Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ads
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ads
Ads
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.
Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer. Caranya:
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan cuka di dalam masakan, semua antara kita sedia maklum. Bukan sahaja digunakan untuk menyediakan menu masakan tradisi. Pun begitu, ada 8 lagi kegunaan cuka yang boleh dipraktiskan oleh ibu-ibu dalam mengurus hal rumah tangga.
Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.
2. Cegah semut
Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.
3. Bunga dalam pasu bertahan lama
Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.
4. Membersihkan kesan karat
Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.
5. Bersihkan permukaan lantai
Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.
6. Bersihkan pasu lama
Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.
7. Cuci tangan lebih bersih
Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.
8. Menyegarkan sayuran
Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat beberapa ekor cicak merayap di dinding rumah, kadang kala boleh buat kita sekeluarga terasa geli melihatnya. Apatah lagi dengan adanya cicak tersebut akan mengotorkan kebersihan rumah, maklumlah najisnya bersepah di merata-rata. Bimbang juga andai anak-anak kita terpijak, habis satu rumah terkena najis jadinya.
Jadi untuk atasi masalah ini, ada baiknya kita cari solusinya dengan cuba untuk ‘mengurus’ cicak dan sekali gus hilangkannya daripada rumah kita. Jom semak perkongsian daripada Hani Mynis ini dan diharapkan ianya dapat membantu.
Pengurusan cicak dan 10 cara hilangkan cicak dekat rumah
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.
Punyalah hani anti (dan geli ) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia.
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe.
Biodata cicak
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : Persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian :Bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita
✅Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita, iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.
✅Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai camtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara :
❤️letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah.
❤️lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
✅Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.
✅Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia kat rumah tu hahah..
✅Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.
✅ Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
✅Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
✅ Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
✅Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam hani hahaha hani tak berani buat ni.
✅Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia
So pilihlah cara yg mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak kat rumah.
Bahan Untuk Hasilkan Surface Cleaner
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah-murah je, cuka sintetik pun ok)
3 sudu plastik dish soap (hani guna Joy)
1 sudu plastik dettol
Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi berita bapanya Aksan Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.57 pagi tadi. Bapanya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras malam tadi. 2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.
Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!
Dalam perkongsian menerusi laman sosial medianya, Afdlin turut memuat naik foto bapanya di hospital sebelum menghembuskan nafasnya terakhir.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Afdlin turut meminta agar segala maaf dan kejhilafan bapanya dimaafkan oleh semua yang mengenali. Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa.
Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa…
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.