Tulang belakang merupakan tunjang utama dalam tubuh badan manusia. Ini kerana peranan utamanya ialah memberi sokongan bagi pergerakan fizikal untuk menjalankan aktiviti seharian termasuk berdiri dan berjalan.

Sehubungan dengan itu, masyarakat di gesa agar sentiasa peka dengan aktiviti yang boleh menjejaskan tulang belakang dan postur badan antaranya dalam menggunakan peralatan di pejabat atau di rumah.

Oleh yang demikian, Ergoworks berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri holistik dan profesional dan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura.

Ergoworks yang ditubuhkan sejak tahun 2005 ini berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur di kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, kedai flagship Ergoworks telah dilancarkan di Pavilion Bukit Jalil ini berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur bagi semua peringkat usia dengan produk dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingannya.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

IKLAN

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Majlis perasmian besar-besaran yang dihadiri oleh Joseph Tan, Pengasas Ergoworks bersama tetamu kehormat, Rennie Pan, pengasas bersama Ergoworks dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh serta turut dihadiri oleh wakil media semasa dan digital, pemimpin pendapat utama (KOL) terpilih juga dijemput ke majlis pelancaran tersebut.

IKLAN

Pupuk Kesedaran Kesihatan Tulang Belakang dan Postur Badan, Ergoworks Tampil Di Pasaran Malaysia

Dalam majlis tersebut para jemputan menjadi antara yang pertama melihat secara eksklusif produk terkini Ergoworks dan berpeluang melawat kedai baharu itu bersama-sama pengasas Ergoworks, Joseph Tan yang banyak memberi penerangan mengenai jenama serta produk yang dipamerkan.

Dengan beberapa produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke Ergoworks di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall dan serahkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur anda kepada mereka yang pakar.

IKLAN

Pupuk Kesedaran Kesihatan Tulang Belakang dan Postur Badan, Ergoworks Tampil Di Pasaran Malaysia Pupuk Kesedaran Kesihatan Tulang Belakang dan Postur Badan, Ergoworks Tampil Di Pasaran Malaysia

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pupuk Kesedaran Kesihatan Tulang Belakang dan Postur Badan, Ergoworks Tampil Di Pasaran Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI