Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian. Ada kalanya diuji dengan masalah kesempitan kewangan, tekanan hidup, diuji dengan kesukaran mendapatkan zuriat dan ada juga diuji dengan masalah kesihatan dan pelbagai jenis ujian hidup.
Bagi penyanyi Ezad Lazim, selepas berdepan dengan masalah sinus hujung Jun lalu kini sekali lagi diuji apabila penyakit GERD yang dihidapi tujuh tahun lalu kembali menyerang. Susulan itu, penyanyi kesayangan ramai ini terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada pagi Khamis (22/7)
Memetik berita di Harian Metro, Isterinya, Zeana Ramli ketika dihubungi berkata, Ezad dimasukkan ke hospital itu selepas mengalami kesakitan berterusan.
Foto: myMetro
“Dia terlebih dulu dimasukkan ke bilik pembedahan untuk proses scope dan doktor mendapati banyak asid di bahagian lidah.
Durian Jadi Punca
“Ezad mengalami muntah tanpa henti seperti yang berlaku pada 2016 dan 2017 serta kali terakhir pada Disember 2018. Puncanya kali ini dia makan durian kunyit dalam keadaan perutnya kosong,” katanya. Menurutnya, menerusi pembedahan itu doktor membuang sebiji batu hempedu, hempedu dan mengecilkan saluran pemakanan menerusi cara jahitan.
“Bacaan diabetisnya 12 berbanding ketika dimasukkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu iaitu 20. Namun keesokannya turun kepada 6.5.
Perlu Berpantang
“Ezad tak mahu ditahan di wad dan dibawa pulang ke rumah Selasa lalu. Semalam, saya bawa dia ke sini kerana ada kenalan doktor pakar GERD.
Ads
“Selepas pembedahan suara Ezad akan serak dan dia hanya boleh makan makanan seperti diberikan kepada bayi. Doktor juga minta dia kawal bacaan diabetis,” katanya.
Menurutnya, suaminya kini berehat dan kemungkinan esok dibenarkan pulang ke rumah.
Terdahulu penyanyi lagu Demi Cinta ini ke Gua Musang, Kelantan untuk kerja-kerja pertanian. Dia mencari benih untuk beberapa tanaman kerana merancang untuk mengerjakan dusun.
Difahamkan Ezad juga makan durian dan juga membawa balik buah durian dari sana.
Ads
Dia seterusnya mengalami muntah-muntah dan tidak lama kemudian, diserang panik. Ini memaksa Zeana membawanya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah S.W.T selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukannya.
Namun siapa sangka sedekah ini lebih berkat apabila diberikan kepada orang yang terdekat dengan kita termasuk isteri dan ahli keluarga.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif meluahkan terharu apabila isterinya mendoakan rezeki buat dirinya. Dia pada mulanya hendak memberi sedekah kepada pengemis tetapi tidak berjumpa dengan golongan itu. Akhirnya memberi kepada isterinya.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Gambar sekadar hiasan
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.
Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.
” Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat “
Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :
” Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri “
Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta. ” Nah duit sayang “ ” Eh kenapa abang? “
” Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri “
Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak.
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!
Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri. p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami
Sebagai ibu yang telah pun mengalami proses kehamilan beberapa kali, tentu sudah maklum akan kesan atau masalah kecantikan yang akan dialami setelah melahirkan anak.
Antara yang biasa terjadi kepada ibu selepas beranak atau dalam tempoh berpantang adalah seperti lingkaran gelap bawah mata, wajah berjerawat, kulit kusam dan tidak kurang juga ada yang mengalami keguguran rambut.
Semua ini terjadi kesan daripada perubahan hormon dan tidak dinafikan juga kerana biasanya ibu di dalam pantang kurang tidur dek kerana menjaga anak kecil siang dan malam.
Jika dibiarkan tanpa usaha untuk menjaga kecantikan diri, bimbang juga wajah tidak berseri selepas beranak.
Untuk itu, usah bimbang ada petua dan amalan yang boleh dijadikan rutin harian untuk mengembalikan semula kulit wajah yang berseri dan sekali gus menjadikan tubuh badan sihat.
Melalui perkongsian dari Mardziah Abdul Rahman via MAHN diharapkan dapat membangtu ibu-ibu untuk kembali cantik. Malah menurut Mardziah, minuman yang diamalkan itu juga berperanan sebagai menambah susu badan.
Ikuti perkongsiannya
“Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik n nak sihat…”-Mardziah
Bahan-bahan:
1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya
Cara penyediaan :
Rebus semuanya sampai kembang. Saya x letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.
Katanya lagi,
“Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, x dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga”.
sumber : Mardziah Abdul rahman Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bersalin melalui kaedah pembedahan membuatkan segala aktiviti mengempiskan perut ketika berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung tidak dapat dilakukan seperti bersalin normal.
Keadaan perut yang masih lagi tidak pulih kesan daripada pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih. Runsing bila mana perut masih lagi tidak kempis seperti asal sedangkan keadaan perut masih lagi tidak pula sepenuhnya.
Jangan gusar kerana anda mampu mengempiskan perut anda dengan cara yang dikongsikan oleh pakarhamil_malaysia ini. Rawat daripada dalam dan insyallah perut makin menipis dan rata. Cuba ni!
Menariknya bukan hanya wanita selepas bersalin sahaja, yang ada masalah perut buncit pun boleh mencubanya. Dua minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam.
Bahan-bahan:
3sm halia
3 sudu besar halba
1 sudu teh lada hitam (lebih kurang 15 biji)
3 ulas bawang putih
Caranya:
Kredit Foto: Nana Farhanna
1. Tumbuk halba, lada hitam, halia dan bawang putih hingga hancur.
2. Dah lumat, gentel-gentelkan menjadi bulat.
Kredit Foto: Nana Farhanna
3. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
Simpan dalam bekas kedap udara.
Tak rasa apa pun bila makan, telan je. Pastu tunggu lah, asyik buang angin dan sendawa. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari ikut ketahanan badan.
Selain untuk kempiskan perut, petua ini juga baik untuk membuang angin dan memecahkan lemak degil.