Pulut Udang Kalau Nak Lagi Sedap Kena Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini
Pulut udang biasanya bila kita makan, tentu kita mahu intinya banyak bukan? Kalau beli di luar, memang tak akan dapatlah pulut udang yang mewah dengan intinya.
Kalau kita nak puas makan, kenalah usaha lebih sikit. Apa kata kita cuba masak sendiri. Berapa banyak inti kita nak letak, ikut suka hati kita. Tak perlu nak ‘sekat-sekat.’ Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan berulang-ulang.
Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini.
RESIPI PULUT UDANG
BAHAN INTI PULUT:
Ads
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah*
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam)
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar*
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan (bahan rahsia)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bahan-bahan bertanda.* Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
Ads
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar bagi halus.
Ads
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak.
Resipi ini bukan sahaja sesuai untuk makan sendiri tapi boleh juga dijadikan jualan. Memang puas hati siapa sahaja yang memakan pulut udang yang mewah dengan intinya.
Nak masak untuk keluarga ni, kena masak menu yang membuka selera. Antaranya menu Ikan Cencaru Sumbat. Rasanya mememang sedap. Tambahan pula makan bersama nasi yang masih panas.
Seorang jurujual berkongsi simple tetapi sedap. Bahan nak buat pun mudah.
“Tak tahu ikan cencaru nak masak apa pula. Meh la try Eyda punya resipi ikan cencaru sumbat yang hari-hari Eyda buat jual di kedai Eyda. Senang ajerr.”
Ini resipinya.
Bahan-bahan ikut gambar.
5 ekor ikan cencaru
Cili kering yang direbus ( anggaran tengok gambar)
1 biji bawang holland
8 biji bawang putih
Belacan separuh ( anggaran tengok gambar)
Air asam jawa
Gula dan ajinomotor
Bahan-bahan tadi dikisar.
Ikan digaul dengan sebuk kunyit dan garam.
Bahagian belakang ikan cencaru disumbat dengan bahan yang dikisar tadi. Sambal tak perlu di masak. Tapi jika nak masak pun boleh.
Goreng ikan dengan api yang perlahan.
Dah siap! Makan panas-panas memang sedap!
Sumber: Eyda Zuraida
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, tentunya sedikit sebanyak timbul juga perasaan bimbang dan takut mengenai kesihatan anak-anak pada masa kini. Apatah lagi dari varian Alpha, Beta, Gamma, Delta dan Lambda, Omicron dan sebagainya seakan menjadikan Covid-19 terus ‘mengganas’.
Meskipun seakan kita berjaya mengawal pandemik ini dari segi kes jangkitan, kes kematian, kes kemasukan ke hospital, kita juga dipersiapkan untuk menerima hakikat bahawa Covid-19 akan menjadi endemik dan kita semua akan hidup bersama dengan virus ini.
Mengambil langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini.
Ini sebagaimana memetik laporan berita Sinar Harian.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.
“Masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.
“Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty akan digunakan dalam program ini dan formulasi khas untuk kanak-kanak dibekalkan di dalam bebuli 10 dos dan perlu dicampur dengan 1.3 mililiter larutan garam biasa.
“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mililiter dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua suntikan dos dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
Katanya, berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa yang diberikan antara dua dos itu akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi serta berpotensi memberikan perlindungan yang lebih lama.
“Selain itu, data ini juga menunjukkan sela masa tersebut mampu mengurangkan risiko miokarditis dan telah disyorkan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk United Kingdom, Kanada dan Australia.
“Berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin ini sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari ini,” katanya.
Khairy memaklumkan, program pemberian vaksinasi kanak-kanak itu akan bermula pada 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
Katanya, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari ini dan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mengukur kejayaan dan kemampuan diri bukannya boleh ditentukan dengan membandingkan pencapaian orang lain dengan apa yang telah kita capai. Bahkan definisi kejayaan juga pasti berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain.
Menurut Ustaz Khairul Anuar Basri jangan banding diri kita dengan orang lain. Kerana latar belakang, keupayaan dan ujian seseorang itu tidak sama. Bahkan menurutnya, adalah lebih baik seseorang itu bandingkan dirinya sekarang dengan dirinya yang sebelum ini.
Di sini dikongsikan untuk renungan kita bersama.
Jangan banding diri kita dengan orang lain. Kerana latar belakang, keupayaan dan ujian seseorang itu tidak sama.
Bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang sebelum ini. Kerana diri kita dari dulu sampai sekarang adalah batang tubuh yang sama.
Beruntunglah kita kalau hidup kita sekarang lebih baik dari hidup kita sebelum ini. Itu pun sudah dikira sebagai sebuah kejayaan.
Kalau dulu kita kurang berilmu, sekarang sudah bertambah ilmunya.
Kalau dulu kita kurang beradab, sekarang sudah bertambah adabnya.
Kalau dulu kita kurang beramal, sekarang sudah bertambah amalnya.
Kalau dulu kita kurang berharta, sekarang sudah bertambah hartanya.
Kalau dulu kita kurang bersabar, sekarang sudah bertambah sabarnya.
Kalau dulu kita kurang bersedekah, sekarang sudah bertambah sedekahnya.
Kalau dulu kita kurang berzakat, sekarang sudah bertambah zakatnya.
Kalau dulu kita kurang baca Al-Quran, sekarang sudah bertambah baca Qurannya.
Kalau dulu kita kurang berpuasa sunat, sekarang sudah bertambah puasa sunatnya.
Kalau dulu kita kurang bangun malam, sekarang sudah bertambah bangun malamnya.
Kalau dulu kita selalu solat lambat-lambat, sekarang sudah solat di awal waktu.
Kalau dulu kita tutup aurat tak cukup syarat, sekarang sudah bertambah baik dan sempurna menjaga auratnya.
Kalau dulu kita banyak berhutang, sekarang sudah banyak hutang yang telah langsai dan selesai.
Begitulah seterusnya. Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Itu tidak memberi makna apa-apa pun. Silap haribulan, hidup kita akan jadi lebih stress.
Tetapi bandingkan diri kita sendiri pada masa dahulu dengan masa sekarang. Kerana dari situ akan lahir keazaman untuk berusaha lebih gigih mencapai impian.
Selamat pagi dunia.
Dunia ini sama saja dari dulu sampai sekarang. Yang menjadikan dunia itu berlainan ialah kita sebagai penghuninya.
Ubahlah diri kita, nescaya dunia pun akan turut berubah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.