Punyalah Senang Nak Buat Resipi Ayam Peri-Peri Jakarta Ni. Bancuh, Lumur, Bakar & Siap, Sihat Pula Tu!

Share

Nak cuba resipi baru yang sedap dan sihat, jom buat resipi Ayam Peri-Peri Jakarta oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad. Selain mudah nak buat, menu ini juga sihat. sesuai untuk anda yang tengah diet. Cubalah!

Gais hari ini kita buat ayam peri-peri Jakarta. Senang sangat bancuh bahan, lumur-lumur, bakar, makan.
Punyalah sihat. Tak kurus lagi tak tahulah hahahaha. Oklah jom.

Ayam Peri-Peri Jakarta.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam. Suka hati hang nak bahagian apa.
1 sudu besar serbuk kari daging.
1 sudu besar serbuk cili atau nak tukar paprika pun boleh.
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil perahan lemon.
Secubit oregano.
Secubit lada hitam.
1 sudu besar gula kelapa atau boleh je nak tukar ke gula merah.
1 sudu besar minyak masak. Nak guna minyak jagung pun boleh.
Secubit garam.

Cara membuat: 

Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Bancuh rata.
Hiris hirs dekat ayam begini.

 

 

Lumur ayam dengan bahan tadi. Perap sekejap dalam 30 minit. Sambil-sambil panaskan ketuhar.
Saya bakar dalam sejam, suhu kecil dalam 120-130. Rajin-rajin palingkan ayam okeh dalam setiap 20 minit
Apabila dah kemerah-merahan begitu, sapu-sapu bahan perapan tadi dalam setiap 15 minit gitu
Siaaap! Sedaaap! Selamat mencuba semuaa! Senang kheen.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN