Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
Ads
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
Ads
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Menyewa rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat!
Seorang pengguna facebook, Siti Mariam Kamsan berkongsi dekorasi yang amat menarik di akaun facebooknya bagaimana beliau mampu mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik.
MAKEOVER RUMAH FLATE TO SIMPLE MODERN STYLE Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flate ni taww!
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni uiii Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk tv kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaliguss. Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti.
Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shoppe
Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar. Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je. Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada. Pasang sendiri yang chest drawer ni.
Ok ni dalam kita susun tabung, Al-Quran . Handsanitizer pun letak kat situ.
Letak kasut sekolah anak.
Alhamdulillah tercapai dah impian. Cukuplah untuk sedap mata memandang.
Ok last sekali kalau nak deko muka & rawat muka bagi lagi cun meletupps cantik menarik kau memang debom boleh dapatkan Meeracle dari saya taw! Tiberrrr 🤣
Semoga bermanfaat
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga. Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga Gambar last sekali wajib tengok. True, Siti Mariam Kamsan
Bukan pakar deco
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengenang keadaan wajah yang berparut jerawat memang buat kita sebolehnya cuba mencari solusi untuk memudarkan kesan tersebut. Maklumlah zaman remaja kita dulu kulit wajah berminyak dan kini setelah meningkat usia, kesannya masih kekal di wajah.
Walaupun ada produk consealer yang boleh menutup atau menyembunyikan kesan jerawat tersebut, semahunya kita juga ingin wajah terlihat cantik dan sihat walau tanpa secalit kosmetik.
Untuk itu, apa kata anda usahakan dengan mengamalkan petua yang dikongsi oleh Muyassarah yang telah pun berjaya mengurangkan kesan jerawat yang ada diwajahnya apabila mengamalkan secara rutin. Jom semak perkongsian daripadanya.
Bahan-bahan:
Asam jawa* apa apa jenama pon boleh
Bedak sejuk * sarah guna bedak sejuk yang sarah buat sendiri Air kosong
Langkah demi langkah :
2. Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Selepas itu digaul sebati.
4. Kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat jangan lupa tambah sedikit air.
5. Bila sudah campur semua, gaulkansampai sebati.
6. Kemudian sapukan di bahagian yang berparut. Kalau rajin nak sapu pada semua wajah juga boleh. Biarkan sehingga kering dan sebaiknya buat waktu malam sebelum tidur.
sumber : Muyassarah Samad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang. Hasilnya rambut masih kekal hitam, lebat dan berkilat. Daun kari kaya dengan kandungan Vitamin B. Kajian dari India ini dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry.
Masalah uban dihadapi tidak kira lelaki mahupun wanita. Paling membimbangkan sekarang pada usia belum masuk 40 tahun pun sudah ramai yang berdepan masalah uban.
Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey. Petua ini diperoleh oleh kenalannya yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban.
Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan daripada ahli keluarganya sejak dulu lagi.
Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt
“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?
Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit .
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.
Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.
Bahan-bahan:
3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt
Cara membuat:
1. Kisar kedua bahan sampai sebati.
2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.