“Qunut Panjang Ke Pendek Ayah Nak Suruh Baca.” Manisnya Anak Perempuan Ebit Lew, Patut Ramai Offer Jadi menantu!

Share

Setiap kali berkongsi cerita dan gambar sewaktu turun padang membantu mereka yang memerlukan, pasti akan mendapat perhatian ramai. Demikian juga apabila memuat naik gambar bersama ahli keluarganya.

Sememangnya, aura Ebit Lew cukup luar biasa. Beliau cukup disayangi dan dikagumi ramai. Terbaru, Ebit Lew berkongsi gambar selfi bersama anak perempuannya.

Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni safiyyah lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah.


Doakan ye anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya.

Semuanya milik Allah.
Anak sulung ayah. Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku


Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu. Jadilah anak yang menjaga solat dan menjaga agama. Sayangi dan memuliakan umi yang melahirkan dan menyayangimu. Teruskan kerja memberi manfaat untuk ummah sehingga hari kita bertemu dengannya.

Apa yang melucukan adalah komen-komen yang dimuat naik rata-ratanya ‘offer’ diri sebagai menantu kepada pendakwah bebas ini. Membaca setiap komen yang diberikan cukup menghiburkan.

Panggil ayah pula semuanya

Hahahahaha.. Dan dan semua panggil Abah la, Daddy la, Papa la. Yang bujang tu takpe la jugak. Ini yang profile pun ada gambar anak bini. Ape daaa..

Ahahahaha udah pgil ayah pulak dh semuanya.

Ramai ngaku nak jd anak ayah Ebit ye.. jangan kene soal baca doa qunut xlepaih udah la 

Calon menantu paling ramai

Calon menantu paling ramai dlm sejarah..gila la..,korang dh hafal al quran belum..?

Saya tahu ayah penat. Saya tahu peritnya dugaan yang ayah hadapi. Tengok mata ayah pun dah tahu ayat letih. Ayah rehatlah. Biar saya ganti ayah jaga safiyyah. Selamat hari raya ayah.

Boleh dah saya gantikan ayah.. ayah rehatlah.. bagi je menantu ni yg buat pula kerja2 ayah tu.. hihi

Qunut panjang ke qunut pendek
Ayah banyakkan berehat.. Biar saya yg mengambil alih tanggungjawab ayah selaku menantu baru ayah.
Assalamualaikum papa Ebit. Maaf kerana tak dapat ziarah rumah Papa raya pertama sebab kita kan terikat SOP. Kalau takde aral melintang, lepas habis PKP bonda saya akan sampai ke rumah papa Ebit untuk bincang pasal tarikh.
Qunut panjang ke qunut pendek ayah nak suro saye baca?
Lepas covid sy melawat umah daddy ya.. Selamat hari raya daddy..
Assalammualaikum Walid, macam mana keadaan Walid hari ni? Dah makan ke tu?

 

IKLAN