Terpilih dalam melakonkan watak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail, pelakon dan penyanyi seberang, Acha Septriasa menyifatkan individu tersebut sebagai wanita yang mempunyai sifat keibuan tinggi.

Pendapat tersebut terbukti apabila Acha atau nama sebenarnya, Jelita Septriasa, 34, dihadiahkan Aziah seutas tasbih dalam satu pertemuan sebelum menjayakan karakter ahli politik berpengaruh itu dalam filem Anwar, The Untold Story.

Katanya, Azizah turut membekalkannya makanan yang dimasak sendiri.

“Saya pernah berjumpa dengan Azizah, beliau merupakan sosok yang mempunyai sifat keibuan yang sangat tinggi.

“Ketika bertemunya di sebuah hotel, dia membekalkan saya dan Farid Kamil dengan lauk-pauk yang dimasak sendiri.

“Azizah juga memberikan saya gelang tasbih untuk selalu mengingati Allah dan secara tidak langsung mengingati dirinya.

IKLAN

“Itu adalah momen yang saya tidak dapat lupakan saat bertemu dengannya,” katanya kepada kepada Kosmo! Online.

Acha berkata demikian menerusi panggilan secara maya pada majlis sidang media filem lakonan terbaharu lakonannya berjudul Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Pelantun lagu Sampai Menutup Mata itu menjelaskan, pertemuan dengan isteri kepada Perdana Menteri ke-10 itu sedikit sebanyak membantunya menjiwai karakter Azizah dalam filem berkenaan.

IKLAN

“Wan Azizah sosok yang amat damai dan percaya dengan takdirnya. Dia sangat yakin dengan keluarga dan Tuhannya.

“Azizah juga mempunyai semangat kepimpinan yang kuat kerana boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah saat suaminya berdepan saat sulit,” tambahnya.

Selain Acha, filem arahan Viva Westi tersebut turut dibintangi aktor hebat lain seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Dewi Irawan, Piet Pagau dan ramai lagi.

Anwar, The Untold Story mengisahkan jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah.

IKLAN

Filem yang diusahakan sejak Ogos 2011 tersebut siap dan bakal ditayangkan menjelang Mei 2023.

Sumber : Kosmo Online

https://youtu.be/dUpt50y0xaQ

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI