstur dan rasa kek tetap sama. tak ada beza pun.
kek ni sangat sedap di hidang sewaktu keluar dari peti sejuk. lembut dan rasa lemak berkrim di tambah dengan aroma pandan. ermm sedapnya..
BAHAN KEK SPAN
4 biji telur – gred A
120gm gula kaster
50gm air atau susu cair
1 camb ovalete
1 camt esen pandan / vanila
1 camt perwarna hijau
170gm tepung gandum – di ayak
1 camt baking powder
70gm minyak jagung / butter cair
Cara membuatnya:
– Satukan kesemua bahan KECUALI minyak jagung ke dalam mangkuk adunan.
– Putar adunan sehingga menjadi kembang dan kental. (sehingga bertukar menjadi hijau muda)
– Tuang minyak jagung. puta sebentar dan kaup balik adunan sehingga rata.
– Tuang ke dalam loyang 8″ dan bakar menggunakan suhu 170’c selama lebihkurang 25-30 minit mengikut kepanasan oven masing2.
– Bila dah masak keluarkan daripada loyang dan sejukkan.
PANDAN CUSTARD
400gm santan (kotak)/ (segar)
200gm jus pandan (3 helai daun pandan di blender bersama 200gm air)
600gm air
(keseluruhan cecair 1200ml)
220gm gula kaster
10gm (1 peket agar2)
100gm tepung jagung
sedikit perwarna hijau
1 sk garam Cara membuatnya:
– satukan kesemua adunan. kacau sehingga adunan tidak bergentel.
– masak menggunakan api perlahan sehingga adunan kastard menjadi pekat dan likat.
– apabila adunan kelihatan meletup tutup api.
CARA PENYEDIAAN KEK CUSTARD LAYER
– sediakan kek yang telah di belah 3.
– sediakan loyang. basahkan sedikit permukaan loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan kek pandan layer.
– masukkan sesenduk adunan kastard ke dalam loyang. ratakan.
– letak kek di atas permukaan kastard.
– kemudian tuang lagi sesenduk adunan custard.
– ulang langkah tersebut sehingga kastard meliputi keseluruhan kek.
– sejukkan sebelum di hias menggunakan kelapa kering atau mengikut kretiviti masing2.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak susah pun nak buat sendiri bebola ayam homemade menggunakan bahan segar yang lebih sihat dan sedap. Yang penting lebih terjamin tahap kebersihannya dan tidak la berasa was-was ketika membeli. Lagi lagi air tangan ibu, pasti lebih enak kan.
Ringkas dan mudah. Tak kisahlah nak buat sup boleh, goreng atau stim pun sedap!
Bebola ayam homade..sy kongsikan resepinya di sini..untuk dinner malam nie..sy gunakan bebola ayam nie untuk masak sup je.. =)
Resepi homemade bebola ayam Bahan-bahan:
*4 ketul bahagian isi dada ayam
*1 sudu kecil garam
*1sudu kecil serbuk perasa
*1 sudu kecil lada putih
*1sudu kecil serbuk lada hitam
*1 sudu minyak masak
*1 biji telur..ambik putih saja
*2 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
1 biji lobak merah diparut(bole juga tambahkan daun sup jika suka)
Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan yg btanda * hingga hancur
2. Gaul dgn lobak merah td..bulat2 kan ikut saiz yg disukai dan rebus dalam air mendidih
3. Bila sudah timbul boleh lah diangkat dan toskan airnya
4. Siap..sedia dihidang untuk menu2 pilihan spt sup,bakso,mee kari,tomyam dan sebagainya
Boleh juga digoreng bgitu saja dan dihidang bsama sos dan mayonis =)
Resepi sup bebola ayam (stail saya)
Bahan-bahan
4 biji bawang merah kecil hiris nipis
2 ulas bawang putih hiris nipis
Campur sdikit tepung beras dan gorwng garing..ketepikan dulu
1 inci halia diketuk
1 sudu besar serbuk rempah sup cap adabi,bancuh sdikit air panas utk jadikan paste
2 biji kentang potong kiub
1 ketul kiub ayam
Garam dan serbuk perasa scukupnya
Caranya=
-Panaskan sdikit minyak..tumis halia hingga wangi
_masukkan bancuhan serbuk rempah sup td..kacau setika dan masukkan air scukupnya
_masukkan kentang yg dipotong td..kiub ayam.dan biarkan mendidih
_da mendidih masukkan garam dan perasa..masukkan bbola ayam td..dan kacau
_biarkan hingga kentang empuk..tutup api dan taburkan hirisan daun sup dan bawang yg digoreng td..siap =)
Resepi kuah kicap
_cili api 10 biji
_bawang putih 1 ulas
Sdikit gula
Kicap scukupnya
Caranya=
Tumbuk cili api,bawang putih dan gula,campurkan dlm kicap,dan perahkan air limau.
Sedia dinikmati bsama sup td
Simple tapi sedap! Boleh buat stok frozen di rumah. Tak payah beli yang segera lagi dekat pasaraya tu. Dapat jimat lagi tu kan? Bahan-bahan pun boleh disesuaikan ikut mana yang kita suka.
Jadi, apa lagi. Jomlah kita cuba resepi bebola ayam homemade ini. Mesti anak-anak suka. Satu keluarga boleh makan sama-sama.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.