Sekali sekala seronok juga jika kita boleh hasilkan sesuatu yang boleh digunakan seperti membuat rak rempah ratus dengan bajet yang rendah tetapi nampak unik.
Jadi apa kata kita ikuti perkongsian daripada Hany Mynis yang kreatif ideanya ini. Jom semak.
DIY rak rempah
Dah lama tak kongsi projek diy Hani. Santai-santai ni Hani nak kongsi cara Hani diy rak rempah dari barang Eco.
Haritu ada promosi rempah dalam botol ni berharga RM2-4 satu. Memandangkan kebanyakannya Hani belum ada di rumah (sebenarnya sebab label nya colorful haha), Hani fikir boleh juga beli kan. Haha alasan sangat.
Selepas tu mula lah misi mencari rak penstoran yang sesuai haha sebab seperti yang Hani selalu cakap setiap benda mesti kena ada rumahnya kan lagi pulak, laci rempah ratus Hani dah penuh.
Jenuh mencari tapi tak jumpa haha akhir nya Hani Diy je sendiri dari besi (cooling rak namanya) ni. dengan kos RM2.10, Hani dapat satu rak rempah yang sesuai dengan saiz botol rempah Hani tu.
Hani ada kongsi tutorial kalau siapa yang nak buat juga di rumah.
Semoga bermanfaat.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan
Cooling rack, plier, cable tie
LANGKAH 1 : Gunakan plier dan ratakan bahagian berbentuk tiga seperti di dalam gambar.
Ads
LANGKAH 2 : Ukur bahagian mana ingin di lipatkan dan lipatkan menggunakan plier seperti di dalam gambar.
Ekstra info : Proses ini mungkin memerlukan bantuan en suami kerana ianya agak keras untuk dilipat.
LANGKAH 3 : Lipat satu lagi bahagian membentuk U seperti di dalam gambar.
Ads
LANGKAH 4 : Ikat bahagian kiri dan kanan rak dengan cable tie untuk elakkan botol terjatuh apabila disusun.
Siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam kesom ada orang pengalamannya berbeza. Ada yang sangat mudah, dengan sekadar mencucuk keratan batang, tanaman boleh hidup dengan subur.
Namun tidak kurang juga, puaslah menanam beberapa kali namun tanaman tidak juga ‘menjadi’.
Di sini dikongsikan cara yang cukup unik dan mudah untuk dibuat. Mana tahu selepas ini kesom yang ditanam hidup subur.
Semai kesom..boleh try kawan-kawan..cuma masa semai..pastikan pokok kesom yang diambil tu segar tak layu..lepas tu..semai ditempat yang redup…sehingga berakar. InsyaAllah akan hidup subur selepas dialihkan. selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Gunting
Pinggan kertas
STEP 1 : Sediakan keratan kesum yang segar dan pastikan jika ada yang kurang segar dibuang dahulu daunnya.
STEP 2 : Ambil piring kertas dan tebuk menggunakan gunting seperti ini.
STEP 3 : Masukkan keratan kesum pada bahagian kertas yang ditebuk tadi.
STEP 4 : Buat sehingga penuh bahagian yang ditebuk seperti di dalam gambar.
STEP 5 : Rendam di dalam takungan air sehingga keluar akar sebelum dialihkan ke tanah.
sumber : Asrul Achoi via Kelab kaki Kebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang MC atau surat sakit untuk anak-anak, jangan tidak percaya ada sahaja kisah disebaliknya. Dan hal ini dikongsikan panjang lebar oleh doktor ini.
Ada macam-macam kes dan alasan yang tersendiri. Sama-sama kita ambil pengajarannya agar dalam hal mc ini juga dalam tidak sedar kita sebagai ibu ayah sedang mendidik dan membentuk pemikiran generasi akan datang.
Jom baca perkongsian penuh doktor ini.
Sebelum saya mula, saya nak mohon maaf dahulu kepada pihak yang saya nak tegur, iaitu ibubapa pelajar, dan pihak sekolah. Tiada niat selain mahukan yang terbaik untuk pada pelajar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat pihak sekolah semakin tegas dalam memastikan para pelajar hadir ke sekolah. Itu perkara yang saya harus puji. Kita perlukan ketegasan untuk mendidik.
Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar, bahawa pihak sekolah akan pohon penjelasan daripada ibubapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.
Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.
Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.
Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibubapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu.
Lebih sukar bagi saya jika ibubapa itu meminta sijil cuti sakit untuk anaknya, dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Kadang-kadang tarikh dua hari awal.
Kenapa saya sibuk nak ketengahkan perkara ini?
Begini. Perilaku ibubapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibubapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.
Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak.
Andai saya tolak permintaan ibubapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul(carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda.
Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibubapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibubapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar.
Sungguhpun begitu, jika ia benar, saya rasa ia ketegasan yang agak berlebihan. Jika keuzuran ringan, dan pelajar tidak hadir satu hari, pada pendapat saya, cukuplah surat makluman daripada ibubapa.
Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibubapa dapatkan cuti sakit.
Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada, sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.
Kita(semua pihak, termasuk saya, ibubapa, dan pihak sekolah) perlu sama-sama perlu faham bahawa pelajar tidak ke sekolah bukan hanya atas faktor kesihatan semata-mata.
Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. Kalau cuti yang dirancang, hantar permohonan cuti awal-awal.
Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
Di alam pekerjaan nanti, ini juga prosedurnya. Pupuklah amalan ini dari bangku persekolahan lagi. Cadangan saya, lagi elok jika surat mohon cuti itu ditulis oleh pelajar, dan disahkan oleh ibubapa.
Jika memang pelajar tak hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh, maka ibubapa tak perlu cuba melindungi kesalahan itu. Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.
Sebelum tamatkan omelan ini, saya mohon maaf sekali lagi daripada pihak-pihak yang terlibat andainya ada hal yang ditulis ini tidak tepat. Saya terbuka untuk diperbetulkan.
Jika ada antara ahli keluarga disahkan positif COVID-19 dan tidak berisiko tinggi, terkini KKM menyarankan tidak perlu datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) tetapi anda wajib melakukan pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah. Ini bermaksud anda perlu pantau tahap kesihatan dari masa ke semasa agar tidak menjadi serius.
Namun cara bagaimana untuk anda dapat pantau dengan tepat tahap kesihatan anda?
Menjawab persoalan ini, Dr. Izzar Anwari berkongsi alatan ringkas yang penting dan wajib ada bagi membantu anda memantau keadaan kesihatan bila kuarantin di rumah.
Menurutnya lagi, bukan sahaja sesiapa yang telah disahkan positif Covid-19 malah jika tidak positif pun ada baiknya diadakan tiga alatan tersebut untuk kegunaan seisi keluarga.
AKU POSITIF COVID KENAPA SURUH DUDUK RUMAH JE!
Ramai dah positif COVID-19 sekarang. Dulu kita dengar orang-orang jauh je. Sekarang orang-orang rapat dalam famili dan kenalan pun dah kena.
Jika anda positif COVID-19 & TAK BERGEJALA & TIDAK BERISIKO TINGGI, anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan dan menjalani kuarantin di rumah je. Syukur tak serius.
TAPI, ini tak bermakna keadaan anda tidak akan bertambah serius.Tambah-tambah dengan delta variant ni kan. Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang SANGAT PENTING untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.
4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alat dia.
Sebab tu bagi saya, anda WAJIB mendapatkan:
1️⃣ Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate (Boleh beli online DI SINI)
2️⃣ Blood pressure monitor (Boleh beli online DI SINI)
3️⃣ Thermometer – Ukur suhu badan (Boleh beli online DI SINI)
Beli Sekarang
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali. Dengan adanya 3 benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat.
Baru tindakan AWAL & SEGERA boleh dilakukan sebelum terlambat. Ada kes yang taktau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula-mula CAT1 pastu tiba2 CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Delta varian ni ganas ye. Jangan main-main. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul-betul dan ambil tindakan segera.
Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau takde kat rumah. Beli untuk mak ayah sekali. Kalau apa-apa terjadi, ingatlah bahawa ‘I’VE TOLD U SO’
Apa-apa pun. Sila vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.