Puding Gula Hangus, Kesukaan Semua. Mudah Je Buatnya!

Share

Tak lengkap rasanya jika juadah berbuka tidak disertakan  dengan menu pencuci mulut.

Jadi kali ini apa kata kita sediakan puding Karamel yang digemari ramai ini. Enak dimakan sejuk semasa berbuka.

Puding Caramel

Bahan² caramel :
5 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara² :
1. Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..)

2. Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.

Bahan² Puding :
6 biji telur
1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
1 tin susu cair @ sejat
1/3 tin susu pekat (manis sedang² je..)
1/4 cawan air masak

Cara² :
1. Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang caramel.
– Kukus 20-30 minit

* Pastikan puding ni betul² sejuk sebelum nak keluarkn drp loyang.. (sy masuk dlm freezer sbb nk bg cepat sejuk)

sumber : Juman Islam via MAHN

IKLAN