
Sempena Hari Bapa yang akan disambut pada Ahad, 15 Jun nanti, apa kata raikan insan tersayang dengan hidangan makan tengah hari yang cukup eksklusif di The Living Room, The Westin Kuala Lumpur.
Sambil meraikan insan tersayang, anda dan keluarga berpeluang untuk menikmati keenakan pelbagai hidangan lazat dari sajian panggang beraroma hingga pencuci mulut yang membasahkan tekak.
Semuanya disusun rapi untuk menghargai bapa yang penyayang dan sentiasa berkorban dalam apa jua keadaan.
Antara tarikan istimewa bufet ini termasuk:
Grilled Meats Station
Antara deretan menu yang sudah pastinya memenuhi selera anda sekeluarga seperti:
* Satay Ayam & Daging bersama Kuah Kacang
* Kambing Bakar
* Daging Lembu Bakar
* Ayam Bakar
* Sosej Jumbo Bakar
Disajikan bersama aneka sos seperti Sos Lada Hitam, Rosemary dan BBQ.
Stesen Carving
Pilihan utama seperti Fillet Ikan Bakar Portugis Bersambal, Ayam Panggang Cajun, Sayuran Berherba Panggang dan Kentang Panggang rangup keemasan. Turut tersedia sos Rosemary dan Sambal Portugis.
Stesen Mi Berkuah
Curry Laksa atau Sup Ayam dengan pilihan mi seperti Mi Kuning, Kway Teow, Bihun, Yee Mee dan Mi Segera.
Lengkapkan hidangan dengan aneka sayur dan lauk seperti Kobis, Cendawan Tiram, Sawi, Bebola Ayam, Kek Ikan, Bebola Daging dan Tauhu Pok, bersama pelbagai jenis sambal dan pelengkap.
Deretan makanan lain
Selain menu utama seperti deretan panggang dan aneka mi, bufet ini turut menawarkan seleksi menarik seperti Stesen salad segar, kaunter Roti Buatan Sendiri, pelbagai jenis Keju Lembut & Keras, Jeruk & Biskut Premium dalam baling dan Stesen Nasi Ayam Melaka.
Stesen Pencuci Mulut
Maniskan hari istimewa ini dengan pelbagai juadah manis seperti kek premium, kuih Melayu, cupcake, tartlet, Sticky Date Pudding, dan Chocolate Fountain dengan cucuk buah, biskut, waffle & buah-buahan potong.
Aktiviti Menarik Buat Ayah
Bukan sekadar makan, The Westin Kuala Lumpur turut menganjurkan pelbagai aktiviti khas sempena Hari Bapa:
* Mini Putt Challenge – Dapatkan hole-in-one dan menangi hadiah menarik
* Cabutan Bertuah – Tinggalkan review dan anda berpeluang memenangi Westin-dulgence Buffet untuk seorang! (3 set disediakan)
Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati tawaran harga hanya RM158 nett/seorang. Untuk tempahan, layari westindining@westin.com atau tempahan Online: www.thewestinkleshop.com.