Bagi yang baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam pokok-pokok hiasan di laman rumah, tentunya selain tertarik untuk menanam pelbagai jenis pokok yang mengeluarkan bunga yang cantik seperti pokok bunga ros, pokok bunga kertas dan sebagainya, tidak dinafikan ada juga yang meminati pokok hiasan jenis berdaun. Ini memandangkan pokok jenis berdaun juga ada daya tarikannya yang tersendiri.

Umumnya pokok hiasan berdaun mempunyai pelbagai saiz,  bentuk ,corak bahkan warna  daun yang unik. Ini sekali gus menjadikan pokok hiasan berdaun nampak cukup cantik dan tersendiri.

Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow!

Ini sebagaimana pokok yang dikenali sebagai Philodendron Birkin yang ditanam oleh Mohd Syafiq atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun (ck) ini. Nampak begitu subur dan cantik di pandangan mata.

Melalui perkongsian penanaman pokok tersebut turut dikongsikan pelbagai tip dan info untuk pastikan pokok ini dapat hidup subur dan rimbun di dalam pasu. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

Berkenaan dengan pokok ni , masa pusing-pusing nursery nampak auntie tu tanam dalam pasu besar…umur pokok dia lebih setahun….

Mak aiiii….rimbun dan cantik nya pokok ni, masa tu, malu-malu nak tanya apa nama pokok ni…pergi lagi nursery lain, nampk ada anak benih dalam pasu…

Tanya dia berapa harga pokok ni, RM18 sepokok kecik, kalau besar RM25 sepokok….apa nama pokok ni?…dia kata Birkin(Dalam hati ingat “handbag” mahal ni)..hehe…

IKLAN

Tip Tanam

So bila suka… borong terus 4 pokok yang kecik..hehe…sebab nak bagitau hangpa, nak bagi rimbun pokok ni takleh tanam sepokok ja…kena la beli lebih sikit…

Medium dia mmg CK guna yang poros bersabut dan tambahkan baja wangi serbuk peram seminggu siram dengan Soil Treatment.

Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow!
Philodendron Birkin Umur 5 bulan

Lepas tu baru tanam, tanam 4 penjuru…hangpa tau, dah tanam 4 penjuru lepas 2 bulan wife CK cakap nampak kosong lagi la pasu ni, p beli lagi 2 pokok tanam celah-celah 4 pokok tu….

IKLAN

Jadi sepasu ni ada 6 pokok…hehe..hangpa jangn tanya la dia punya syok bila pokok ni dah start rimbun. Bila tengok dari atas pasu pun dah tak nampak…

Penjagaan Berterusan

Batang setiap pokok dah jadi saiz batang mop, setiap minggu ada sahaja pucuk baru akan keluar, memang CK konsisten sembur baja wangi sahaja dan ada baja Liquid Organic CK guna.

Pokok ni, CK tengok serangga memang tak suka dia.. Monstera Adansonii sebelah dia siput vavi makan, tapi dia siput tak makan… mungkin daun dia keras kot..sakit gigi nak kepak daun dia ..hehe…

IKLAN

Hangpa kena jaga kulat ja, memang dia akan mai bintik-bintik koko atas daun, ini sebab embun or air atas daun lambat kering, kalau nak elakkan ini terjadi, memang kena sembur cuka kayu, chitosan, Bio Control, Neem oil…ini semua elok untuk kawal kulat.

Cara Siram 
Cara siram pokok ni, CK bagi dia sehari sekali musim panas ni, kalau hujan memang tak siram dia.

Hangpa hati-hati dengan cahaya terus, memang akan rosakkan daun birkin, akan terbakar..apa nak buat kalau daun terbakar?…. potong buang ja daun tu…hehe….

Meninjau di ruangan komen pula, ada antaranya berkongsi gambar-gambar tanaman pokok birkin yang sedai ada. Bahkan mereka juga tidak lokek berkongsi info berkenaan pokok birkin ini yang sememangnya ada peminatnya yang tersendiri.

Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow! Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow! Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow! Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow! Rahsia Nak Jaga Pokok Hiasan Jenis Berdaun Agar Merimbun & Cantik, Cikgu Kebun Ni Kongsikan Boleh Follow!

Sumber : Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Indoor Plant Lover (Malaysia)

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI